Cara Tukar Kad ATM Debit CIMB Secara Online Tak Perlu Ke Bank. Ganti Kad Bank CIMB Expired
Tips Tukar Kad Debit CIMB Menerusi Laman Web CIMB Secara Atas Talian
Masih ramai lagi yang tak tahu sebenarnya sekarang ini dah ada cara tukar kad ATM Debit CIMB secara online sahaja. Memang betul boleh buat secara atas talian je untuk ganti kad bank CIMB yang dah tamat tempoh atau expired. Kalau tak dulu setiap urusan bank kita perlu terus pergi ke bank sendiri untuk buat pengesahan dan sebagainya. Namun selari dengn peredaran masa kini, CIMB juga telah menyediakan kemudahan untuk para pelanggan dengan memberikan inisiatif penukaran kad secara online sahaja tanpa perlu ke bank.
Perkhimatan secara online ini pastinya memudahkan orang ramai yang mempunyai kekangan untuk hadir ke bank khususnya untuk golongan yang bekerja. Kadang tu memang tak sempat untuk berurusan di bank melainkan perlu mohon cuti. Oleh sebab itu dengan adanya platform digital CIMB ini pastinya dapat meringankan beban mereka. Apa yang menarik lagi, kad baharu tersebut akan dihantar terus ke rumah masing-masing. Maksunya tak perlu lah ke bank untuk mengambil kad baharu tersebut, lebih mudah kan.
Cara Tukar Kad ATM Debit CIMB Online Tanpa Perlu Ke Bank (Kad Bank Expired)
Berikut adalah cara untuk tukar kad CIMB online serta maklumat lain yang berkaitan untuk penggantian kad baharu.
Jenis-Jenis Kad
Untuk perkhidmatan penggantian kad CIMB secara online, ianya tersedia bagi kebanyakan Kad Debit CIMB kecuali:
- Kad Master Debit CIMB Petrinas
- CIMB MyDebit Mastercard (Sebelum ini dikenali sebagai CIMB Tesco Debit Mastercard)
- Kad Master Debit Pilihan CIMB
- Kad Master Debit Octo CIMB
Syarat-syarat
Untuk membolehkan pemohon menggunakan perkhdmatan pertukaran kad, pelanggan CIMB tersebut mestilah:
- Mempunyai Kad Debit CIMB yang telah tamat tempoh ataupun akan tamat tempoh dalam masa (3) tiga bulan akan datang
- Sedang menetap di Malaysia; dan
- Mempunyai nombor telefon mudah alih Malaysia yang sah berdaftar dengan CIMB
Cara Mohon Online
1. Layari Portal CIMB di pautan berikut:
2. Baca dan fahami syarat terma yang disediakan
4. Isikan borang permohonan pada e-Form yang telah disedaiakan
5. Pemohon akan menerima kad debit CIMB yang baharu tersebut dalam masa 14 hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum)
Setelah Menerima Kad Baharu
Kad Debit CIMB yang sedia ada masih boleh digunakan sehingga tarikh luput kad debit sedia ada tersebut (yang lama) tamat tempoh. Namun begitu, sebaik sahaja kad baharu yang diaktifkan setelah diterima, kad debit yang lama tidak boleh digunakan lagi.
Pengguna hendaklah memusnahkan kad debit sedia ada apabila telah mengaktifkan kad debit baharu. Caranya adalah dengan memotong separuh merentasi jalur magnetik dan mikrocip.
Pengaktifan Kad Baharu
Untuk mengaktifkan kad baharu tersebut, ikuti langkah berikut:
- Masukkan kad baharu tersebut
- Gunakan kata laluan No Pin yang sedia ada (sama seperrti kad sebelum ini)
- Lakukan transaksi ATM dan selesai
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai permohonan pertukaran kad baharu sila rujuk pautan berikut:
Mudah je kan nak ganti atau tukar kad CIMB yang dah tamat tempoh secara online. Lepasni dah tahu cara nak buat online boleh share pada kawan-kawan lain agar semua mendapat manfaat. Kalau nak tahu cara tukar kad Maybank secara online boleh rujuk panduan di SINI.