Cara Carum KWSP Sendiri Walaupun Dah Berhenti Kerja Atau Bekerja Sendiri
Panduan Carum KWSP Sendiri (i-Saraan) Melalui Maybank2U
Masih ramai tak tahu sebenarnya boleh carum KWSP sendiri walaupun dah berhenti kerja ataupun bekerja sendiri. Ya lah kita bukan apa, takut nanti dah tua tak ada simpanan kan, takkan nak kerja sampai ke tua dah tak larat. Untuk yang bekerja sendiri ni memang sangat penting contohnya ejen stokis dropship barang, pemandu e-hailing, penghantar makanan dan lain-lain yang tiada pendapatan tetap atau majikan untuk mencarum KWSP.
Sebenarnya kerajaan mengambil berat tentang para perkerja golongan industri gig ataupun mereka yang tidak bekerja sepenuh masa ini. Para freelancer juga tergolong dalam kategori ini seperti mak andam, jurufoto perkahwinan dan banyak lagi. Jadi untuk golongan sebegini amatlah penting untuk membuat caruman KWSP kerana tiada jaminan untuk simpanan duit yang tetap apatah lagi pekerjaan pada masa akan datang.
Cara Carum KWSP Sendiri (i-Saraan) Melalui Maybank2U
Jadi untuk yang bekerja sendiri tu, jangan buang masa lagi terus carum KWSP sendiri menerusi i-Saraan KWSP. Berikut adalah salah satu caranya menggunakan Maybank2U:
Senarai Semak
Sebelum memohon, pastikan mempunyai butiran berikut:
- No. Ahli KWSP, Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh
- Mempunyai Maybank2U
- Mempunyai baki dalam akaun (tiada jumlah minimum, had maksimum pula adalah RM60,00 setahun)
1. Layari Portal Maybank2U (digalakkan menggunakan pelayar internet, bukan aplikasi)
2. Klik tab ‘Pay’ dan pilik untuk bayar kepada ‘Payee’
3. Tuliskan ‘EPF’ dan pilih ‘EPF’
4. Isikan maklumat yang diperlukan seperti No. Ahli KWSP, Nama dan No. Kad Pengenalan. Pilih ‘Self Contribution’ untuk jenis akaun
5. Untuk buatkan ianya dibayar secara bulanan, tandakan butang ‘Set Recurring’ dan klik ‘Pay’
6. Pastikan kesemua info adalah betul dan sahkan transaksi dengan Secure2u. Selesai.
Mudah sahaja kan? Lepasni tak perlu dah nak ke KWSP untuk buat urusan caruman secara manual. Lagi bagus boleh buat bayaran secara auto deduct setiap bulan bermaksud tak perlu log masuk Maybank2U setiap bulan kerana bayaran telah dibuat secara automatik. Kalau nak tahu bank mana lagi boleh buat i-Saraan atau caruman sendiri ini boleh baca di SINI