InformasiKenderaan

Apa Hak Kita Semasa Sekatan Jalan Raya? 4 Perkara yang Korang Kena Tahu Apabila Ditahan Polis

Apa Perlu Buat Jika Ditahan Polis Semasa Sekatan Jalan Raya

Sumber Gambar SinarHarian

Memandangkan PKP masih dijalankan di beberapa negeri di Malaysia, lebih daripada 300 sekatan jalan raya telah dilakukan di seluruh negara bagi memastikan tiada sesiapa yang melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan semasa PKP iaitu tiada rentasan daerah dan negeri yang boleh dilakukan tanpa surat kebenaran polis. Semakin banyak sekatan jalan raya yang dilakukan, semakin ramailah orang yang akan berhadapan dengan polis untuk menyelesaikan sesuatu urusan.

Sebelum ni, telah tular satu kes di mana seorang wanita mengatakan dia telah diganggu secara seksual semasa melalui satu sekatan jalan raya, manakala seorang lagi wanita yang lain pula telah diganggu oleh seorang polis selepas polis tersebut mengambil nombor telefonnya. Dua situasi ni membuatkan ramai orang jadi semakin takut apabila nak berhadapan dengan polis.

Apa Perlu Buat Jika Ditahan Polis Semasa Sekatan Jalan Raya

 Di sini kitorang nak ingatkan yang bukan semua polis berniat jahat, malah banyak je polis yang melakukan tugas diorang dengan penuh amanah dan dedikasi. Tapi bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku pada korang, di bawah ni kitorang nak terangkan apa yang boleh dilakukan setiap kali perlu melalui sekatan jalan raya:

1. Hanya Tunjukkan Dokumen yang Diperlukan Je

Bila korang melalui sekatan jalan raya untuk merentas negeri atau daerah atas sebab-sebab tertentu, polis yang menjaga akan meminta untuk menunjukkan dokumen kebenaran merentas negeri atau daerah. Ingat, hanya tunjuk dokumen-dokumen yang berkaitan je.

2. Berikan Butiran Diri yang Penting Apabila Diminta

Kalau polis meminta korang untuk memberikan butiran diri, berikan hanya nama, nombor IC dan alamat rumah saja. Menurut Bernama, Pihak polis tak ada hak untuk meminta nombor telefon orang awam untuk dimasukkan ke dalam ‘rekod data’. 

Sumber Gambar The Leaders

3. Boleh Diam Jika Tak Selesa dengan Soalan Polis

Sekiranya polis yang bertugas bertanyakan soalan-soalan lain yang tak ada kaitan dengan rentasan daerah atau negeri, ataupun soalan berkaitan butiran diri, korang mempunyai hak untuk berdiam diri. Kalau korang rasa tak selesa dengan soalan-soalan yang ditanya, elakkan daripada menjawabnya dan minta untuk berjumpa dengan penyelia yang bertugas. 

Korang juga boleh failkan laporan di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selepas kejadian, jika terasa diganggu oleh polis berkenaan. JIPS berperanan untuk menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan mengenai penglibatan PDRM dalam jenayah atau salah laku terhadap orang awam. Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) PDRM, melalui:

  • Hadir sendiri ke Cawangan Pengurusan Aduan Aras B1, Menara 1, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.
  • Alamat surat-menyurat di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, 50560, Kuala Lumpur.
  • Laman web di rmp.spab.gov.my
  • E-mel di ispaaapdrm@rmp.gov.my
  • Talian bebas tol di 1800-880-222 / 03-22668790

Semasa nak buat laporan tu, pastikan korang dah siap-siap catit nombor badan anggota polis (yang terletak di bahagian poket sebelah kanan), nama polis tersebut, apa yang dilakukan, serta tempat dan masa kejadian berlaku. Ada orang sarankan untuk mencatit atau mengingati nombor plat kereta polis tersebut memandangkan ia lebih pendek dan mudah.

4. Boleh Tanya Polis Tersebut Adakah Korang Ditahan Atau Tak

Kalau soalan yang ditanya terlalu banyak dan rasa seperti sedang disoal siasat, tanya kepada polis “Adakah saya ditahan?” dan kalau jawapan diorang “Tak”, korang berhak untuk tak menjawab apa-apa soalan yang ditanya dan dibenarkan untuk pergi.

Tapi kena ingat, korang boleh ditahan kerana tak berikan kerjasama walaupun polis tak mempunyai waran. Jadi, cuba sedaya upaya untuk beri kerjasama dengan diorang.

Sumber GambarBerita Harian

Sekali lagi, kitorang nak ingatkan yang bukan semua polis berniat jahat dan ramai je yang amanah dalam menjalankan tugas. Cuma korang sebagai orang awam, kena juga tahu hak diri sendiri apabila berhadapan dengan polis dan tahu cara untuk pertahankan diri sekiranya diganggu. Nak tahu lanjut cara mohon kebenaran polis untuk rentas negeri / daerah boleh baca di SINI.

Rujukan : YPolitics

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button