InformasiPermohonan

RASMI: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat Boleh Dibuat Bemula 8 Mac

Semakan Keputusan i-Sinar Boleh Dibuat Mulai 8 Mac Bagi Permohonan i-Sinar Yang Telah Dibuat

Orang ramai pastinya tertanya-tanya bilakah sebenarnya tarikh semakan keputusan status permohonan i-Sinar yang telah dibuat tempoh hari. Ini khususnya bagi pemohon kategori kedua yang sepatutnya boleh melihat status selepas 21 hari bekerja seperti yang dinyatakan di semakan status. Terkini, KWSP telah mengumumkan kini dalam proses pemansuhan kriteria i-Sinar.

Di dalam pengumuman itu, bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi. KWSP juga memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan adalah kekal seperti sebelum ini.

Bagi mereka yang layak mengikut kriteria semasa, masih boleh membuat permohonan sehingga 30 Jun 2021. Rujuk panduan:

Bila Semakan Keputusan Status i-Sinar?

TERKINI: Rasmi, Status kelulusan dan bayaran i-Sinar boleh disemak mulai 8 Mac 2021

Justeru, yang menjadi tanda tanya sekarang, bilakah keputusan semakan status i-Sinar bagi mereka yang telah pun membuat permohonan dahulu? Difahamkan bahawa KWSP sentiasa akan proses semua permohonan berdasarkan rekod caruman setiap ahli KWSP, malah ada juga yang telah lulus. Disarankan untuk menghubungi hotline i-Sinar di talian 0389224848 bagi semakan status yang lebih lanjut.

Walau bagaimanapun, menurut perkongsian salah seorang pengguna di Facebook, beliau telah bertanya kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi sistem Live Chat iaitu ELYA (Beta Version). Berikut adalah perkongsian beliau serta penerangan lanjut daripada KWSP

Tarikh Semakan Status

  • Semakan semula status permohonan i-Sinar mulai 8 Mac 2021

 

  • Bagi permohonan i-Sinar yang telah dibuat, semakan boleh dibuat pada 8/3/2021
  • Untuk permohonan baru i-Sinar sebelum tarikh 8 Mac 2021, jangka masa semakan boleh dibuat dalam tempoh 5 ke 7 hari bekerja

  • Contohnya permohonan dihantar pada 5 Mac 2021, boleh buat semakan mulai 15 Mac 2021

  • Permohonan i-Sinar akan gagal jika ahli telah mencapai umur 55 tahun dan tidak mempunyai baki dalam simpanan akaun 1

Begitulah perkongsian mengenai semakan status i-Sinar. Sebarang kemaskini terkini dan pengumuman rasmi yang dibuat oleh pihak KWSP, akan dikemaskini juga di media sosial Mysumber. Jangan lupa like dan follow! Belum ada i-akaun KWSP boleh daftar dulu rujuk panduan di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button