Cara Semak Tempat Mengundi PRU15, Tukar Alamat Undi & Cara Undi Pos (Pengundian Awal)
Panduan Semakan Tempat Mengundi, Tukar Alamat Mengundi & Pengundian Pos
Mesti ramai yang tengah cari cara semak tempat mengundi untuk Pilihan Raya Umum PRU yang akan datang ini. PRU akan diadakan setiap 5 tahun sekali bagi negara Malaysia berdasarkan perlembagaan. Jadi kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan tugas untuk mengundi bagi memilih pemimpin-pemimpin yang bakal menerajui kerajaan. Tambahan pula sekarang ini tidak perlu lagi buat pendaftaran untuk menjadi pengundi di mana mereka yang layak akan didaftarkan secara automatik.
Tidak pasti sama ada layak atau tidak mengundi lagi boleh lah membuat semakan daftar pemilih. Kalau dah tahu layak pula, macam mana nak semak tempat mengundi pula iaitu di daerah dan negeri mana? Kalau tempat mengundi tu kawasan lama pula yang kita dah tak duduk lagi, boleh ke nak tukar alamat mengundi dan macam mana caranya? Kalau belajar atau bekerja di luar negara pula boleh ke buat undian secara pos? Jangan risau di sini akan dikongsikan lebih lanjut mengenainya
Cara Buat Semakan Tempat Mengundi, Tukar Alamat Mengundi & Pengundian Pos
Berikut adalah cara untuk menyemak tempat mengundi, cara tukar alamat mengundi dan cara mengundi awal iaitu pengundian pos.
TERKINI: Tarikh Penting PRU DUN Ke-15
Cara Semak Pusat Mengundi
Untuk menyemak Pusat Mengundi dan waktu, ikuti langkah berikut:
1. Log masuk Portal Semakan MySPR
2. Klik Semakan Daftar Pemilih
3. Masukkan No Kad Pengenalan & Aksara
4. Paparan maklumat daftar pemilih, pusat mengundi dan waktu akan dipaparkan
Cara Semak Tempat Mengundi
Lokasi atau pusat pengundian bagi pemilih yang layak akan dikemaskini hanya setelah diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) Namun begitu, daerah dan lokaliti mengundi boleh di semak dahulu bagi mengetahui DUN dan Parlimen mana yang kita akan membuat undian nanti. Caranya adalah seperti berikut:
1. Log masuk Portal Semakan MySPR
2. Klik semakan Daftar Pemilih
3. Masukkan No Kad Pengenalan dan No. Aksara
4. Paparan maklumat Daftar pemilih akan dipaparkan
Cara Tukar Alamat Mengundi
Jika alamat yang didaftarkan untuk pengundian tidak lagi digunakan atau telah berpindah ke tempat lain, pemilih boleh lah membuat penukaran alamat mengundi dengan cara berikut:
1. Sebelum log masuk, hendaklah daftar dulu portal MySPR:
2. Setelah log masuk, klik pada Status Saya
3. Klik pada Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat)
4. Lengkapkan atau ubat semua maklumat yang diperlukan lalu klik Hantar di sudut kanan bawah skrin
5. Notifikasi akan dipaparkan, isi no. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Klik Mohon TAC
6. Masukkan No. TAC yang diterima melalui SMS di telefon bimbit dan klik Hantar
7. Paparan skrin Status Saya akan ditunjukkan dan pengguna boleh memuat turun mahupun mencetak borang tersebut.
Cara Permohonan Undi Pos
Bagi mereka yang layak pula, bolehlah membuat permohonan undi pos. Pihak SPRM akan mengeluarkan kenyataan media bagi undian secara pos untuk pilihan raya umum mahupun kecil. Ketetapan permohonan undi pos adalah seperti di bawah.
Pilihan Raya Umum Ke – 15 (PRU15)
Bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15), permohonan undi pos dalam dan luar negara telah dibuka serta merta mulai 10 Oktober 2022. Ini susulan pengisytiharan pembubaran Parlimen Penggal ke-14 yang telah dibuat Perdana Menteri pada 10 Oktober 2022 (Isnin). Namun tarikh tutup akan dimaklumkan kelak setelah SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh pilihanraya. Berikut adalah ketetapannya:
- Tarikh Buka : 10 Oktober 2022
- Tarikh Tutup : Akan dikemaskini
Kategori Undi Pos
Terdapat tiga kategori pengundian secara pos iaitu:
1. Kategori 1A (Dalam Negara)
- Ahli / Pegawai SPR;
- Petugas Pilihan Raya;
- Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya;
- Anggota Tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal; dan
- Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal.
2. Kategori 1B (Luar Negara)
- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya; dan
- Bermastautin di luar negara
3. Kategori 1C (Agensi / Organisasi)
- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya;
- Merupakan anggota Agensi/Organisasi berikut:
- Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
- Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
- Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
- Anggota Jabatan Kesihatan;
- Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
- Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
- Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
- Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); atau
- Tenaga Nasional Berhad (TNB).
- Tidak dapat hadir mengundi kerana bertugas pada Hari Mengundi.
Cara Mohon Undi Pos Setiap Kategori:
1. Kategori 1A (Dalam Negara)
Hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A yang boleh dimuat turun dari portal rasmi SPR:
Kemukakan Borang 1A yang telah lengkap diisi kepada Pejabat Pegawai Pengurus bahagian Pilihan Raya di mana pengundi akan mengundi.
2. Kategori 1B (Luar Negara)
Hendaklah memohon secara online di portal rasmi SPR dengan cara:
- Mendaftar akaun MySPR Daftar di https://myspr.spr.gov.my/login.
- Memohon undi pos melalui MySPR
Rujuk panduan di pautan berikut:
3. Kategori 1C (Agensi/Organisasi)
Hendaklah memohon secara online di portal rasmi SPR dengan cara:
- Mendaftar akaun MySPR Daftar di https://myspr.spr.gov.my/login.
- Memohon undi pos melalui MySPR
Rujuk panduan di pautan berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk lebih maklumat lanjut mengenai permohonan undi pos bagi PRU ke-15 sila rujuk pautan berikut: