Tanda Gearbox Kereta Rosak Yang Wajib Tahu Kalau Tak Nak Habis Beribu Ringgit & Cara Penjagaannya
Cara Ketahui Kotak Gear Masih Elok & Cara Betul Guna Agar Tak Mudah Rosak
Kotak gear korang ialah salah satu bahagian paling penting dalam kereta bagi memastikan kereta dapat bergerak dengan lancar dan selamat tapi kalau gearbox kereta rosak memang susah kan. Jadi wajib bagi kita untuk tahu masanya untuk membaiki atau mengganti kotak gear kereta kita. Kotak gear sama ada transmisi manual atau automatik berfungsi mengawal tork dan kelajuan kereta, termasuklah sistem klac kereta korang.
Kotak gear yang berfungsi dengan baik mampu menjamin keselamatan korang ketika memandu di atas jalan raya. Jadi kalau korang dapat rasa 4 tanda ini pada kereta korang ketika memandu, itu bermaksud gearbox kereta rosak atau bermasalah. 4 tanda tersebut berbeza bagi kotak gear transmisi automatik dan kotak gear transmisi manual. Tanda-tanda tersebut adalah:
Cara Ketahui Gearbox Kereta Rosak Atau Masih Elok & Cara Guna Agar Tak Mudah Rosak
Kereta Gear Transmisi Automatik
Sumber Gambar Love To Know
Kereta gear transmisi automatik mempunyai kotak gear yang sangat sensitif dan mempunyai kos pembaikan yang lebih mahal berbanding transmisi manual sekiranya gearbox kereta rosak. Tanda-tanda ini korang kena perhatikan sebelum melarat menjadi kerosakan yang lebih besar iaitu:
#1 Masalah Menukar Gear
Kalau korang mengalami masalah atau kesusahan untuk menukar gear contohnya dari gear ‘P’ ke ‘D’ dan sebagainya, atau rasa tersekat atau tidak lancar ketika menukar gear, itu merupakan tanda sistem transmisi atau kotak gear korang mempunyai masalah atau kerosakan. Masalah ini akan menjadi lebih teruk jika korang hendak menukar gear ketika memandu. Jika perkara ini berlaku, segera bawa kereta korang ke bengkel berdekatan untuk diperiksa.
#2 Kebocoran Minyak Gear Pada Kereta
Sumber Gambar Cars24
Minyak gear untuk kotak gear transmisi manual kebiasannya berwarna merah, jadi kalau korang tengok terdapat kebocoran minyak gear pada kereta korang macam dalam gambar di atas, segera tambah minyak gear dan bawa ke bengkel untuk membaiki kebocoran tersebut.
Kebocoran minyak gear tak semestinya bermaksud korang kena tukar kotak gear kereta, tetapi hal ini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada bahagian kereta yang lain. Jadi sebelum ianya melarat, baiklah korang betulkannya dulu.
#3 Bunyi Bising Yang Tidak Sepatutnya
Kalau korang dengar bunyi bising yang tidak sepatutnya ketika korang menukar gear ketika memandu seperti bunyi berdengung atau bunyi hentakan seperti ‘duk’ atau ‘klangk’, ini bermaksud kotak gear kereta korang bermasalah, terutamanya jika bunyi tersebut berbunyi kuat ketika dalam gear ‘N’ atau neutral.
#4 Bau Hangus Dari Kotak Gear
Sumber Gambar Car Treatments
Bau hangus merupakan salah satu tanda kotak gear kereta korang ‘overheat‘ kerana geseran berlebihan, selalunya disebabkan kekurangan minyak gear. Bau hangus ini juga menandakan kemungkinan minyak gear tidak mengalir ke arah yang sepatutnya. Jadi kalau korang memerhatikan tanda ini pada kereta korang, segera bawa ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan.
Kereta Gear Transmisi Manual
Sumber Gambar WikiHow
Kotak gear transmisi manual lebih mudah dijaga dan lebih murah untuk disenggara berbanding transmisi automatik. Namun penggunaan secara kasar dan cara yang tidak tidak betul masih mampu merosakkan kotak gear transmisi manual. Ini 4 tanda kotak gear transmisi manual rosak yang korang wajib tahu:
#1 Klac Kereta Rasa Seperti Tergelincir
Sumber Gambar Car Deal Page
Ini merupakan petanda awal kotak gear transmisi manual korang rosak. Disebabkan kereta yang menggunakan transmisi manual ini, klac(clutch) dikawal sendiri oleh pemandu, petanda kotak gear rosak akan lebih mudah dikesan pada peringakt awal. Ketika memandu, kalau korang rasa pedal klac rasa seperti tergelincir atau ganjil seperti kebiasannya semasa menukar gear, itu bermaksud kotak gear korang sudah mula bermasalah. Cepat bawa ke bengkel untuk diperiksa dan dibaiki sebelum melarat kerana tanda ini masih peringkat awal kerosakan.
#2 Bunyi Bergeser Atau Berkisar Ketika Menukar Gear
Seperti transmisi automatik, kotak gear transmisi manual juga akan menghasilkan bunyi bising jika terdapat kerosakan padanya. Namun bunyi yang dihasilkan kebiasannya ialah bunyi bergeser atau berkisar. Kebiasannya disebabkan cara menukar gear yang tak betul ketika memandu. Namun jika bunyi masih berterusan, segera bawa ke bengkel untuk pemeriksaan.
