MakananRumah

Ramai Tak Tahu, Ini Harga Gas Memasak Subsidi Kerajaan Yang Ditetapkan KPDNHEP

Harga Gas Memasak (LPG) Mengikut Ketetapan KPDNHEP

Masih ramai yang tak tahu harga gas memasak seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Gas Petroleum Cecair (LPG) bagi kegunaan domestik merupakan antara barang di bawah subsidi kerajaan. Ini bermaksud semua peniaga perlu mengikut harga kawalan seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Gas memasak ini adalah satu keperluan bagi setiap rumah. Ya lah macam mana nak memasak kalau tiada api gas kan. Memang betul sekarang dah ada teknologi memasak menggunakan elektrik atau dapur elektrik (induction / electric stove). Tapi bukan semua rumah menggunakan perkakas dapur terkini ini, malah menggunakan gas lebih jimat dan mudah untuk semua orang kerana tidak perlu kuali khas dan sebagainya.

Harga Gas Memasak (LPG) Subsidi Kerajaan Yang Ditetapkan KPDNHEP

Berikut adalah harga gas memasak yang telah ditetapkan oleh KPDNHEP.

Harga runcit LPG / gas memasak ditetapkan pada RM1.90 /kg atau sekilogram. Ini bermaksud:

  • RM19 : Bagi Silinder 10kg
  • RM22.80 : Bagi Silinder 12kg
  • RM26.60 : Bagi Silinder 14kg

*Nota: Harga runcit LPG adalah tidak termasuk caj penghantaran.

Harga maksimum jualan runcit LPG yang ditetapkan ini merupakan harga bersubsidi dan harga kawalan yang telah diwartakan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan 2015.

Harga Gas Memasak Tidak Termasuk Kos Penghantaran

Seperti yang dimaklumkan, harga runcit LPG gas memasak yang ditetapkan kerajaan adalah tidak termasuk kos atau caj penghantaran. Ini bermaksud peniaga berhak untuk mengenakan caj tambahan sekiranya gas tersebut dihantar terus ke rumah pengguna.

Walau bagaimanapun pihak penjual perlu menjelaskan sekiranya mengenakan caj penghantaran atau kos pengangkutan kepada peniaga. Mereka boleh berbuat demikian dengan cara meletakkan penjelasan di premis perniagaan ataupun menyatakannya di dalam resit jualan.

Maka sekiranya pengguna membeli dan mengambil sendiri gas memasak terus di kedai, harga jualan adalah mengikut harga yang diwartakan iaitu RM22.80 bagi silinder 12kg. Sekiranya dicaj lebih maka pengguna boleh membuat aduan kepada KPDNHEP.

 

 

Cara Buat Aduan KPDNHEP

Sekiranya pengguna mendapati peniaga mengenakan harga lebih daripada harga runcit kawalan yang ditetapkan, aduan boleh dubuat melalui cara berikut:

Baca Juga: Tips Elak Tong Gas Meletup

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button