Cara MudahKewangan

Cara Tambah Duit Simpanan KWSP Menggunakan i-Akaun. Guna Telefon Je! Mudah & Cepat

KWSP Perkenal Fungsi Tambah Simpanan Menerusi Aplikasi i-Akaun

Terkini pada 8 Ogos 2022, KWSP baru sahaja memperkenalkan fungsi cara tambah duit simpanan KWSP menggunakan aplikasi i-Akaun. Dengan adanya fungsi ini, maka lebih mudah lah untuk orang ramai menambah simpanan di KWSP untuk simpanan persaraan nanti. Maklumlah sebelum ini ramai antara kita dah buat pengeluaran semasa pandemik Covid-19 melanda seperti i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP. Jadi bila ekonomi dah stabil sedikit sekarang ini mungkin boleh simpan semula duit di KWSP untuk kegunaan hari tua nanti.

Selain itu, fungsi ini juga telah diperkenalkan oleh KWSP untuk memudahkan urusan mereka yang tidak mencarum KWSP secara tetap atau bulanan. Mereka ini termasuklah golongan yang bekerja sendiri atau yang tiada pendapatan tetap seperti pekerja separuh masa atau freelancer. Mereka yang bekerja dalam industri gig seperti pemandu e-hailing, penghantar makanan dan lain-lain juga boleh mendapatkan manfaat caruman sukarela ini.

Cara Tambah Duit Simpanan KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun

Berikut adalah cara untuk menambah simpanan KWSP atau mencarum sukarela menggunakan aplikasi i-Akaun.

1. Muat turun aplikasi i-Akaun di telefon bimbit dan pastikan kemaskini versi yang terkini.

2. Log masuk i-Akaun, setelah tiba di halaman utama, klik pada butang Tambah Caruman 

3. Masukkan jumlah yang ingin disimpan dan Leret Untuk Teruskan

4. Pilih bank untuk transaksi dan klik Seterusnya

5. Log masuk bank yang dipilih dan masukkan kod TAC dan klik butan Continue

6. Setelah selesai, klik butang Return to Merchant’s Page

7. Transaksi berjaya, klik butang Muat Turun Resit dan selesai

 

Mudah sahaja kan nak simpan duit dalam KWSP sekarang. Hanya perlu ada aplikasi i-Akaun sahaja di telefon bimbit dan boleh buat transaksi pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Tak perlu dah beratur di kaunter ataupun menggunakan mana-mana platform bank masing-masing. Jimat masa dan jimat duit. Kalau nak tahu cara daftar i-akaun boleh baca di SINI. Semoga perkongsian ini membantu memudahkan urusan orang ramai dan jangan lupa share pada yang lain.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button