RumahCara Mudah

Cara Hapuskan Rumput Liar Di Halaman Rumah Guna Cuka Dan Sabun Pencuci Je!

Tips Elak Rumput Tumbuh Di Halaman Rumah Dengan Liar

Ramai masih tak tahu cara hapuskan rumput yang tumbuh liar di halaman rumah. Sebenarnya ada cara paling mudah untuk mengelakkan daripada rumput yang tumbuh liar di kawasan sekitar rumah. Rumput liar ni adalah rumput yang tumbuh di kawasan tanah atau halaman rumah kita dan tumbuh dengan cepat. Kalau dibiarkan boleh menjadi semak dan sememangnya tak cantik dan kemas jika dilihat. Tambahan pula ia boleh mengundang kehadiran binatang yang tidak dinginkan seperti ular dan sebagainya.

Memang betul ada dijual di luar sana racun rumput tetapi buat apa nak beli jika boleh guna bahan yang dah ada dekat rumah je kan. Jimat dah duit daripada kena beli racun kan. Kalau guna racun ni pula kena uruskan dengan betul seperti pakai pelindung tangan dan hidung untuk elakkan daripada terdedah kepada bahan merbahaya. Nak senang selalu orang upah sahaja tukang potong rumput untuk racun rumput. Namun bila kita nak upah orang mesin rumput tu memang kos pon bertambah la kan. Jadi untuk jimat apa salahnya kita cuba buat sendiri je dengan guna bahan yang dah ada dekat rumah.

Tips Elak Rumput Tumbuh Di Halaman Rumah Dengan Liar

Perkongsian ini telah dibuat saudara Muhammad Najib iaitu cara untuk mengatasi masalah rumput liar tumbuh hanya dengan menggunakan dua bahan asas yang ada di rumah sahaja. Yang penting ianya selamat digunakan berbanding racun dan tidak membahayakan alam sekitar. Caranya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan

  • Sabun Cecair Pencuci Pinggan
  • Cuka Masakan
  • Botol Penyembur (Rujuk gambar di bawah)

Cara-cara

  1. Masukkan sedikit cuka masakan ke dalam botol penyembur
  2. Titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun pencuci pinggan ke dalam botol penyembur
  3. Semburkan campuran tersebut pada kawasan rumput liar tumbuh

Waktu

Semburkan sekali sahaja dan tunggu dalam seminggu, rumput yang liar tersebut daripada berwarna hijau akan bertukar menjadi warna coklat (bermaksud akarnya dah kering dan mati). Setelah itu boleh mencangkul atau mencabut semua rumput tersebut.

Kelebihan Cuka & Sabun Pencuci 

Sebenarnya cuka masakan mengandungi asid asetik yang sangatlah tidak disukai kebanyakan jenis tumbuhan. Manakala sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit yang akan memastikan cuka yang disembur tadi melekit atau terlekat kepada tumbuhan tersebut.

 

Mudah sahaja kan cara nak hapuskan rumput liar di kawasan halaman atau sekitar rumah. Tak perlu lagi panggil tukang potong rumput untuk racun rumput di rumah. Jimat duit belanja, lepastu pun dah tak perlu panggil potong rumput lagi. Kalau rasa bermanfaat jangan lupa share pada yang lain. Kalau cermin kereta pecah akibat orang potong rumput di tepi jalan boleh tuntut pampasan rujuk panduan di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button