Isu gaji minimum Malaysia masih lagi menjadi perbualan hangat seluruh rakyat Malaysia dan masih lagi tidak berjaya diselesaikan. Sebelum ini banyak permintaan dan desakan daripada pelbagai pihak agar kerajaan menaikkan kadar gaji minimum di Malaysia. Jika dahulu dikatakan kerajaan akan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan, tetapi ianya masih belum lagi dilaksanakan sehingga kini.
Pada tahun 2019, kerajaan telah mengumumkan dasar di mana gaji minimum pada kadar permulaan RM1,050. Namun ianya memberikan respon negatif daripada majoriti kerana dilihat sudah tidak relevan lagi. Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) turut merasakan penetapan gaji sebanyak RM1,500 adalah lebih releven sekiranya mengambil kira beban kos sara hidup di Malaysia serta keuntungan berlebihan yang dinikmati majikan selama ini.
Gaji Minimum Di Malaysia Terkini Bagi Pekerja Sektor Swasta
TERKINI: Gaji Minimum RM1,700 mulai 1 Februari 2025
Dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada 1,500 ringgit sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025
Penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025
KEMASKINI: Pelaksanaan kuat kuasa gaji minimum RM1.500 untuk majikan menggajikan pekerja kurang dari 5 orang ditangguhkan
TERKINI: Warta Kerajaan Persekutuan Perintah Gaji Minimum 2022
KEMASKINI: Kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022
Setelah desakan yang diterima daripada pelbagai pihak, kerajaan telah mengumumkan dalam pembentangan bajet 2019 iaitu akta gaji minimum swasta dinaikkan ke angka terkini pada kadar minimum seperti berikut:
- Gaji Minimum Bandar Utama : RM 1,200
- Gaji Minimum Selain Di Bandar Utama : RM 1,100
Sumber: Warta Kerajaan Persekutuan : Perintah Gaji Minimum 2020
Senarai Bandar Utama di Malaysia
Menurut Warta Kerajaan Persekutuan, kadar gaji minimum sebanyak RM1,200 perlu dibayar kepada seseorang pekerja yang bekerja di suatu tempat kerja dalam mana-mana kawasan bandar utama iaitu Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran seperti berikut:
Kawasan Majlis Bandaraya
- Johor Bahru
- Iskandar Puteri
- Alor Setar
- Melaka Bersejarah
- Pulau Pinang
- Seberang Perai
- Ipoh
- Shah Alam
- Petaling Jaya
- Kuala Terengganu
- Kuching Utara
- Kuching Selatan
- Miri
- Kota Kinabalu
- Kuala Lumpur
- Seremban
Kawasan Majlis Perbandaran
- Batu Pahat
- Kluang
- Kulai
- Muar
- Segamat
- Pasir Gudang
- Kulim
- Sugai Petani
- Langkawi
- Kubang Pasu
- Kota Bharu
- Alor Gajah
- Jasin
- Hang Tuah Jaya
- Port Dickson
- Jempol
- Kuantan
- Temerloh
- Bentong
- Manjung
- Kuala Kangsar
- Taiping
- Teluk Intan
- Kangar
- Ampang Jaya
- Kajang
- Klang
- Selayang
- Subang Jaya
- Sepang
- Kemaman
- Dungun
- Padawan
- Sibu
- Kota Samarahan
- Bintulu
- Sandakan
- Tawau
- Labuan
- Putrajaya
Sekiranya bekerja selain dari 56 buah bandar yang dinyatakan dalam senarai di atas maka gaji minimum yang perlu dibayar adalah bermula RM1,100
Denda Tidak Patuh Bayaran Gaji Minimum Malaysia
Sekiranya didapati ada majikan yang tidak membayar gaji pada kadar minimum yang diwartakan, majikan boleh didakwa di mahkamah seperti yang termaktub di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan juga untuk negeri Sarawak iaitu Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).
Apa yang boleh dibuat oleh pekerja adalah melaporkan salah laku majikan ini kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Untuk ketahui hak pekerja daripada majikan yang lain boleh baca lanjut di pautan berikut:
Gaji Minimum di Malaysia Tercorot di Asia Tenggara
Menurut laporan akhbar Utusan, Ketua Dewan Pemuda Parti Ikan bangsa Malaysia (Ikatan), menyatakan gaji minimum sebulan di Malaysia adalah antara negara di kedudukan tercorot berbanding negara-negara serantau yang lain.
Menurut beliau jika dibandingkan dengan negara jiran yang lain adalah seperti berikut:
- Malaysia : RM1,200 : AS$287
- Indonesia : 4.6 juta rupiah : AS$326
- Thailand : THB 13,440 : AS$414
Melalui perbandingan ini, jelas menunjukkan Malaysia berada dalam kedudukan antara negara tercorot bagi gaji minimum di rantau ini. Sekiranya gaji minimum di Malaysia dinaikkan kepada RM1,500 sebulan, ianya bersamaan AS$357 secara tak langsung meletakkan Malaysia antara kelompok negara dengan gaji minimum tertinggi di rantau ini.
Justeru beliau menyarankan kerajaan supaya menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 secepat mungkin tanpa perlu menunggu hingga penghujung tahun 2022. Beliau berkata lagi bahawa peningkatan gaji akan meningkatkan kos operasi, namun turut meningkatkan permintaan barangan dan perkhidmatan domestik, sekaligus akan memberi impak besar kepada ekonomi tempatan oleh kerana rakyat akan mempunyai lebihan wang untuk berbelanja.
Utusan Malaysia juga pernah melaporkan majika di negara ini ‘paling kedekut’ di Asia Tenggara dari segi bayaran upad apabila hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji. Maka diharapkan kerajaan boleh memberi keutamaan dalam isu gaji minimum baharu bagi membantu golongan yang amat memerlukan khususnya golongan B40.