TeknologiInformasi

Cara Elak Facebook Kena Tag Video Tak Senonoh & Cara Remove Tag

Cara Ubah Tetapan Facebook Agar Tak Kena Tag Video Atau Link & Cara Buang Tag

Kebelakangan ini ramai yang facebook kena tag video tak senonoh seperti video lucah dan sebagainya. Kalau Facebook kita tak ada kawan tak kisah lah ini friends semua tu mak ayah adik-beradik, saudara-mara malu juga tu. Yang tak faham teknologi sangat macam mak ayah atuk nenek kita di kampung tu lagi susah. Memang kesian tak pasal-pasal jadi mangsa.

Facebook ni sebenarnya memang bagus untuk kita dapatkan informasi terkini, kekal berhubung dengan kenalan dan sebagainya. Biasa lah, teknologi ni bila dah terlalu maju kadang-kadang tu menyusahkan kita, contohnya terdedah kepada kena hack atau digodam. Tapi jangan risau, ada cara untuk betulkan atau tetapkan setting agar perkara ini tidak berlaku.

Cara Ubah Tetapan Facebook Agar Tak Kena Tag Video Atau Link & Cara Buang Tag

Setelah ramai orang yang mengalami masalah yang sama, seorang pengguna Facebook iaitu Cikgu Siti Suhaila telah pun berkongsi bagaimana cara untuk mengubah tetapan supaya tak ada lagi Facebook kena tag dengan video tak senonoh mahupun kena hack. Kalau buat cara ni, walaupun kena tag nanti, post tersebut tidak akan terpapar pada profil kita selagi kita tak approve. Cara dia mudah je ikut langkah ni:

1. Buka aplikasi Facebook dan klik ruang atas kanan ikon setting atau ikon gambar profil

2. Klik pada pilihan Settings & Privacy

3. Klik pada Settings

4. Klik pada bahagian Profile Settings

5. Klik pada pilihan Profile and Tagging

Di sini kita boleh pilih siapa yang kita benarkan untuk tag kita (setting pada bahagian Tagging)

6. Kita juga boleh pilih untuk approve atau tapis dulu bahagian tagging tersebut sebelum nama kita muncul dalam mana-mana hantaran di Facebook (setting pada bahagian Reviewing)

7. Pilih untuk turn on atau alihkan butang tersebut ke kanan.

8. Pilihan ini pun kita pilih turn on atau slide kan ke kanan dan selesai!

 

Menurut beliau juga, lebih baik kita cegah sebelum terlambat. Sekali semak memang banyak sangat kena tag. Mujur dah bertahun setting macam ini, macam-macam helah sekarang ini jadi hati-hati ok!.

 

Cara Remove Tag

Bila dah buat tetapan atau setting awal-awal macam di atas tadi, setiap kali kena tag korang akan terima notifikasi macam di bawah ini. Jadi berikut adalah cara untuk remove tag seperti yang dikongsikan oleh Saudari Niena Samsir :

1. Notifikasi Facebook akan memaparkan bahawa terdapat orang telah tag kita

2. Klik pada butang Hide agar post tersebut tak muncul di profil kita

3. Paparan seterusnya akan ditunjukkan dan pilih Remove tag

4. Akhir sekali klik Remove tag. Maka post yang kita telah di tag akan hilang.

Tak susah pun kan nak buat, tak sampai berapa saat pun. Jadi lepasni lebih mudah kalau korang kena tag, tak perlu risau sebab  post tersebut tidak akan terus keluar dekat wall profil kita. Kalau rasa info ini bermanfaat boleh share pada yang lain. Nak tahu cara kosongkan memori telefon yang selalu penuh, boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button