Cara Tempah Temujanji Klinik Kerajaan & Saringan Perkahwinan Online
Tutorial Cara Booking Appointment Klinik Kerajaan
Cara tempah temujanji klinik kerajaan akan diterangkan di bawah. Mungkin ramai lagi yang tak tahu sekarang ni ada beberapa jenis perkhidmatan dekat klinik kerajaan kena buat tempahan dulu. Contohnya perkhidmatan klinik seperti saringan perkahwinan, pendaftaran baru kehamilan, klinik pergigian dan sebagainya. Kalau tak buat appointment kadang memang klinik tu tak bagi masuk langsung. Jadi ini cara tempah temujanji klinik kerajaan.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk membuat tempahan tetapi yang paling senang adalah menerusi aplikasi MySejahtera. Semua orang mesti dah install MySejahtera dalam telefon masing-masing kan. Jadi hanya perlu ikut langkah di bawah ni je untuk buat tempahan. Tak ada lah korang buang masa pergi ke Klinik tapi tak boleh pulak masuk sebab tak buat temujanji
Cara Tempah Temujanji Klinik Kerajaan Menerusi MySejahtera
Jadi untuk menempah slot temujanji di Klinik Kerajaan, pertama sekali korang mestilah muat turun dulu aplikasi MySejahtera. Kalau belum install lagi boleh klik pautan berikut:
Lepas dah ada MySejahtera, ikut je langkah berikut:
1. Buka aplikasi MySejahtera dan klik Kesihatan Digital
2. Klik Tempahan Temujanji Klinik
3. Pilih mana-mana perkhidmatan, dalam cara ini kami tunjukkan menggunakan QueueMed
4. Klik pada bahagian Carian
5. Pilih lokasi Klinik yang ingin dikunjungi dan klik butang Cari
6. Klik Book Now pada klinik yang ingin dikunjungi
7. Pilih jenis perkhidmatan dan klik Book Now
8. Pilih tarikh yang ada untuk ditempah
9. Pilih waktu yang ingin dikunjungi
10. Isikan maklumat yang diperlukan
11. Klik Proceed untuk langkah terakhir. (Sekiranya diminta untuk Login, pengguna perlu log masuk dahulu)
12. Bukti tempahan boleh disimpan dan ditunjukkan semasa temujanji nanti.
Mudah sahaja kan cara tempah temujanji klinik kerajaan. Hanya perlu buat online tak perlu pergi ulang alik klinik. Tapi korang kena tempah awal sebab kadang-kadang tarikh dah penuh. Jadi rancang lah waktu sebaiknya. Nak tahu cara tempah temujanji daftar kelahiran anak di JPN boleh baca panduan di SINI