Tak Kerja / Kerja Sendiri Pun Boleh Carum KWSP, Ini Cara Daftar Online i-Saraan KWSP
Cara Pendaftaran i-Saraan KWSP & Terima RM250 Caruman Tambahan
Ramai yang bising kalau tak kerja atau pun kerja sendiri boleh ke carum KWSP, sebenarnya boleh daftar i-saraan KWSP. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun menyediakan skim caruman secara sukarela dengan insentif persaraan. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M). Orang ramai yang tak bekerja mahupun bekerja sendiri digalakkan mengambil peluang baik ini.
Jadi ini adalah berita baik khususnya untuk para suri rumah serta mereka yang bekerja dalam industri gig seperti pemandu grab dan penghantar makanan foodpanda. Selalunya mereka yang tiada pendapatan tetap ini tiada simpanan untuk persaraan nanti kerana tiada caruman KWSP dilakukan, makanya amatlah dinasihatkan untuk mendaftar skim ini. Mungkin pada masa sekarang tak nampak kepentingannya lagi tapi bila dah tua nanti baru nampak hasilnya.
Cara Pendaftaran i-Saraan KWSP & Terima RM250 Caruman Tambahan
Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai i-Saraan KWSP termasuklah syarat kelayakan, manfaat, dan info lain yang berkaitan
Apa Itu i-Saraan KWSP?
i-Saraan adalah caruman sukarela yang boleh dibuat oleh ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap bagi tujuan persaraan. Pada masa yang sama, pencarum i-Saraan akan menerima insentif persaraan (i-Saraan) iaitu caruman tambahan daripada pihak kerajaan
Insentif Persaraan (i-Saraan)
Untuk ahli yang mencarum di bawah insentif ini, pencarum akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak:
- 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun) ke atas caruman – berkuatkuasa 1 Januari 2018
Nota: Ini tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan. Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 60 tahun.
Faedah i-Saraan
Antara faedah kepada ahli yang mencarum program i-Saraan adalah seperti berikut:
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 60 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Bantuan Kematian: RM2,500
* tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Syarat Kelayakan
Untuk melayakkan diri memohon i-Saraan KWSP, mestilah memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia
- Orang yang bekerja sendiri (orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang perkerja)
- Ahli KWSP
- Berumur 60 tahun dan ke bawah
- Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G (M)
Peringatan: Suru rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baharu untuk i-Saraan. Namun ianya bergantung kepada kelayakan pemohon
Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri
- Pengasuh bayi
- Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
- Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
- Suri rumah
- Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai DJ, Emcee, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
- Pekerja Berpencen
Cara Mohon
Untuk membuat permohonan pendaftaran secara online sila rujuk pautan di bawah:
Cara Dan Saluran Pembayaran
Untuk membuat bayaran caruman, bolehlah menggunakan salah satu daripada saluran di bawah:
Perbankan Internet (Pemindahan wang secara elektronik)
- MBSB Bank*
- MAYBANK (M2u)
- RHB Bank*
- PUBLIC BANK
- Bank Muamalat
- Alliance Bank*
- Hong Leong Bank*
- Bank Islam*
- Cimb Bank
*Kemudahan bayaran secara berulang disediakan.
Kaunter Ejen Bank (Tunai / Cek)
- BSN
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
*Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima. - Ejen Bank (EB) BSN
Kaunter KWSP
Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.
Had Bayaran i-Saraan
- Minimum : Tiada Had
- Maksimum : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Apa Yang Diperlukan Untuk Daftar
- MyKad
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi talian khidmat pelanggan KWSP di 03-89622600 atau terus rujuk laman web rasmi KWSP di SINI