PermohonanCara Mudah

Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Kepada Lepasan Sekolah, Graduan Baharu & Pekerja Sektor Tak Formal Untuk 2 Bulan

Cara Mohon Elaun Cari Kerja Bagi Bukan Pencarum PERKESO

Sekarang ini adalah saat paling gentir buat negara dan juga rakyat kerana masih berperang dengan wabak COVID-19. Ramai di antara kita yang dibuang kerja malah ada juga yang masih belum dapat kerja kerana ekonomi yang kurang baik. Kerajaan mengambil berat hal ini justeru menyediakan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dahulunya bagi pencarum PERKESO sahaja kini untuk bukan pencarum juga.

Pengumuman yang telah dibuat semasa Perutusan Pakej PEMULIH itu menyatakan Elaun Mencari Pekerjaan ini diperluakan untuk tempoh 2 bulan bagi golongan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO termasuklah golongan yang menganggur serta aktif mencari pekerjaan.

Cara Mohon Elaun Mencari Pekerjaan Bagi Bukan Pencarum PERKESO

Untuk pengetahuan umum, berikut adalah antara info penting mengenai elaun ini:

Syarat Kelayakan

  • Golongan yang kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan
  • Golongan Yang Menganggur
  • Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti mencari pekerjaan melalui portal MYFutureJobs
  • Menghadiri temu duga anjuran PERKESO

Baca Juga: Cara Daftar MyFutureJobs

Tarikh Pendaftaran

Pendaftaran bagi program ini akan dibuka mulai 15 Julai 2021

Cara Daftar

Buat masa ini, masih tiada makluman terkini mengenai cara pendaftaran bagi elaun mencari pekerjaan bagi bukan pencarum PERKESO. Info terkini akan dikemaskini setelah pendaftaran dibuka di laman sesawang PERKESO pada tarikh mula pendaftaran

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan EMP ini, boleh rujuk kepada pihak PERKESO melalui butiran berikut:

Semoga perkongsian ini dapat membantu korang yang dalam kesusahan untuk mencari pekerjaan tu. Harap korang berjaya!

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button