Ini 5 Langkah Betul Cuci Dapur Gas Dengan Mudah. Nombor 1 Wajib Buat!
Tips Cuci Dapur Gas Dengan Mudah
Sumber Gambar Web Tech 360
Cara cuci dapur gas wajib diketahui oleh mereka yang menggunakannnya untuk memasak. Dapur gas sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia berbanding dapur induksi yang menggunakan elektrik, kerana dari segi faktor kos yang lebih murah dan lebih tahan lasak. Tapi kalau tak jaga atau senggara dapur gas secara berkala, dapur gas tu tetap tak akan tahan lama. Benda paling mudah dan penting korang kena buat untuk senggara dapur gas korang ialah dengan memastikan dapur gas korang bersih.
Tidak seperti dapur induksi, dapur gas mempunyai pelbagai komponen seperti tungku, ‘burner head‘, ‘outer and inner ring‘, tombol dan sebagainya. Kalau korang biarkan dapur gas korang kotor, boleh menyebabkan dapur gas korang tersumbat dan tidak dapat berfungsi dengan elok. Ini 5 langkah yang korang boleh ikut untuk mencuci dapur gas di rumah dari komponen seperti tungku sampailah ke tombol:
Tips Mudah Cuci Dapur Gas Dengan Betul
1. Matikan Dapur Gas Dulu & Mulakan Dengan Mencuci Tungku
Sumber Gambar IstockPhoto
Langkah ini sangat penting terutamanya untuk keselamatan masing-masing. Pastikan gas dapur korang dah dimatikan, dan kepala gas sudah dicabut dari tong gas. Setelah semuanya dipastikan selamat, mulakan mencuci dapur gas korang dari komponen yang pertama iaitu tungku. Tungku dapur gas ini penting untuk dipastikan bersih supaya tiada kotoran atau minyak yang melekat pada komponen ini tidak berubah mejadi kerak atau kesan hangus akibat terdedah dengan api ketika memasak.
Sumber Gambar Lazada
Cara paling mudah untuk membersihkan tungku dapur gas ini ialah dengan kalau terdapat sebarang kerak atau kesan hangus, kikis terlebih dahulu menggunakan pisau atau pengikis. Kemudian, rendam di dalam larutan air bercampur cecair pencuci pinggan dan baking soda dengan nisbah (2:1:1). Biarkan selama 1-2 jam, sental dengan span(paling elok gunakan scouring sponge) dan bilas dengan air bersih. Lap sehingga kering sebelum dipasang semula.
2. Keluarkan Dan Bersihkan Penutup Kepala Penunu
Sumber Gambar Decoratex
Kepala penunu atau ‘burner head‘ dapur gas kebiasannya mempunyai penutup walaupun ada jenis dapur gas yang tidak mempunyai penutup kepala penunu ini. Ini juga komponen yang penting untuk dibersihkan bagi mengelak penunu dapur gas korang tersumbat. Cara membersihkan penutup kepala penunu dapur gas ini paling mudah berbanding semua komponen dapur gas yang lain. Cabut penutup kepala penunu dapur gas kemudian rendam dalam larutan yang sama bersama tungku dapur gas tadi selama 1-2 jam. Sental menggunakan scouring sponge dan bilas dengan air bersih. Lap sehingga kering sebelum dipasang semula.
3. Cabut Dan Bersihkan Penunu Dapur Gas Dengan Cermat Dan Teliti. Jangan Rendam Dalam Air!
Sumber Gambar Decoratex
Membersikan kepala penunu dapur gas ini harus dilakukan dengan cermat dan dan teliti kerana ini komponen dapur gas yang boleh dikira sebagai paling ‘sensitif’. Bila korang cuci dapur gas di rumah, komponen ini korang harus titik beratkan proses pembersihannya. Pertama sekali cabut kepala penunu dapur gas dengan berhati-hati tanpa merosakkannya. Tak seperti dua komponen sebelumnya, kepala penunu dapur gas ini cukup sekadar lap dengan kain lembap dan pastikan tiada apa-apa yang menghalang aliran gas dari mengalir melaluinya. Untuk memastikannya lebih bersih dan mengelakkannya dari tersumbat, guna pin atau jarum untuk bersihkan lubang-lubang aliran gas pada kepala penunu tersebut dengan teliti. Jangan rendam kepala penunu ini dengan air bagi mengelak ada air terperangkap di dalamnya lalu sukar untuk digunakan semula.
4. Komponen Terakhir Ketika Cuci Dapur Gas: Permukaan Dapur Gas. Kalau Tak Boleh Berkulat!
Sumber Gambar HGTV
Ini komponen dapur gas yang terakhir yang perlu bersihkan ketika cuci dapur gas. Permukaan dapur gas ini penting untuk dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan adanya kesan hangus atau kerak akibat kotoran atau minyak yang terdedah pada api ketika memasak, juga bagi mengelakkan dari menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Setelah komponen seperti tungku, penutup kepala penunu dan kepala penunu dapur gas telah dialihkan, korang boleh mencuci permukaan dapur gas dengan lebih mudah.
- Cabut tombol dapur gas dan rendamkan bersama dengan tungku dan penutup kepala penunu dalam larutan yang sama. Sental dengan span dan bilas dengan air bersih sebelum dilap sehingga kering.
- Semburkan setiap inci permukaan dapur gas dengan larutan air bercampur cuka dan baking soda dengan nisbah (2:2:1). Biarkan selama 3-5 minit sebelum dilap dengan kain lembap. Kemudian lap sekali lagi dengan kain kering atau tuala kertas sehingga bersih.
- Jika terdapat kotoran yang degil, semburkan larutan tadi sekali lagi pada bahagian kotoran tersebut, biarkan selama 3-5 minit, sental dengan berus gigi atau scouring sponge sebelum dilap dengan kain lembap dan kain kering.
Sumber Gambar Decoratex
5. Pasang Kembali Semua Komponen Dapur Gas Setelah Kering
Sumber Gambar ProductNation
Setelah permukaan dapur gas sudah dibersihkan sehingga kering, langkah terakhir ialah memasang semula komponen-komponen dapur gas yang sudah dibersihkan tadi. Mulakan dengan memasang semula kepala penunu, kemudian penutup kepala penunu dan akhir sekali tungku dapur gas, dan sambungkan semula kepala gas dengan tong gas korang. Sekarang dapur gas korang lebih bersih dan lebih selamat untuk digunakan.
Korang cuma perlu melakukan rutin cuci dapur gas ini seminggu atau dua minggu sekali selain bagi memastikan dapur gas korang bersih, juga mampu memanjangkan hayat dapur gas korang untuk digunakan. Duit korang akan lebih jimat dari terpaksa terlalu sering membeli dapur gas yang baru. Nak tahu tips jimat guna dapur gas boleh baca di SINI.