TeknologiCara Mudah

Anak Main HP Sampai Malam? Ini Cara Blok / Tutup HP Anak Secara Automatik Guna Google Family Link

Tips Pantau Anak Guna Telefon & Limit Screen Time Melalui Google Family Link

Sekarang ini anak-anak semua dah ada telefon masing-masing dan selalu guna sampai lewat malam hingga lebih masa dan ramai ibu bapa tak tahu sebenarnya boleh elak perkara ini berlaku menggunakan Google Family Link. Kadang-kadang tu ibu bapa sibuk menyiapkan tugas harian di rumah setelah sibuk seharian bekerja sehingga tidak dapat memantau anak-anak. Apatah lagi bila anak-anak mempunyai gajet masing-masing dan duduk di bilik masing-masing. Agak sukar sebenarnya untuk ibu bapa setiap hari dan setiap masa menjenguk penggunaan telefon anak kan.

Apa yang merisaukan lagi adalah jika anak-anak menggunakan telefon dan secara tak langsung menjadikan screen time yang berlebihan. Ianya boleh menyebabkan ketagihan gajet yang pastinya tidak bagus untuk kanak-kanak. Malahan ada terdapat beberapa kes melibatkan sakit leher dan keletihan mata akibat terlalu lama melihat telefon pintar. Ini belum diambil kira perkara yang dilihat di dalam internet tersebut yang boleh menjadi bahaya dan tidak sepatutnya dilihat oleh budak-budak.

Cara Pantau Anak Guna Telefon & Limit Screen Time Melalui Google Family Link

Justeru itu, berikut adalah cara untuk memantau anak guna telefon dan hadkan tempoh masa skrin dengan menggunakan Google Family Link yang dikongsikan saudari Aillisa El Azmi.

Apa Itu Google Family Link?

Google Family Link adalah merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Google dan boleh digunakan sebagai remote control  buat para ibu bapa untuk mengendalikan gajet atau peranti anak-anak mereka pada bila-bila sahaja walau di mana sahaja pun mereka berada.

Oleh itu ibu bapa dapat menghadkan penggunaan atau screen time anak-anak mereka dalam menggunakan gajet. Aplikasi ini membolehkan ibu bapa menganalisa corak penggunaan telefon pintar anak mereka dan sekaligus menetapkan tempoh waktu penggunaan yang dibenarkan untuk mereka secara automatik.

Cara Guna Google Family Link

Untuk menggunakan google family link, ikuti langkah berikut:

1. Muat turun aplikasi seperti di pautan berikut:

2. Semasa proses installation, pastikan kesemua peranti (ibu bapa dan anak-anak) dikumpulkan sekali. Setelah selesai muat turun, log masuk ke akaun google sendiri (ibu bapa). Pastikan setiap peranti mempunyai akses antara satu sama lain untuk membenarkan supervise atau pemantauan.

Kegunaan Google Family Link

Antara kegunaan akaun utama (ibu bapa) yang boleh dibuat adalah seperti berikut:

  1. Boleh mengawal akaun google mana yang digunakan oleh peranti anak
  2. Boleh membuat tetapan bagi aktiviti di pelayar atau browser di gajet anak-anak
  3. Boleh mengetahui lokasi peranti anak (sekaligus mengetahui lokasi anak di mana)
  4. Kawalan kebenaran memuat turun aplikasi yang mana boleh atau tidak boleh di install ataupun aplikasi mana yang diberikan akses atau disekat dalam telefon anak.
  5. Boleh membuat penetapan waktu screen time yang mana dibenarkan bagi menggunakan telefon dan berapa lama tempoh kita benarkan untuk anak-anak menggunakan peranti mereka.
  6. Boleh membenarkan atau menyekat laman web di Chrome browser pada telefon anak
  7. Boleh aktifkan on dan off ciri Safe Search pada peranti anak-anak.
  8. Boleh memantau Google Play peranti anak-anak daripada akaun ibu bapa
  9. Boleh kunci atau lock dan unlock peranti anak pada bila-bila masa sahaja dari gajet ibu bapa sendiri.

Kesemua 1-9 atas boleh dibuat menerusi peranti ibu bapa (akaun utama/parent) sahaja. Apa yang kita perlu buat pada telefon bimbit anak adalah hanya beri kebenaran atau permission. 

 

Info Tambahan 

Soalan: Boleh ke tambah lebih dari satu gajet anak?

Jawapan: Ya boleh

 

Soalan: Boleh ke anak remove permission atau buangkan kuasa peranti utama (akaun ibu bapa)?

Jawapan: Tidak boleh. Kerana kebenaran untuk remove memerlukan akaun utama untuk kebenaran tersebut.

 

Soalan: Jika anak uninstall atau padam aplikasi ini macam mana ?

Jawapan: Selepas linked kesemua gajet peranti ibu bapa dan anak-anak tidak lagi boleh muat turun dan uninstall aplikasi sesuka hati.

 

Soalan: Adakah boleh lebih dari seorang atau satu akaun ibu bapa yang supervise anak?

Jawapan: Ya boleh

 

Jadi lepasni dah tahu cara nak hadkan penggunaan telefon anak-anak menggunakan Google Family Link maka tak perlu risau lagi. Hanya perlu muat turun dan guna dengan sebaiknya. Ibu bapa pun mudah dan kanak-kanak lebih terjaga. Kalau masih risau juga boleh guna beberapa cara lain boleh rujuk di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button