PermohonanCara MudahKewangan

Caruman KWSP Turun Kepada 9%, Maksudnya gaji kita lebih banyak! (Dilanjutkan hingga Jun 2022)

Cara Kekalkan Caruman KWSP Bagi Pekerja Sebanyak 11% Dari 9%

Bagaimana cara kekalkan caruman KWSP bagi pekerja sebanyak 11% Dari 9%? Bulan lepas, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, telah membentangkan Belanjawan 2021 dan kita boleh nampak dana yang telah kerajaan peruntukkan kepada pembangunan negara, bantuan rakyat, dan yang paling penting, dana khas Covid-19. Kalau korang terlepas pembentangannya, bolehlah baca ringkasannya di SINI

Baca Juga: Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP di Bank 

Caruman KWSP bagi Syer Pekerja Kini Diturunkan Pada 9% Maksudnya gaji kita lebih banyak!

TERKINI: Dalam ucapan Bajet 2022, kerajaan amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh rakyat akibat PKP yang berpanjangan, terutamanya dari segi pengurusan aliran tunai. Untuk menambah wang dalam tangan kepada rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 kepada 9 peratus sehingga Jun 2022 melibatkan anggaran nilai 2 bilion ringgit

 

Susulan daripada pengumuman Belanjawan 2021 ni, kerajaan telah menetapkan kadar berkanun caruman KWSP bagi syer pekerja yang baru adalah 9%, berbanding 11% sebelum ni. Senang cerita, sebelum ni, sebanyak 11% daripada gaji pokok korang akan dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagi caruman KWSPmulai Februari 2020 hingga Januari 2021 pula adalah sebanyak 7% seperti diumumkan sebelum ini. Namun menurut pengumuman terbaharu, KWSP akan menurunkan caruman syer pekerja  menjadi 9% dan potongan ni akan dilakukan secara automatik, mulai Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga upah bulan Disember 2021 (Caruman Januari 2022).

Mesti ada yang masih keliru dan ada banyak persoalan yang nak ditanya. Jangan risau, dekat bawah ni korang boleh baca soalan lazim dan jawapannya.

1. Siapa yang akan terkesan dengan kadar caruman KWSP yang baru ni?

Pekerja yang belum mencapai 60 tahun je yang akan terkesan dengan kadar caruman yang baru ni. Untuk mereka yang berumur lebih daripada 60 tahun, kadar caruman diorang masih kekal seperti yang lama, iaitu 11%.

2. Ada kesan ke bila kadar caruman KWSP ni diturunkan?

Ada. Bila kadar caruman diturunkan, bermakna pendapatan bulanan dalam tangan korang akan lagi bertambah. Bolehlah korang gunakan duit lebihan tu untuk buat belanja rumah atau bayar apa-apa hutang yang tertunggak.

3. Boleh ke kalau nak kekalkan kadar caruman KWSP pada 11% je?

Boleh. Korang boleh pilih untuk kekalkan caruman pada 11% je dan bukannya ikut kadar caruman yang baru.

4. Macam mana nak mohon untuk pengekalan kadar caruman 11%?

Korang boleh mula mohon untuk pengekalan kadar caruman ni bermula 1 Disember 2020, dan cara-caranya adalah:

  • Muat turun Borang KWSP 17A (Khas 2021) di SINI.
  • Isi borang selengkapnya dan serahkan pada majikan.
  • Majikan perlu kunci masuk maklumat pemohon ke dalam i-Akaun (Majikan). Tapi majikan hanya boleh mula kunci masuk maklumat pemohon bermula 14 Disember 2020.
  • Majikan perlu simpan borang sebagai rekod.

NOTA: Secara amnya, majikan korang boleh je menerima permohonan dari pekerja untuk mengekalkan caruman ini melalui pelbagai saluran media seperti emel, Whatsapp, SMS dan lain-lain.

Banyak ke beza gaji kita dapat 2% je daripada 11% ke 9% tu?

Kalau korang fikir 2% tu memanglah nampak sikit. tapi bila kira balik, banyak juga gaji lebih yang korang boleh dapat. Contohnya macam ni:

Gaji RM2,000

Kalau kekal 11% selepas caruman akan dapat gaji sebanyak RM1780

Kalau turun 9% selepas caruman akan dapat gaji sebanyak RM1820

Dapat lebihan RM40 dalam setiap bulan gaji kita. Boleh juga buat cover duit Bil Air atau belanja anak makan KFC

Jadi begitulah sedikit sebanyak mengenai kanun caruman syer pekerja untuk KWSP yang baru. Ternyata, korang mempunyai pilihan sama ada nak memperbanyakkan lagi pendapatan dalam tangan setiap bulan (dengan mengambil caruman 9%), ataupun nak menyimpan lebih banyak lagi untuk kegunaan di masa hadapan (dengan mengambil caruman 11%). Kalau korang buat pengeluaran i-Sinar , boleh tengok sini macam mana nak jadikan duit tu supaya berganda dan kita dapat lebih banyak. Baca sini

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button