Kalau Pergi Bazar Ramadhan, Mesti Semua Makanan Nak Beli Kan? Lepastu Bazir. Ini Cara Elak Beli Ikut Nafsu
Cara Mudah Tahan Diri Daripada Beli Mengikut Kehendak
Korang pernah tak beli barang atas sebab bukan korang perlukan sangat pun, tapi kerana rasa nak beli sahaja atau beli ikut nafsu? Lepas beli, korang tak pakai pun benda tu dan terbiar berdebu dalam stor. Ini yang dipanggil ‘compulsive purchasing’ atau pembelian tanpa kawalan. Ada lagi satu keadaan di mana korang tak ada rancang nak beli apa-apa, bila jalan-jalan kat pusat beli belah, tiba-tiba terbeli itu dan ini, tabiat ini kita panggil ‘impulsive purchasing’ atau pembelian spontan.
Tiga Cara Mudah Tahan Diri Daripada Beli Ikut Nafsu
Sumber Gambar Hartabumi
Jadi apa nak buat kalau selalu macam ni? Sebenarnya ada beberapa cara korang boleh ikut untuk tahan diri dari tabiat beli ikut nafsu atau kehendak ini. Antaranya adalah:
Elak Beli Ketika Tengah Marah, Sedih Atau Lapar!
Menurut Kit Yarrow, pakar psikologi di Amerika Syarikat, sebahagian golongan berbelanja mengikut kehendak terutamanya tanpa berfikir adalah akibat masalah emosi. Contohnya kalau kita tengah marah atau sedih, ada sesetengah disebabkan lapar. Ya, lapar, korang selalu macam ni kan? Perkara tersebut boleh menjadi kecenderungan untuk kita membeli dan berbelanja. Perasan tak masa kita lapar berpuasa di bulan Ramadan, bila kita pergi bazar Ramadan rasa semua benda kita nak beli dan makan. Sebab tu ada petua jangan membeli belah ketika sedang lapar.
Ada pula antara kita yang berbelanja disebabkan ketagihan, di mana dengan membuat pembelian baru menjadikan kita rasa lega atau gembira, ini disebabkan hormon dopamin terembes dalam badan kita setiap kali kita berbelanja. Terutamanya bila sesuatu jenama keluarkan produk baru, contohnya bila Apple keluarkan Iphone baru, pantang nampak terus nak beli kan? Haa tu salah satu punca nya lah!
Jadi, jangan membeli waktu emosi tak stabil. Bila kita dah kenal pasti puncanya, sentiasa waspada dan beringat bila dalam situasi tersebut, terutamanya kalau disebabkan ketagihan, boleh mendapatkan bantuan profesional seperti dari kaunselor.
Bayar Guna Wang Tunai! Elak Guna E-Wallet, Kad Debit/Kredit (Cashless)
Sumber Gambar theculturetrip
Biro Perlindungan Kewangan Pengguna Amerika Syarikat ada menjalankan kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang berbelanja menggunakan tunai akan berbelanja kurang berbanding mereka yang menggunakan kad debit atau kad kredit yang cenderung berbelanja lebih. Ini kerana transaksi yang berlaku bagi setiap pembelian nampak pada mata kasar pengguna dan menjadikan diri kita lebih menyedari tentang perbelanjaan kita.
Sekarang pula semakin banyak perkhidmatan e-Wallet iaitu bayaran secara dompet digital di mana duit dimasukkan ke dalam dompet digital tersebut secara online transfer. Jadi makin susah juga nak kawal sebab korang hanya akan bayar menggunakan smartphone! Perbelanjaan secara cashless ini juga boleh menjadi tidak terkawal dengan berbelanja atas talian. Lagi-lagi sekarang ni kalau nak online shopping senang je, macam-macam platform dah ada.
Jadi setiap bulan, asingkan jumlah daripada gaji bulanan sebagai peruntukan untuk perbelanjaan dalam bentuk tunai, kerana dengan tunai, kita akan lebih berhati-hati dalam pembelian, dan menghadkan pilihan kita untuk online shopping. Kalau terpaksa juga guna cashless sebab sekarang ni pun musim COVID-19 jadi digalakkan guna bayaran tanpa tunai kan, so korang mestilah hadkan credit limit atau kadar maksimum e-wallet tu.
Guna Peraturan 20 minit atau 3 Hari Sebelum Membeli
Memberi diri sendiri masa sebelum membuat keputusan membeli sesuatu sebenarnya antara langkah yang paling berkesan dalam menahan diri daripada beli ikut nafsu atau kehendak terutamanya dalam mengawal ‘impulsive purchase’ dan ‘compulsive purchase’.
Peraturan 20 Minit
Bila korang berjalan-jalan terutamanya di pusat beli belah dan nampak sesuatu barang terutamnya yang sedang dalam jualan murah, lalu timbul rasa ingin nak membeli, sebenarnya badan kita sedang mengambil alih minda kita yang menjadikan pemikiran kita cenderung untuk berbelanja.
Jadi, ambil masa selama 20 minit sebelum terus membeli untuk korang berfikir dengan lebih waras dan keputusan yang korang ambil akan dipandu oleh rasional berbanding emosi. Ini dipraktikkan oleh pakar psikologi di Amerika Syarikat bernama Kit Yarrow sendiri untuk mengatasi rasa ingin membeli kasut di pusat beli belah. Tapi kalau dekat bazaar Ramadhan tu cuba lah jalan sampai hujung dulu. Kalau masih teringat beli lah atau esok boleh beli juga.
Peraturan 3 Hari
Peraturan 3 Hari ini ialah mengambil masa 3 hari sebelum membuat keputusan untuk membeli. Peraturan ini sangat sesuai diamalkan terutamanya bila membeli barang atas talian. Sebelum kita membeli sesuatu barang, ambil masa 3 hari untuk berfikir, dan tengok sama ada selepas 3 hari itu masih ada rasa ingin membeli barang tersebut.
Ada di antara kita yang setelah mereka membeli barang atas talian, keinginan terhadap barang tersebut hilang semasa menunggu dalam tempoh penghantaran. Jadi, tunggu selama 3 hari ya. Tak lama pun tu. Belum cuba belum tahu.
Jadi, korang boleh cuba 3 cara elak beli ikut nafsu ini dan yang paling penting disiplin diri sendiri dalam perbelanjaan. Tak ada orang yang lebih berkuasa ke atas diri kita melainkan diri kita sendiri. Kalau korang beli barang online tapi barang tu rosak, sebenarnya boleh pulangkan semula dan dapat duit korang balik. Boleh tengok SINI