KewanganCara Mudah

Cara Beli Kad Touch N Go Baru NFC & Tambah Nilai Guna Telefon Je!

Cara Beli Kad Baru Touch 'N GO & Daftar Serta Top-up Kad Guna Telefon

Kebelakangan ini kecoh tentang kad Touch ‘N Go baru NFC yang ada fungsi tambah nilai hanya menggunakan telefon sahaja. Ya betul, kalau sebelum ini nak tambah nilai atau topup kad touch n go perlu pergi ke kiosk tng, stesen minyak, kedai serbaneka dan sebagainya, kini dengan kad baharu NFC ini tak perlu lagi. Kita dah boleh tambah nilai terus menggunakan aplikasi TnG eWallet yang adda dalam telefon pintar kita. Tak perlu susah payah cari kedai dan buang masa, jimat tenaga dan juga jimat kos kan!

Secara rasminya Kad Touch n Go NFC ini telah dijual bermula 22 April 2022. Namun bergitu stok kad tersebut adalah terhad dan dijual secara berperingkat. Ini kerana difahamkan pemerolehan cip dalam kad tersebut juga adalah terhad justeru ianya hanya dijual di tempat-tempat tertentu sahaja. Untuk mendapatkan kad tersebut antaranya adalah dengan membelinya di kedai fizikal rasmi Touch n Go ataupun secara online menerusi aplikasi TnG eWallet dan juga di Lazada.

Cara Beli Kad Touch N Go Baru NFC, Senarai Lokasi Pembelian, Cara Daftar Serta Top-up Kad TnG Guna Telefon

Berikut adalah cara untuk membeli kad Touch N Go NFC, lokasi untuk membeli kad dan juga cara daftar serta tambah nilai kad menggunakan telefon.

Secara Online – Aplikasi TnG

Pembelian secara online menerusi aplikasi TnG sendiri disediakan namun stok amatlah terhad dan hanya akan dijual pada masa tertentu di mana stok ada. Justeru hendaklah sentiasa melihat di aplikasi tersebut apabila stok telah ada.

1. Muat Turun Aplikasi TnG e-wallet :

2. Log masuk dan klik butang TNG Card di muka depan aplikasi.

3. Di halaman tersebut terdapat pilihan untuk ‘link’ kan kad tng sedia ada ke aplikasi ini dengan klik simbol + di bahagian kanan atas dan masukkan no kad dan klik Add

4. Untuk membeli kad touch n go NFC baharu, klik pada Order Touch N Go Card / Check Status

5. Klik Order now dan masukkan jumlah kuantiti kad yang ingin dibeli lalu tekan Buy Now.

6. Isikan maklumat penghantaran (alamat untuk dihantar kad tersebut) dan setelah selesai, klik butang persetujuan terma dan syarat lalu tekan Pay Now untuk menyelesaikan pembayaran tempahan.

7. Buat pembayaran melalui TnG e-wallet, perlu reload dahulu jika baki tidak cukup dan paparan Order has been placed akan ditunjukkan setelah selesai pembayaran. Ini bermakna tempahan kad tersebut telah berjaya dibuat.

8. Semakan status tempahan boleh dibuat di laman Tng Card di mana proses tempahan kad tersebut akan dikemaskini di situ.

Secara Online – Lazada

Selain daripada pembelian secara terus di aplikasi TnG e-Wallet, boleh juga membeli di kedai rasmi virtual di aplikasi Lazada. Caranya adalah seperti berikut:

1. Buka aplikasi lazada dan cari kedai rasmi Touch ‘N Go eWallet Flagship Store atau klik pautan di bawah:

2. Buat pra tempahan apabila stok ada dan buat bayaran melalui lazada.

3. Setelah pembayaran selesai, kad akan dihantar menerusi kurier yang terpilih.

Nota: Untuk mengetahui sama ada stok telah dikemaskini boleh join telegram tidak rasmi di SINI

 

Senarai Lokasi Pembelian Kad Tng NFC

 Sekiranya sukar untuk mendapatkan stok secara online, orang ramai boleh juga membeli secara fizikal di beberapa lokasi tertentu. Namun begitu stok yang disediakan di sini juga adalah terhad dan tertakluk selagi stok masih ada. Untuk melihat senarai penuh lokasi klik pautan di bawah:

 

Cara Aktifkan Kad Tng NFC & Link Dengan Apps TnG eWallet

Sebaik sahaja menerima kad Touch N Go baru diterima, pengguna perlu aktifkan dengan memautkan kad atau link kad tersebut di aplikasi TnG eWallet agar kad boleh digunakan. Cara aktifkan adalah seperti berikut:

1. Log masuk dan klik butang TNG Card di muka depan aplikasi.

2. Di halaman tersebut terdapat pilihan untuk ‘link’ kan kad tng sedia ada ke aplikasi ini dengan klik simbol + di bahagian kanan atas dan masukkan no kad 10 digit serial number kad baharu tersebut dan klik Add Card

3. Untuk telefor pintar yang mempunyai fungsi NFC boleh klik pada ikon biru di sebelah kanan di mana sistem akan mengenalpasti terus (detect) serial number kad secara automatik. Pastikan fungsi NFC diaktifkan dahulu boleh lihat di bahagian tetapan telefon pintar sebelum mengimbas kad TnG tersebut.

 

Cara Tambah Nilai Kad Touch N Go NFC 

Berikut adalah cara nak topup kad Tng NFC menerusi telefon:

1. Buka aplikasi TnG eWallet dan klik TNG Card dan pilih kad Touch n go NFC tersebut.

2. Klik butang Reload untuk tambah nilai kad tersebut.

3. Letakkan kad tersebut di bahagian belakang telefon pintar dan tunggu sehingga aplikasi Tng eWallet memaparkan bahagian Reload Card

4. Pilih amaun yang ingin di tambah nilai (minimum RM10 dan ke atas)

5. Klik butang Reload Now dan pilih cara bayaran sama ada menggunakan kad kredit / akaun simpanan (FPX) atau kad debit anda

6. Setelah tambah nilai berjaya, notifikasi Reload Successful akan dipaparkan.

 

Mudah sahaja kan nak aktifkan dan tambah nilai kad Touch n go NFC baru ni menggunakan telefon. Cuma nak beli tu mungkin agak sukar sedikit sekarang ini berikutan permintaan yang amat tinggi dan stok yang agak terhad. Boleh cuba beberapa kali sehingga dapat. Kalau nak tahu cara refund duit kad touch n go yang rosak atau hilang boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button