TeknologiRumah

4 Gajet Jimat Elektrik Wajib Ada Di Rumah. Nombor 2 Harganya Tak Sampai RM 10!

Tips Jimat Guna Alatan Membantu Jimat Elektrik Di Rumah

Ada ke gajet jimat elektrik jual di pasaran? Pernah korang jumpa mana-mana orang yang gembira bayar bil elektrik yang tinggi setiap bulan? Besar kemungkinannya tak kan! Mungkin kebanyakan dari kita suka berbelanja, tapi bukan pada bil-bil yang kita ada setiap bulan. Dengan bertambahnya kadar tarif elektrif setiap tahun kebiasaannya, itu bermakna perbelanjaan bulanan kita juga akan bertambah.

Selain mengamalkan tips-tips jimat elektrik yang telah disarankan oleh TNB boleh baca di SINI, terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk menjimatkan penggunaan elektrik, salah satunya ialah melabur sedikit pada gajet jimat tenaga. Ini antara 6 gajet jimat tenaga yang setiap rumah wajib ada kalau nak jimatkan penggunaan elektrik:

4 Gajet Jimat Elektrik Wajib Ada Di Rumah Untuk Bil Elektrik Tak Mahal

1. Mentol Lampu LED Pintar: Xiaomi Mi Smart LED Bulb

Sumber Gambar Xiaomi

Menukar lampu-lampu di rumah ke mentol lampu LED merupakan perkara yang paling mudah kita boleh lakukan dalam usaha menjimatkan penggunaan elektrik di rumah. Hal ini kerana LED menggunakan kurang elektrik berbanding mentol filamen atau lampu pendarfluor yang biasa. Menggunakan mentol lampu LED pintar akan dapat membantu korang untuk berjimat lebih lagi.

Mentol lampu LED pintar dapat diset untuk hidup dan padam pada waktu dan tempoh yang korang inginkan dan dapat membantu korang jejak kadar penggunaan elektrik korang pada lampu ini melalui aplikasinya. Contohnya ialah Xiaomi Mi Smart LED Bulb yang boleh diselia melalui aplikasi Mi Home App di telefon pintar korang, dan boleh dikawal melalui suara dengan menggunakan Google Assistant atau Amazon Alexa. Boleh dapatkan DI SINI dengan harga serendah RM 30.

2. Lampu LED Sensor Gerakan – FONKEN Rechargeable LED Motion Sensor Night Light

Sumber Gambar Shopee

Korang pernah tak kalau bangun tengah malam nak ke tandas dalam kegelapan. Bila hidupkan lampu, kadang-kadang terlupa nak tutup balik lepas selesai. Bila korang terlupa tutup lampu, ini kyang menyebabkan penggunaan elektrik rumah korang menjadi lebih tinggi dari yang sepatutnya. Tak pun lampu dekat dapur tu yang korang hanya nak guna untuk ambil air bila haus tengah malam.

Penyelesaian bagi masalah ini ialah lampu LED sensor gerakan. Lampu LED sensor gerakan ini tidak akan menyala jika:

  • Sensornya mengesan cahaya dalam sesuatu ruang
  • Sensornya tidak mengesan sebarang pergerakan

Ini dapat membantu menjimatkan elektrik kerana lampu ini cuma akan menyala apabila terdapat orang di dalam sesebuah ruangan ketika dalam gelap, di samping penggunaan elektrik lampu LEDnya yang rendah. Contoh lampu LED sensor gerakan ini ialah FONKEN Rechargeable LED Motion Sensor Night Light. Kalau yang tadi tu mahal sini, yang ni korang boleh beli lampu ini DI SINI dengan harga tak sampai RM 10!

3. Suis Rumah Pintar – Belkin WeMo Switch

Sumber Gambar SuperBuy

Suis rumah pintar ini merupakan gajet yang membolehkan korang mengawal suis di rumah dengan menggunakan telefon pintar, malah turut menjadualkan penggunaan elektrik suis tersebut untuk hidup dan padam pada waktu yang spesifik. Jadi masalah terlupa memadamkan suis sehingga menyebabkan penggunaan elektrik di rumah tinggi dapat diselesaikan dengan menggunakan suis ini. Suis ini sangat sesuai digunakan bagi korang yang ade mesin penapis air kat rumah tu. Jadi boleh setkan dia untuk tutup pada waktu malam tak guna kan.

Selain itu, suis rumah pintar ini juga boleh tolong korang untuk jejak penggunaan elektrik pada palam elektrik di mana suis ini dipasang. Contoh suis rumah pintar ini ialah Belkin WeMo Switch yang korang boleh kawal melalui applikasi WeMo. Korang boleh dapatkan suis rumah pintar dan cara penggunaannya lebih lanjut DI SINI.

4. Suis Pintar Dengan Pemasa – SUM 24 Hours Programme Timer

Sumber Gambar Shopee

Selalunya bila kita mengecas telefon terutamanya pada waktu malam, kita mudah membiarkan telefon tersebut dicas semalaman tanpa henti walaupun sudah penuh, dan cuma akan memadamkan suis apabila kita bangun dari tidur. Tabiat ini sebenarnya tidak berapa elok kerana akan menyebabkan penggunaan elektrik yang tinggi dan membazir, juga boleh merosakkan bateri telefon tersebut.

Jika suis rumah pintar terlalu mahal, maka suis pintar dengan pemasa ini ialah alternatif yang lebih murah. Caranya mudah: Kita pasang suis pintar dengan pemasa ini pada palam elektrik, set berapa jam kita nak guna, contohnya 2 jam untuk caj handphone, suis tersebut akan terpadam dengan sendiri selepas 2 jam. Suis ni juga boleh guna untuk lampu di luar ruang halaman rumah yang kadang-kadang kita lupa nak tutup bila hari dah siang tak nampak kan.

Penggunaan elektrik dapat dijimatkan dan kurang pembaziran. Contoh bagi produk ini ialah SUM 24 Hours Programme Timer yang korang boleh dapatkan dengan harga RM 13.90 sahaja DI SINI. Murah sikit berbanding smart plug yang tadi tu.

Gajet jimat elektrik di atas ni mungkin agak mahal berbanding alat elektrik atau peralatan lain yang biasa, tetapi kita juga harus mempertimbang manfaat dan penjimatan yang datang dengannya. Jangan lupa, bila membeli gajet jimat tenaga ini, pastikan selamat dipakai dan mendapat kelulusan SIRIM. Kalau nak tengok video macam mana nak jimat elektrik di rumah boleh tengok di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button