PekerjaanCara Mudah

“Aik? Banyak Ni Je Tinggal Baki Bank?” Ini 3 Kerja Part Time Boleh Buat Hujung Minggu

Cara Mudah Tambah Pendapatan Dengan Kerja Separuh Masa

Mesti ramai yang fikir nak buat kerja part time sebab setiap kali gaji masuk, pejam celik rasa macam tak dapat gaji langsung! Terus dah kira bila next masuk gaji. Bukan sebab gaji zaman sekarang ni terlalu rendah je tapi sebab kos sara hidup pun makin tinggi macam barang mahal dan sebagainya. Habis tu takkan nak terus je hidup macam ni selamanya kan?

Sebenarnya ada je kerja part time yang mudah untuk orang yang bekerja full time. Kita sahut juga seruan kerajaan yang minta kita buat kerja sampingan untuk tambah pendapatan. Pilih je sama ada nak buat kerja kat rumah tapi perlu perah otak berfikir atau kerja luar tapi kerah tenaga sikit. Yang penting kita boleh buat selepas waktu kerja atau pun pada hari minggu. Antara kerja-kerja yang korang boleh buat adalah macam ni.

Cara Mudah Tambah Pendapatan Dengan Kerja Part Time Atau Separuh Masa

Rider Makanan – Kerja Yang Pasti Ada Customer, Korang Tak Perlu Cari Sendiri!

Ini part time buat korang yang ada motor dan jenis tak suka fikir macam mana nak cari customer atau menjual dan buat sales. Kalau korang jenis suka bergerak dan guna tenaga fizikal lebih daripada berfikir, kerja ni sesuai untuk korang! Kadang bukan apa, pagi dah penat kerja dekat office fikir macam mana nak selesaikan kerja, malam kita rehatkan sikit otak tapi dapat jalan sana-sini sambil boleh dapat duit.

Ada banyak platform untuk korang apply jadi Rider Makanan ni antaranya Foodpanda, GrabFood, Dah Makan dan sebagainya. Nak mohon dia pun tak susah, yang penting korang ada smartphone, motor dan lesen B2 serta berumur 18 tahun ke atas. 

Kalau ikut rateFoodpanda, sejam bekerja dalam RM5 dan upah penghantaran adalah RM 3. Katakan buat part time hari Ahad, 10 pagi sampai 2 petang. Dan dalam 4 jam tu dapat 10 pesanan.

RM5 x 4 jam = RM20

RM3 x 10 = RM30

Sumber :pandariders.my

Dah dapat RM50 sehari. Kalau kerja 4 hari sebulan dah RM200. Tolak la RM5 duit minyak sehari. Dah dapat extra RM180 sebulan.

Ini baru kerja 4 jam satu minggu, kalau buat lebih, satu bulan punya gaji tu dah boleh cover bayar duit sewa bilik ataupun simpan buat duit kahwin. Kalau takde motor pun jangan risau! Korang boleh jadi Foodpanda Pink Walker atau pejalan kaki je untuk hantar makanan. Baca sini. Yang ada kereta pula boleh cuba buat grabfood tapi menggunakan kereta dengan baca sini.

Sumber Gambar Johorfoodie

Ejen Dropship – Aktif Dekat Media Sosial Je Pun Boleh Dapat Duit!

Pendek kata kerja part time ni macam promoter online untuk sesebuah produk tapi yang best nya kita tak simpan apa-apa stok produk, berbeza dengan stokis. Jadi tak perlu pening kepala nak simpan barang customer dekat mana. Bahkan urusan penghantaran produk pun diuruskan pembekal. Tugas ejen dropship hanya perlu buat promosi dan urus pelanggan yang berminat.

Bisnes dropship ni dibuat secara online. Tak perlu pun ada office atau premis khas. Nak buat depan tv pun boleh. Asalkan ada laptop, handphone dan internet dah boleh buat kerja

Biasanya keuntungan dalam 15-20% dari harga barang bergantung kepada program dropship yang korang join. Maksudnya bila dapat duit daripada customer yang order dengan korang, lepastu korang bayar kepada HQ dengan harga ejen, jadi baki tu adalah keuntungan yang korang dapat.

Contoh : Agen Jual Kambing Perap

Harga Jual – RM50/kg

Harga Ejen – RM40/kg

Apabila terjual 1kg, korang untung RM10. Dapat 10 customer sehari dah RM100!

Dropship ini sesuai untuk mereka yang aktif di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya, Sebab dekat sini lah korang boleh dapat banyak pelanggan. Cuma perlu pandai buat ayat sikit dan design iklan bagi orang tertarik untuk beli.

Sumber Gambar Sis Gee

Freelancing – Duduk Rumah Je Dah Boleh Jana Pendapatan!

Apa freelancing ni? Seorang freelancer menjual perkhidmatan mereka kepada pelanggan yang memerlukan. Perkhidmatan jenis apa? Macam-macam ada, dari membina laman web, pereka grafik, penterjemah, dan yang paling banyak orang buat data entry.

Yang penting ada minat, kemahiran untuk selesaikan tugasan dan pandai urus masa untuk siapkan tugasan tu. Sebab selalunya majikan atau client ni dia ada tempoh masa untuk kita siapkan kerja yang diorang bagi. Bermodalkan laptop dan data internet, kerja freelancing ni boleh buat dekat rumah atau mana-mana pun. Kerja ni biasanya sesuai untuk korang yang ada kemahiran guna komputer dan mampu menghadap laptop buat kerja dengan lama.

Bergantung kepada jenis perkhidmatan, sesebuah tugasan atau job itu boleh bernilai sehingga RM100. Kalau korang mahir seminggu boleh siapkan 1 job, 4 minggu dah RM400. Kalau seorang pereka laman sesawang, upah boleh mencecah sehingga RM1200 untuk sebuah projek! Cuma tempoh masa siapkan tu lama sikit lah.

Biasanya pada peringkat awal, korang boleh iklankan kemahiran di web jual beli servis. Antaranya :

  •       Fiverr
  •       ilancee
  •       Freelancer.com

Selepas itu, guna semua platform sosial media yang korang ada seperti blog sendiri, Facebook, Twitter, LinkedIn dan sebagainya untuk iklankan servis korang. Untuk sentiasa dapat pelanggan, korang perlu pastikan kerja dibuat dengan baik agar dapat ‘Track record‘ yang bagus.

Sumber Gambar Bitrix24

Sebenarnya ada banyak lagi kerja part time yang korang boleh buat selain dinyatakan di atas. Cuma yang atas ni kerja korang boleh buat ikut masa sendiri, tak terikat dengan komitmen. Kalau ada masa boleh buat, takda masa tak perlu buat tapi tak dapatlah duit lebih tu nanti.  Kalau ada kereta boleh cuba kerja part time macam kat SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button