Permohonan

Cara Mohon i-Lindung KWSP – Insurans / Takaful Perlindungan Hayat & Penyakit Kritikal

Permohonan Bantuan i-Lindung KWSP Pembelian Insurans / Takaful Perlindungan

Pasti ramai tertanya-tanya apa itu i-lindung KWSP dan apakah manfaat dan kelebihannya. Jangan risau, di sini akan diterangkan lebih lanjut mengenainya. Seperti yang diketahui kerajaan amat mengambil berat tentang rakyat dan isu kesihatan merupakan salah satu daripadanya. Menyedari bahawa ramai dari kalangan rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan insurans dan takaful, justeru KWSP telah melancarkan inisiatif i-Lindung.

i-Lindung merupakan platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang boleh digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA ini, ahli KWSP adalah dibenarkan untuk membeli produk insurans / takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP. Ianya dapat menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan untuk membantu ahli yang berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.

i-Lindung KWSP: Cara Pembelian Insurans / Takaful Perlindungan Menggunakan KWSP

Berikut adalah perincian lanjut mengenai i-Lindung dan info lain berkaitan:

 

Apa Itu i-Lindung? 

i-Lindung merupakan platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) bagi memberi kemudahan untuk membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli yang membolehkan ahli untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli produk insurans dan menyertai produk takaful dari syarikat insurans dan pengendali yang telah diluluskan oleh KWSP

 

Syarat Kelayakan 

Ahli KWSP yang ingin memohon i-Lindung hendaklah menepati syarat kelayakan berikut:

  1. Mempunyai baki yang mencukupi di dalam Akaun 2
  2. Merupakan warganegara Malaysia; dan
  3. Individu adalah pengguna i-Akaun (Ahli)

Baca lanjut: Cara Daftar i-Akaun KWSP

 

Jenis Perlindungan

Ahli KWSP yang memohon i-Lindung boleh memilih jenis perlindungan yang ditawarkan iaitu:

  • Perlindungan Hayat
  • Perlindungan Penyakit Kritikal

 

Portal i-Akaun KWSP

Untuk memohon i-Lindung, pengguna boleh melayari i-Akaun seperti pautan di bawah:

  1. Setelah log masuk, klik pada pilihan i-Lindung di bahagian atas
  2. Klik butang Dapatkan Sebut Harga
  3. Pilih Jenis Perlindungan, Jenis Produk, Penyedia Insurans/ Takaful dan Jumlah Dilindungi lalu klik Dapatkan Sebut Harga

  4. Paparan senarai insurang / takaful akan ditunjukkan, klik Pilih dan ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai

 

 

Soalan Lazim

Untuk soalan lazim i-Lindung sila rujuk pautan di bawah:

Video Penjelasan

Semoga inisiatif ini dapat membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Jangan lupa share pada mereka yang masih belum tahu tu.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button