AgamaCara Mudah

Cara Semak Kiblat Tepat Di Rumah Fenomena Istiwa’ A’dzam 28 Mei 2022

Tips Semak Arah Kiblat Yang Betul

Antara perkara paling utama bagi umat Islam adalah menunaikan solat dan bila nak solat kita perlu tahu cara semak kiblat. Mungkin kita dari kecil dah diajar cara macam mana nak solat, tapi amat jarang sekali untuk kita belajar cara semak kiblat dengan betul. Kalau ada pun dulu guna kompas. Paling tak pun kita tengok masjid atau surau paling dekat dan ikut arah kiblatnya. Tapi sejauh manakah ketepatan kiblat tersebut?

Jangan risau sebenarnya kita boleh semak kedudukan arah kiblat kita betul atau tidak dengan beberapa cara. Antaranya adalah menerusi fenomena Istiwa’ A’dzam yang boleh dibuat dua tahun sekali pada waktu tertentu. Selain itu juga kita boleh gunakan teknologi baru yang ada seperti menggunakan aplikasi di telefon dengan sistem GPS dan sebagainya. Kalau nak lebih yakin boleh juga upah servis khidmat semakan dan penandaan arah kiblat rumah.

Cara Semak Kiblat Betul Di Rumah Dan Tempat Solat

Antara cara untuk semak arah kiblat dengan betul adalah seperti berikut:

Istiwa’ A’dzam 28 Mei & 16 Julai

Istiwa’ A’dzam ataupun Istiwa’ Utama Matahari adalah sebuah fenomena di mana Matahari akan berada pada titik zenit di atas Kaabah (pada waktu tengah hari di Mekah). Apabila terjadi peristiwa ini, nilai sudut istiwa’ Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah (Kaabah). Justeru akan terjadi bayang yang menunjukkan arah kiblat dengan tepat kepada mana-mana negara yang siang termasuklah Malaysia.

Fenomena ini adalah kaedah tradisional falak bagi menyemak serta menentukan arah kiblat walau di mana pun sahaja di Malaysia ini pada tarikh tersebut. Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk kita semak semula dan menandakan arah kiblat yang betul. Tapi ingat, fenomenan ini hanya berlaku dua kali setahun iaitu pada:

Tarikh Dan Waktu

  • 28 Mei , Jam 5.16 petang waktu Malaysia (27 Mei jika tahun lompat)
  • 16 Julai , Jam 5.28 petang waktu Malaysia (15 Julai jika tahun lompat)

Langkah Semakan

1. Pastikan waktu yang tepat untuk buat semakan dengan:

  • Dail 1051 untuk semakan jam
  • Rujuk Waktu Standard Malaysia SIRIM di mst.sirim.my

2. Gunakan objek tegak dan lurus seperti kayu yang dipacak ke tanah dan sebagainya. Pastikan objek tegak dengan 90 darjah. Letakkan objek di bawah cahaya matahari. Bayang-bayang yang terhasil daripada objek tersebut menunjukkan ke arah kiblat. Rujuk gambar berikut:

Jika tak dapat dibuat di kawasan lapang, boleh juga semak kiblat dari dalam rumah yang terdapat sinaran cahaya matahari seperti tingkap bilik. Lihat mana-mana objek tegak contohnya tiang rumah, grill tingkap dan lain-lain.

3. Tandakan garis bayang yang terhasil bertentangan daripada objek yang digunakan tersebut. Itulah arah kiblat yang tepat untuk rumah dan tempat solat. Untuk lebih mudah boleh tandakan dengan masking tape atau pen marker.

 

Guna GPS Telefon

Untuk lebih kepastian, boleh juga semak arah kiblat menggunakan aplikasi GPS di telefon. Antaranya boleh ikut langkah berikut:

1. Layari https://qiblafinder.withgoogle.com/

2. Klik Ok untuk mulakan. Aktifkan kebenaran menggunakan kamera jika masih belum.

3. Buat gerakan yang membentuk angka 8 untuk menentukur kompas

4. Gerakkan kamera ke hala seperti yang ditunjukkan anak panah

5. Gerakkan kamera sehingga selari dengan garisan biru yang menunjukkan arah kiblat

Cara Semak Kiblat Menggunakan Khidmat Pakar

Kalau tak pandai juga nak buat atau malas nak pening kepala, boleh panggil sahaja servis atau khidmat semakan dan penandaan arah kiblat rumah. Dengan menggunakan cara ini pastinua mereka menggunakan peralatan yang lebih khusus dan dilaksanakan oleh orang lebih pakar. Justeru itu pastinya lebih tepat arah kiblat yang ditunjukkan nanti. Cari sahaja di internet dengan google ‘servis khidmat semakan arah kiblat’, pasti ada yang menawarkan servis tersebut.

Mudah sahaja kan nak semak arah kiblat?  Jadi lepasni boleh lah kita solat dengan mengikut arah kiblat yang tepat ke arah Mekah. Dah tahu caranya boleh lah kita buat dekat rumah atau mana-mana tempat untuk check qiblat kita betul ke tak. Jangan lupa share pada orang lain juga agar semua mendapat manfaat. Nak tahu tips mudah ajar anak solat boleh baca di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button