KewanganRumah

Duit Raya Anak Haram Kita Guna? Ini Cara Simpan Duit Raya Anak Berbaloi & Tak Rugi!

Tips Simpan Duit Raya Anak Dengan Betul Agar Tak Rugi

Pastinya ramai ibu bapa yang dah terima banyak duit raya anak daripada saudara mara dan kenalan. Lagi-lagi yang baru dapat anak yang masih bayi kecil tu, mesti ramai akan hulurkan duit raya buat mereka. Tak lupa juga yang dah besar tu dan pandai pergi beraya ke rumah orang lain, sudah tentu banyak terkunpul duit raya hasil ziarah mereka keliling kampung. Jadi bila dapat duit raya anak ini boleh ke kita guna? Kalau tak guna nak simpan dekat mana?

Sebenarnya ada banyak pilihan yang boleh dibuat oleh para ibu bapa apabila anak mendapat duit raya. Sama ada ingin menyimpannya di dalam akaun simpanan bank, Tabung Haji, atau simpanan pendidikan dan sebagainya. Kalau tak nak simpan di akaun simpanan pun boleh sahaja simpan dalam tabung fizikal di rumah. Kalau nak bagi anak guna pun terus boleh guna tapi kalau kita yang nak guna sendiri kena berhati-hati. Baca dulu penerangan lanjut di bawah.

Tips Simpan Duit Raya Anak Dengan Betul Agar Tak Rugi

Jadi kalau nak menyimpan duit raya buat anak-anak kita tu, para ibu bapa boleh lah cuba ikut perkongsian di bawah:

1. Buat Akaun Simpanan di Bank

Antara cara paling mudah untuk dibuat dengan duit raya anak adalah dengan menyimpannya di dalam akaun simpanan di bank. Ini bukan sahaja dapat mendidik anak agar memulakan simpanan untuk masa depan yang lebih cerah, tetapi lebih selamat jika disimpan dalam tabung fizikal yang berkemungkinan dicuri ataupun hilang.

Akaun simpanan ni amat fleksibel di mana pemilik akaun boleh mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa contohnya sewaktu kecemasan di waktu diperlukan sangat duit. Dividen juga turut diberikan tetapi tidaklah tinggi sangat namun tetap ada. Antara contoh akaun bank yang dibuka boleh rujuk pautan:

2. Melabur di Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Ini pula adalah pilihan seterusnya selain membuka akaun simpanan di bank iaitu membuka akaun pelaburan dalam unit Amanah Saham Bumiputera di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Akaun ini boleh dibuat seawal usia kelahiran lagi. Jadi sejak dari bayi lagi korang dah boleh daftarkan anak untuk akaun ini.

Nak daftar pun boleh buka akaun dengan serendah RM10 sahaja. Bukan sahaja dividen yang disediakan lebih tinggi malah pelaburan ini adalah dijamin tanpa rugi. Nak daftar, masukkan duit, dan keluarkan duit pun sekarang ni dah boleh buat online je, rujuk pautan berikut:

3. Menyimpan Dalam SSPN (PTPTN)

Selain ASB, antara tabung yang popular bagi golongan kanak-kanak juga termasuklah tabung akaun simpanan SSPN. Ianya merupakan sebuah skim simpanan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut perkongsian saudara Mohd Arizan, dengan menyimpan di SSPN, kita boleh gunakan untuk rebat cukai. Selain duit anak-anak terpelihara, dapat pula dividen, ibu bapa juga dapat ‘side income’ akibat lebihan pulangan dari LHDN. 3 IN 1 menurut beliau iaitu pertama, saving, kedua investement, dan ketiga lebihan cukai ratusan ringgit untuk ibu bapa (Boleh guna untuk bawa anak melancong atau makan KFC)

Bagi tahun lepas 2021, anak-anak dah ‘bantu’ mereka untuk pelepasan cukai sebanyak RM1,800 (Maksimum RM8,000). Pengajarannya, jadilah penunggang duit raya anak secara berhemah. Kalau nak daftar SSPN pun senang je boleh buat online sahaja. Ikut panduan di pautan berikut:

 

4. Simpan Di Tabung Haji

Bagi umat Islam, antara simpanan yang sepatutnya kita penuhkan adalah tabung haji. Ibu bapa yang mempunyai anak juga boleh mendaftarkan terus anak mereka untuk membuka akaun tabung haji. Cukup simpanan RM1,310 pula boleh terus daftarkan haji, nanti tak perlu tunggu lama hingga anak dah besar kan, makin lambat nanti giliran.

Cara nak buka akaun tabung haji anak pun mudah je boleh rujuk panduan di pautan di bawah:

 

Hukum Menggunakan Duit Raya Anak

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dapat disimpulkan bahawa ibu bapa tidak boleh menggunakan duit anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja. Sekiranya ibu bapa sudah menggunakan harta anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya semula.

Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu ini di dalam ceramah beliau; ‘Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri. Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera”

 

Bergitulah panduan untuk kita menguruskan duit raya anak dengan sebaiknya. Ingat jangan guna terus duit raya anak tu sewenang-wenangnya. Simpan lah juga buat tabungan dan kegunaan masa hadapan. Kalau dah tahu tips simpan duit raya anak ni jangan lupa share pada lain agar ramai mendapat manfaat. Nak tahu cara buka akaun online sahaja tak perlu beratur panjang boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button