KewanganInformasi

KWSP Akan Lancar i-Sayang KWSP & i-Lindung KWSP (Pengeluaran Akaun 2 Untuk Beli Insurans Hayat & Penyakit Kritikal)

Kemudahan i-Sayang & i-Lindung KWSP Akan Dilancarkan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan atau inisiatif i-Sayang KWSP dan juga i-Lindung. Ianya adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan KWSP untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Rakyat Malaysia pastinya amat terkesan setelah berlakunya wabak pandemik COVID-19 sejak 2 tahun lalu seperti kehilangan pekerjaan dan juga tiada sumber pendapatan kerana tidak boleh bekerja.

Namun kerajaan dan juga KWSP amatlah prihatin terhadap nasib rakyat dan telah pun memperkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra bagi memberi kemudahan kepada orang ramai. Kemudahan tersebut termasuklah mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 dan Akaun 2 sejumlah wang tertentu dalam tempoh yang ditetapkan. Orang ramai sebenarnya masih mengharapkan ada lagi kemudahan sebegini diumumkan untuk masa depan.

Kemudahan Pengeluaran Akaun 2 KWSP; i-Lindung & Inisiatif i-Sayang KWSP

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir mengumumkan inisiatif dan kemudahan terbaharu daripada KWSP ini ketika berucap di Majlis Perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2021 pada 23 November 2021. Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan:

 

Kemudahan i-Sayang

Apa itu i-Sayang?

i-Sayang KWSP adalah kemudahan yang membolehkan pemindahan sukarela dua peratus (2 %) caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Tarikh Pelaksanaan

  • Akan dilancarkan pada suku pertama 2022

*Info lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa

 

Kemudahan i-Lindung

Apa itu i-Lindung?

i-Lindung adalah kemudahan yang membenarkan ahli KWSP membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk memberi insurans hayat dan penyakit kritikal menerusi platform KWSP

*Maklumat lanjut akan dikemaskini setelah diumumkan KWSP

 

Selain itu, dalam ucapan Pengerusi KWSP juga ada menyatakan beberapa inisiatif lain yang telah ditinjau seperti pendekatan ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah untuk pekerja sektor tidak formal bukan pertanian. Dalam masa yang sama, KWSP juga menyokong skim caruman lebihan secara sukarela yang mana ahli-ahli KWSP boleh meminta majikan untuk meningkatkan caruman KWSP kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.

Diharapkan kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan menerusi KWSP ini dapat membantu meringankan beban rakyat serta menjamin kesejahteraan masyarakat dan sosial pada masa akan datang. Untuk memudahkan urusan dengan KWSP orang ramai digalakkan membuka i-Akaun bagi membolehkan semakan transaksi dilakukan secara online sahaja. Panduan daftar i-Akaun boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button