Cara Simpan Cili Kisar & Bawang Kisar Tahan Sehingga Sebulan & 2 Minggu!
Petua Simpan Cili Kisar Dan Bawang Kisar Tahan Lama Dalam Peti Sejuk
Ibu-ibu, para isteri mahupun sesiapa yang selalu masak di dapur mesti ada yang belum tahu cara simpan cili kisar & bawang kisar tahan lama. Bukan apa sebenarnya bila ada bahan kisar dah ready macam ni lebih memudahkan proses nak masak nanti. Tak ada lah setiap kali nak masak setiap kali tu perlu kupas bawang, potong cili kisar dan sebagainya. Proses akan ambil masa yang lama nanti. Bukan sahaja memakan masa, tenaga juga perlu dikerah juga dah penat kalau setiap kami masak kena buat macam tu kan.
Jadi cara paling mudah adalah sediakan bahan awal dan simpan stok yang boleh tahan lama. Itu yang selalu orang buat cili kisar dan bawang kisar awal-awal dan simpan dalam peti. Jadi nanti bila nak masak hanya perlu keluarkan daripada peti sejuk dan masak. Dah jimat masa dan tenaga. Tapi perlu hati-hati juga sebab ada yang buat tapi tak tahan lama. Mungkin cara buat yang salah atau pengendalian masa nak gunakannya yang salah. Jangan nanti sakit perut pula sebab pakai cili kisar atau bawang kisar yang dah tak elok.
Petua Simpan Cili Kisar Dan Bawang Kisar Tahan Lama Dalam Peti Sejuk
Jangan risau, sebenarnya terdapat banyak cara atau petua yang boleh dibuat untuk pastikan cili kisar dan bawang kisar tahan lama. Antaranya adalah perkongsian oleh Puan Ani Zam di media sosial yang boleh diringkaskan seperti berikut:
Sumber Gambar Cookpad
Cili Kisar
Bahan-bahan:
- 100 gram cili kering
- 3 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih (8 atau 9 ulas(
- 1 sudu besar garam
Cara Penyediaan:
- Gunting cili kering lebih kurang 1 inci dan masukkan ke dalam penapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili kering
- Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebuskan cili sehingga mendidih
- Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau seketika. Apabila telah mendidik, tutupkan api.
- Basuhkan cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan penapis tadi bagi mengeluarkan saki baki biji cili.
- Masukkan cili yang telah di basuh tadi ke dalam pengisar bersama dengan bawang besar dan bawang putih. Kisarkan menggunakan air tapis.
- Setelah siap dikisar, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti air.
Nota: Cili kisar ini boleh tahan sehingga sebulan.
Sumber Gambar Foodmarket
Bawang Merah Kisar
Bahan-bahan:
- 6 biji bawang besar
- 10 biji bawang kecil
- Minyak masak
- Sesudu garam
Cara Penyediaan:
- Kupas bawang, cucikannya dan keringkan lalu hiris kecil.
- Kisarkan bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh daripada jumlah bawang
- Jika bilangan bawang penuh satu mesin pengisar, gunakan minyak anggaran dalam setengah blender.
- Setelah siap mengisar, masukkan ia ke dalam bekas.
- Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum ditutup dalam bekas dan di simpan ke dalam peti ais.
Nota: Bawang merah kisar ini boleh tahan sehingga seminggu atau 2 minggu.
Sumber Gambar Facebook
Bawang Putih Kisar
Bahan-bahan:
- 5 labu bawang putih (40 hingga 45 biji)
- Minyak masak
- 1 sudu garam
Cara Penyediaan:
- Kupas bawang, cucikannya dan keringkan lalu hiris kecil
- Kisarkan bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh daripada jumlah bawang.
- Sekiranya jumlah bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah mesin pengisar.
- Setelah siap kisar, masukkan ke dalam bekas.
- Letakkan sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
Nota: Bawang putih kisar ini boleh tahan sehingga seminggu atau 2 minggu.