RumahCara Mudah

5 Game Tanpa Gajet Yang Boleh Main Bersama Anak Di Rumah! Pakai Barang Ada Kat Rumah Je

Aktiviti Permainan Menarik Boleh Buat Bersama Anak Di Hujung Minggu

Cuti sekolah atau cuti hujung minggu dan musim pandemik bukanlah satu padanan yang menyeronokkan. Biasanya, sebelum pandemik melanda, waktu cuti sekolahlah waktu yang paling ditunggu oleh semua keluarga kerana masing-masing mahu pergi melancong dan meluangkan masa bersama-sama. Tapi sekarang ni kalau nak bersiar-siar dengan keluarga dalam wilayah yang sama pun bahaya kerana takut terdedah dengan Covid-19 daripada orang lain.

Aktiviti Game Tanpa Gajet Yang Boleh Dibuat Di Rumah Semasa Cuti Sekolah

Lebih baik dan selamat kalau korang sekeluarga duduk di rumah saja. Tapi duduk di rumah lama-lama pun bosan juga kan? Apa kata korang lakukan aktiviti di bawah ni bersama-sama anak. Malah nak lagi seronok, jadikannya sebagai pertandingan dengan hadiah yang menarik! Pasti anak-anak korang suka.

Lompatan Zig-Zag

Permainan ni sesuai untuk memupuk semangat bersaing pada anak. Selain tu, dapat juga mengeluarkan peluh sekali!

  • Bahan yang diperlukan:
    • Sarung bantal atau beg tote
    • Beberapa tin minuman 

  • Susunkan beberapa tin minuman dalam garisan yang lurus. Pastikan ia disusun secara berjarak untuk memastikan pemain muat melaluinya.
  • Sebelum memulakan permainan, pemain perlu memasukkan kedua-dua kaki ke dalam sarung bantal ataupun beg tote.

  • Apabila permainan dimulakan, kedua-dua pemain perlu melompat secara zig-zag, melepasi semua tin minuman sehingga hujung.

  • Pemain yang sampai dulu di hujung adalah pemenangnya! Boleh juga letak hadiah dekat hujung tu untuk galakkan anak-anak lagi semangat untuk menang!

Lukis dan Tekap

Permainan ni pula sangat sesuai untuk memupuk skil motor anak, lagi-lagi anak yang baru nak mula mengenal alam sekeliling.

  • Bahan yang diperlukan:
    • Beberapa keping kertas
    • Pen marker merah dan biru
    • Dua penutup botol

  • Pada kepingan kertas tadi pula, lukiskan dua bentuk yang berlainan di sebelah kiri dan kanan kertas, dengan menggunakan pen marker biru dan merah. 
  • Lukis bentuk ringkas saja atau garisan yang bengkang-bengkok. Pastikan terdapat titik mula dan titik akhir.
  • Letakkan satu penutup botol di lukisan merah dan satu lagi di lukisan biru.

  • Biarkan anak menekap mengikut garisan yang dilukis. Lakukannya sampai habis. Dan mulakan dengan lukisan baru pula dengan corak garisan yang berbeza-beza.

Tarik Sampai Menang

Aktiviti ini juga bagus untuk memupuk semangat kompetitif anak kerana siapa yang tarik habis dulu dia menang.

  • Bahan yang diperlukan:
    • Kotak 
    • Tali atau reben
    • Tin minuman atau apa-apa yang boleh menggulung tali
    • Pemberat seperti buah atau biskut makanan (letak hadiah lagi menarik).
  • Sediakan seutas tali atau reben yang panjang dan lekatkan satu hujung pada kotak.
  • Regangkan tali sampai mendapat satu jarak sebanyak satu ke dua meter.
  • Hujung satu lagi reben pula diikat pada tin minuman. Di dalam kotak pula letakkan pemberat.

  • Permainan bermula dengan kedua-dua pemain menggulung tali atau reben sehingga jarak antara kotak dan pemain menjadi semakin dekat.
  • Kotak pemain yang sampai dulu, dialah pemenangnya.

Setapak Demi Setapak

Dalam banyak-banyak permainan, ini yang paling mudah nak sediakan bahannya sebab hanya guna satu jenis bahan saja.

  • Bahan yang diperlukan cuma dua keping kertas untuk satu pemain.
  • Setkan di mana garisan mula dan garisan penamat.

  • Pemain perlu berdiri di atas sekeping kertas. Dan untuk menuju ke garisan penamat, pemain tak boleh menyentuh lantai langsung.
  • Jadi mereka perlu gunakan kertas yang lain untuk bergerak ke hadapan.
  • Sekiranya pemain tersentuh lantai, mereka perlu mula dari awal semula.

Tiup Cawan dengan Straw

Kali ni uji siapa paling kuat penafasan pula serta fokus untuk pastikan sampai ke garisan dahulu

  • Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
    • Straw minuman
    • Cawan kertas
  • Setelah sediakan garis mula dan garis tamat, posisikan cawan kertas di garisan pemula.

  • Apabila permainan dimulakan, para pemain perlu meniup cawan kertas sampai ke garisan penamat dengan menggunakan straw.
  • Tangan tak boleh digunakan untuk menggerakkan cawan tersebut. Hanya gunakan hembusan angin melalui straw saja.

Lepas ni, cuti sekolah atau hujung minggu anak tak lagi membosankan di rumah dan tak pulak asyik tengok telefon je! Tapi kalau anak yang memang mengadap handphone je, korang boleh juga biarkan anak bermain apps pendidikan di telefon pintar! Senarai apps pendidikan Bahasa Melayu yang berbaloi untuk dimuat turun di SINI.

Sumber: Kids Art & Craft

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button