InformasiCara Mudah

Elak Layari Laman Web Scam Maybank2U Palsu, Guna Cara Ni untuk Sekat Laman Web Palsu!

Cara Block Laman Web Palsu Agar Tidak Tertipu Dengan Scammer

Setiap bulan pasti akan ada je kes orang yang ditipu scammer antaranya termasuklah jika kita tidak sekat laman web palsu. Scammer sekarang pula makin pandai menggunakan bermacam helah untuk menipu orang ramai. Ada yang menggunakan taktik panggilan telefon yang menyamar menjadi polis, taktik e-mel berantai yang menawarkan hadiah wang tunai, dan yang terbaru, scammer menggunakan laman web palsu pula yang sebiji menyerupai laman web sebuah institusi bank.

Antara kes scam yang tular baru-baru ni adalah apa yang terjadi pada saudara Azizul Osman, yang tanpa sedar, telah melayari laman web palsu Maybank2u. Apabila dia mengisi kod TAC yang diterima di telefonnya, terdapat pindahan wang yang besar keluar daripada akaun banknya dan barulah dia tersedar yang dia telah terkena scam.

Kalau korang bandingkan antara laman web palsu yang digunakan oleh scammer (atas) dengan laman web sebenar Maybank2u (bawah), sekali imbas memang nampak sangat serupa! Cuma URLnya saja yang berbeza. Tapi, kalau orang tengah rushing, boleh jadi tak perasan pun URL laman web yang dilayarinya sebab paparan utamanya sama dengan yang sebenar.

Cara Sekat Laman Web Palsu Agar Tidak Tertipu Dengan Scammer

Kalau dulu, tips yang orang bagi untuk memastikan laman web tersebut selamat atau tak, lihat pada URLnya. Kalau laman web tersebut bermula dengan ‘https’, bermaksud laman web tersebut selamat dan secured

Tapi kalau korang perasan, laman web Maybank2u palsu tu pun mempunyai ‘https’ di dalam URLnya. Malah, sebuah post dengan link ke laman web tersebut menjadi sponsor post pula di Facebook!

Ternyata scammer memang semakin bijak mencari peluang untuk menipu dan mencuri duit orang. Yang lagi membahayakan adalah apabila ibu bapa kita yang tak biasa dengan taktik scammer, lagi-lagi apabila scammer menggunakan laman web palsu yang serupa dengan laman web asal, boleh tertipu dengan taktik scammer ni.

Cara Block Laman Web Palsu Agar Tidak Tertipu Dengan Scammer

Sebab tu lah kita kena ambil langkah berhati-hati supaya tak menjadi mangsa scammer yang seterusnya. Antara cara yang kita boleh buat adalah block siap-siap URL kepada laman web Maybank2u palsu ni. Langkah-langkahnya adalah:

  • Di ruang pencarian Google, cari ‘block site extension’. Ataupun korang klik SINI pun boleh. Cara ni hanya berkesan sekiranya korang gunakan Google Chrome.
  • Klik kotak biru yang tertera ‘Add to Chrome’.

  • Akan keluar pop up dan korang klik ‘Add Extension’.

  • Lepas dah berjaya, Chrome akan bawa korang ke laman utama Block Site. klik I Accept.

  • Korang boleh masukkan URL laman web yang korang nak sekat dan tekan simbol tambah.

  • Korang boleh tambah lagi 5 laman web yang nak disekat. Kalau nak lebih, korang perlu langgan dan bayar setiap bulan.
  • Dan selesai! Laman web tersebut takkan dapat dibuka di Google Chrome korang.

Maybank Dedahkan Lagi 3 Laman Web Palsu!

Baru-baru ni, Maybank telah mendedahkan lagi 3 laman web palsu, yang menyerupai dengan laman web asal. Pihak Maybank menasihatkan orang ramai agar tidak mengklik mana-mana laman web ni dan hanya membuat transaksi melalui laman web asalnya saja iaitu di www.maybank2u.com.my. Kalau korang ada terkongsi maklumat log masuk dengan mana-mana laman web palsu ini, cepat-cepat telefon talian khidmat pelanggan Maybank di 03-5891 4744. Di bawah ni kitorang kongsikan 3 laman web palsu tersebut:

Sumber Gambar Maybank

Jadi sentiasa berhati-hati agar tak tertipu dengan scammer ya! Pastikan korang sekat laman web palsu agar tidak tertipu atau kena scam. Musim banyak bantuan kerajaan bagi ni lah dapat ni lah kena hati-hati dengan duit yang kita dapat. Kalau nak guna duit yang dapat tu dan dapat pulangan berganda boleh tengok cadangan ini

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button