#3 Bau Hangus Dan Bau Pelik Lain
Kotak gear transmisi manual juga akan menghasilkan bau hangus jika kekurangan minyak gear malah masalah geseran berlebihan lebih cenderung berlaku pada kotak gear transmisi manual kerana gear lebih sering bertukar ketika memandu berbanding transmisi automatik. Bau hangus ini juga selalu terhasil ketika klac kereta terasa seperti tergelincir. Namun, kadang-kadang akan ada bau pelik lain selain bau hangus dan jika perkara itu berlaku, kotak gear harus segera diperiksa oleh mereka yang pakar seperti mekanik.
#4 Berlaku Kelambatan Dalam Pertukaran Gear
Korang pernah tak mengalami ketika memandu kereta transmisi manual, semasa korang menukar gear, gear lambat bertukar walaupun korang dah masukkan gear yang sepatutnya. Contohnya korang tukar dari gear 3 ke gear 4, lalu tekan minyak dan bacaan meter RPM(Revolution Per Minute) korang masih tinggi dan cuma normal selepas 2-3 saat kemudian. Ini bermakasud walaupun korang dah masukkan batang gear kepada gear 3, namun terdapat kelambatan berlaku pada penukaran gear dalam kotak gear dari gear 2 ke gear 3. Penukaran gear tidak lagi lancar seperti kebiasannya. Ini juga bermaksud kotak gear korang mempunyai masalah dan kerosakan.
Cara Mengelak Kotak Gear Dari Rosak Kalau Tak Melayang Duit
Sumber Gambar Auto24 Insurance
Apabila melibatkan apa-apa bahagian kereta, mencegah sentiasa lebih baik dari membaiki kerena kos membaiki atau menggantikan bahagian kereta tersebut biasanya lebih mahal. Kalau dalam isu kotak gear kereta, boleh mencecah ribuan ringgit. Ini 3 cara yang korang wajib buat dan amal untuk menghindari kerosakan pada kotak gear kereta korang:
1. Jangan tukar mode gear selagi kereta tidak berhenti sepenuhnya
Ini mungkin yang kerap kali dibuat oleh orang ramai terutamanya yang pakai transmisi automatik tu. Contohnya apabila hendak undurkan kereta, pastikan kereta sudah berhenti sepenuhnya sebelum masuk ke Gear R dan begitu juga apabila ingin jalan semula ke depan.
2. Menggunakan gear P sebagai brake kenderaan
Ini lazimnya kita nampak dekat traffic light di mana ramai yang apabila lampu merah. Selalunya akan ada yang masukkan terus ke gear P walaupun kereta tu masih lagi bergerak. Ianya boleh menyebabkan kotak gear cepat rosak tau!
3. Tengah Laju Tekan Minyak Masuk Gear Lain
Ini mungkin seringkali korang buat bila nak sampai lampu trafik kan, tengah-tengah kejar lampu hijau tekan minyak sekali lampu tukar kuning korang terus masuk Gear N sambil tekan minyak. Perkara ni memang tak elok ya dan tak boleh diamalkan selalu untuk kotak gear kenderaan korang.
4. Pemeriksaan dan Penyenggaraan Berkala Kotak Gear
Setiap kereta terutamanya kereta baru akan mempunyai jadual servis atau senggara termasuklah untuk kotak gear kereta. Patuh pada jadual tersebut lebih-lebih lagi kalau kereta masih dalam warranty supaya kereta korang diperiksa oleh mekanik secara berkala. Kebiasannya untuk kereta transmisi automatik, korang akan disarankan untuk menukar minyak gear dan servis kotak gear setiap 20,000 kilometer. Bagi transmisi manual pula pada setiap 40,000 kilometer atau setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10,000 kilometer.
5. Guna Minyak Gear Yang Sesuai
Bila korang bawa kereta korang ke bengkel, pastikan mekanik tersebut menggunakan minyak gear yang sesuai untuk kereta korang. Sama halnya juga kalau korang tukar minyak gear sendiri di rumah. Minyak gear yang salah boleh menyebabkan geseran berlebihan dan menghasilkan haba yang selalu menyebabkan bau hangus terjadi. Kod minyak gear yang sesuai untuk transmisi automatik ialah EP120 dan untuk transmisi manual ialah EP 90.
6. Jangan Memandu Menggunakan Tayar Ganti Terlalu Lama
Perkara ini mungkin nampak kecil namun tetap memberi kesan kepada kotak gear kereta korang. Selalunya kalau berlaku kebocoran pada tayar, kita akan menggunakan tayar ganti terlebih dahulu. Tayar ganti pula kebiasannya mempunyai saiz yang berbeza. Memandu kereta yang mempunyai saiz tayar yang berbeza pada jangka masa lama boleh menyebabkan ketegangan berlaku pada kotak gear yang boleh menyebabkan kerosakan. Ini juga bermaksud kita wajib memeriksa tekanan udara setiap tayar secara berkala. Nak tahu tips tayar baca di SINI
Dah tahu tips gearbox kereta rosak ni jangan lupa check. Kebanyakan masalah besar pada kereta bermula dari tanda-tanda kecil yang kebiasannya kita tidak pedulikan. Tidak ambil tahu atau tidak memperdulikan tanda-tanda ini boleh menyebabkan kita perlu membayar kos yang lebih besar pada masa akan datang. Jangan ambil remeh akan perkara seperti ini nanti menyesal tak sudah. Baca juga tips kerosakan biasa kenderaan agar tak ditipu harga yang mahal di SINI