InformasiCara Mudah

Nak Tengok Wayang Tanpa Risikokan Diri Dengan Covid19? Ini Tips Nya. No. 5 Tu Lawak Tapi Betul Juga

Tips Keselamatan Tengok Wayang Di Musim Pandemik

Baru-baru ni, kerajaan ada mengumumkan tentang pembukaan semula pawagam di beberapa tempat di seluruh negara. Pengumuman ni ternyata mendapat sambutan baik kebanyakan orang memandangkan ramai yang dah lama tak merasa menonton wayang sambil memakan popcorn dalam dewan yang sejuk. 

Dalam masa yang sama, ada juga yang melahirkan rasa risau kerana takut Covid-19 boleh tersebar dengan lebih mudah. Ya lah, ruang tertutup yang penuh dengan orang adalah satu resepi kepada penularan Covid dengan cepat. Tetapi jangan risau, SOP telah pun dilaksanakan seperti pemeriksaan suhu sebelum masuk dan juga duduk dalam penjarakan fizikal.

Sumber Gambar Tatler Malaysia

Kanak-kanak Boleh Tengok Wayang Ke?


Menurut Twitter GSC, kanak-kanak kini dibenarkan untuk memasuki pawagam. Tetapi tidak digalakkan semasa PKPB/PKPP berdasarkan SOP terkini daripada MKN. Kalau nak bawak juga boleh cuba ikuti tips langkah keselamatan tambahan di bawah

Tips-Tips Keselamatan Semasa Menonton Wayang di Musim Pandemik

Tambahan pula, risiko untuk dijangkiti Covid boleh dikurangkan sekiranya korang mengikuti tips-tips keselamatan di bawah ni. Walaupun berada di dalam dewan yang penuh dengan orang, korang masih boleh menonton wayang dengan selesa dan dalam masa yang sama dapat mengelak daripada dijangkiti Covid daripada penonton yang lain. Ya lah sebab masih ada yang positif Covid19 tanpa gejala kan jadi kita tak tahu siapa-siapa boleh ada penyakit ni. Jadi jom kita buat tips-tips ini:

1. Beli Tiket Secara Online

Selagi boleh mengelakkan diri daripada berada di luar dalam tempoh yang lama, selagi tu lah korang kena cuba. Kalau membeli tiket di kaunter atau mesin, korang dah lah kena beratur panjang lepastu kalau kaunter tiket layan diri tu kena pegang skrin yang dah ramai orang sentuh juga kan bahaya tu. Sebab tu, adalah lebih baik untuk korang membeli tiket di rumah secara online je. Lebih selamat. 

Dan jangan lupa juga untuk membeli popcorn sekali, kalau nak. Bukan je dapat kurangkan risiko dijangkiti Covid daripada orang lain semasa beratur nak beli makanan, tapi selalunya akan terdapat harga promosi yang lebih murah apabila membeli secara online.

2. Lakukan Transaksi Tanpa Tunai

Kalau korang tak sempat nak beli tiket atau makanan secara online, dan terpaksa juga ke kaunter, pastikan transaksi dilakukan tanpa tunai. Gunakan e-wallet ataupun kad debit untuk membuat pembayaran. Dengan cara ni, risiko virus Covid berpindah kepada korang melalui pertukaran duit dapat dielakkan. Hal yang sama ini juga patut dipraktikkan apabila korang berbelanja di kedai ataupun restoran.

Sumber Gambar Maher Saham

3. Patuhi SOP Setiap Masa

Benda ni sepatutnya dah tak perlu nak diingatkan lagi sebab korang sendiri pun dah terbiasa dengan norma baharu, iaitu jangan lupa untuk:

  • Scan kod QR MySejahtera atau tulis nama
  • Periksa suhu sebelum masuk
  • Jangan lupa pakai pelitup muka
  • Rajinkan diri untuk membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer
  • Jaga jarak 1 meter dengan orang lain

Sumber Gambar Kompas Health

4. Sentiasa Memakai Pelitup Muka di dalam Pawagam

Walaupun pihak pawagam dah menjarakkan kerusi antara satu penonton ke satu penonton yang lain, korang masih perlu memakai pelitup muka. Mungkin korang akan rasa tak selesa sebab perlu menonton wayang selama 2 jam dengan pelitup muka, tapi cara ni lebih selamat sebab virus ni boleh berpindah melalui air liur. Jadi kalau ada orang bercakap, bersin, ataupun batuk, korang boleh dijangkiti dengan virus tersebut kalau tak memakai pelitup muka.

Sumber Gambar GSC

5. Jangan Makan Atau Minum Waktu Scene Ngeri atau Kelakar

Kalau korang nak makan atau minum, memanglah kena buka pelitup muka kan, tapi kalau korang tengok cerita hantu ke atau cerita komedi, elakkanlah makan ketika babak atau scene genting. Takut-takut korang terjerit atau tergelak kuat sampai tersembur dekat orang depan. Ini untuk yang memang kalau dah gelak tu tak ingat dunia ataupun kuat atau senang terkejut tu. Nanti bukan je kena marah silap-silap kena halau daripada pawagam tu.

6. Jangan Berebut untuk Keluar

Apabila cerita sudah habis, jangan pula berpusu-pusu untuk keluar daripada dewan. Lebih baik kalau korang bagi orang lain keluar dulu supaya nanti tak adalah berasak-asak dengan orang lain sampai tak jaga jarak sosial. Sementara tunggu orang habis keluar, bolehlah layan dulu lagu OST filem tersebut. 

7. Jangan ke Pawagam Kalau Tak Sihat

Walaupun duit tiket dan makanan akan terbazir, tapi itu lebih baik daripada menjadi punca kepada orang lain jatuh sakit. Jadi kalau rasa tak sihat seperti demam, selesema, atau batuk-batuk, lebih baik korang duduk dan layan filem di rumah saja. Netflix kan ada. 

Setiap pawagam di Malaysia sememangnya mengamalkan SOP seperti yang diarahkan MKN, jadi janganlah risau. Tambahan pula, dengan adanya 7 tips keselamatan ni, korang masih boleh hiburkan diri dengan menonton wayang di pawagam dengan lebih selamat tanpa perlu risau akan dijangkiti Covid! Kalau tak nak tengok wayang, korang boleh je layan Netflix di rumah. Tapi tak seronok pula tengok video di skrin telefon yang kecil tu, kan? Apa kata sambungkan telefon pada TV agar skrin menjadi lebih besar? Ikut je cara-caranya di SINI!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button