SekolahPermohonan

Cara Tebus Baucar Buku 2024 (RM100) Mulai 31 Mei 2024

Baucar Buku MADANI 2024 : Semakan & Penebusan Menerusi DELIMa

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian baucar buku berjumlah RM100 kepada pelajar sekolah rendah bermula murid tahun 4, pelajar sekolah menengah dan Institusi Pendidikan Tingg (IPT) semasa perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024) tempoh hari. ianya sebagai langkah yang dapat membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku dalam kalangan pelajar.

Inisiatif baucar buku ini akan memanfaatkan lebih 1.2 juta pelajar IPT warganegara Malaysia yang akan dilaksanakan secara berfasa mulai 1 Jun 2024 sehingga 31 Disember 2024. Untuk fasa pertama, penyaluran akan dilaksanakan menerusi kaedah e-baucar iaitu KPT akan menawarkan 50,000 e-baucar sebagai menyokong PBAKL 2024.

Cara Tebus Baucar Buku 2024: Semakan & Penebusan Melalui DELIMa

Berikut dikongsikan cara untuk menebus baucar buku MADANI 2024 serta maklumat lain yang berkaitan.

Apa itu Baucar Buku?

Baucar buku adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar, dalam masa yang sama merancakkan industri buku tempatan serta membantu meringankan beban ibu bapa dan para pelajar dalam mendapatkan bahan bacaan yang sesuai. Penerima akan menerima bantuan dalam bentuk baucar yang boleh ditebus mengikut mekanisme yang ditetapkan.

Siapa yang layak?

Mereka yang layan menerima Baucar Buku MADANI ini adalah pelajar sekolah rendah bermula dari Tahun Empat hingga pelajar sekolah menengah dan juga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Jumlah Baucar 

Bagi baucar buku MADANI, kerajaan telah menetapkan jumlah baucar buku yang akan diberikan seperti berikut:

  • RM50 : Murid Sekolah Rendah Tahun 4 hingga Tahun 6
  • RM100 : Pelajar Sekolah Menengah, Pelajar IPT dan IPGM

Tarikh Penebusan Baucar Buku

Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku bagi murid / pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah pada:

  • 31 mei 2024 hingga 31 Disember 2024

Cara Penebusan Baucar Buku

1. Murid Sekolah

Bagi murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM, pemberian baucar buku akan disalurkan mulai Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2 petang melalui aplikasi DELIMa. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
  2. Daftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
  3. Pengguna boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
  4. Setelah selesai memilih, pengguna boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
  5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
  6. Selesai.

2. Pelajar IPT

Bagi pelajar IPT, menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, IPT akan menetapkan mekanisme terbaik bagi pemberian baucar buku tersebut. Penjelasan lanjut akan dimaklumkan kelak dan dikemaskini.

Senarai Buku Yang Boleh Dibeli

Bagi senarai buku yang boleh dibeli menggunakan baucai, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengeluarkan senarainya.

Antaranya termasuklah buku-buku / novel klasik, novel-novel karya sasterawan terkemuka seperti A. Samad Said, atau Shahnon Ahmad atau Datuk Anwar Ridhwan.

Untuk senarai penuh, sila rujuk Portal DELIMa bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan majlumat lanjut, sila rujuk perincian di bawah:

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button