Coca-Cola ialah minuman yang cukup dikenali di seluruh dunia dan banyak kegunaan lain coca-cola yang ramai tak tahu lagi. Boleh dikatakan semua orang pernah minum paling kurang sekali. Namun, selain untuk diminum, Coca-Cola juga terdapat pelbagai kegunaan lain yang korang boleh cuba terutamnya bagi penggemar Coca-Cola di luar sana. Antara kegunaan lain Coca-Cola ialah termasuklah digunakan untuk mencuci, menghilangkan kesan karat, malah juga untuk berkebun. Ini 5 kegunaan lain Coca-Cola yang korang wajib cuba:
Kegunaan Lain Coca-Cola Selain Untuk Diminum
#1 Pencuci Tandas Di Rumah Dah Habis? Guna Je Coca-Cola!
Sumber Gambar The Spruce
Kalau korang kehabisan pencuci mangkuk tandas di rumah, jangan risau, korang boleh gantikan dengan gunakan Coca-Cola! Korang cuma perlu ikut langkah-langkah ini:
- Tuang Coca-Cola di dalam mangkuk tandas dan di sekeliling dinding dalam mangkuk tandas tersebut
- Biarkan selama paling kurang sejam. Asid fosforik di dalam Coca-Cola melarutkan kekotoran dalam mangkuk tandas tersebut.
- Gosok bahagian dalam mangkuk tandas dengan berus tandas.
- Flush tandas korang dan korang akan lihat kesan kotor di dalam mangkuk tandas akan hilang.
#2 Nak Masak Pun Boleh Guna Coca-Cola! Ini Resipi Ayam Coca-Cola Wajib Cuba.
Sumber Gambar Cook Pad
Selain untuk diminum, korang tahu tak korang boleh guna Coca-Cola dalam masakan? Mungkin korang pernah dengar hidangan Ayam Coca-Cola. Ini resipi Ayam Coca-Cola yang korang boleh cuba di rumah.
Bahan-Bahan:
- Ayam setengah ekor
- 1 tin Coca-Cola
- 1 kiub pati ayam
- 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 inci halia (ditumbuk)
- Sebatang serai dihiris halus
- 2 sudu kicap manis
- Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Gaul ayam dengan garam dan perap selama 1 jam setengah ke 2 jam.
- Tumiskan bawang putih, halia, lada hitam dan serai
- Bila aroma bahan tumis sudah naik, masukkan ayam dan kicap manis. Biarkan selama 5 minit.
- Masukkan Coca-Cola dan kiub pati ayam. Perlahankan api, dan biarkan masak sehingga kuah menjadi pekat atau kering.
#3 Boleh Juga Guna Coca-Cola Untuk Buang Karat
Sumber Gambar One Good Thing
Coca-cola mempunyai sifat asidik kerana mengandungi asid fosforik. Ini sangat berguna dalam membuang karat pada besi, contohnya alat bertukang. Caranya sangat mudah.
Tuang Coca-Cola di dalam bekas dan rendamkan alat bertukang di dalam bekas tersebut. Biarkan terendam selama 24 jam, kemudian kesan karat yang sudah longgar pada alat bertukang tersebut, boleh ditanggalkan dengan lap menggunakan kain.
#4 Baja Untuk Pokok Bunga Seperti Bunga Cina dan Bunga Azalea
Sumber Gambar Instructables
Selain dari digunakan sebagai bahan cucian, dalam masakan dan untuk membuang karat, Coca-Cola yang korang selalu minum juga boleh digunakan sebagai baja. Coca-Cola boleh menaikkan sifat asidik tanah, yang sesuai untuk tumbuhan seperti pokok bunga cina dan pokok bunga azalea.
Gula di dalam Coca-Cola juga akan menjadi makanan untuk mikroorganisma di dalam tanah, dan meningkatkan bahan organik dalam tanah tersebut.
#4 Gula-Gula Getah Terlekat Pada Rambut? Guna Je Coca-Cola!
Sumber Gambar Times Of India
Korang pernah tak mengalami peristiwa gula-gula getah terlekat pada rambut? Perkara ini tidak asing dan selalu belaku, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Jadi, kadang-kadang cara mudah untuk menyelesaikannya ialah dengan memotong rambut yang terlekat gula-gula getah tadi.
Namun dengan adanya Coca-Cola, korang boleh selamatkan rambut korang dari dipotong. Rendamkan rambut yang terlekat gula-gula getah tersebut dalam air Coca-Cola selama 3-5 minit, sifat asidik Coca-Cola akan menanggalkan gula-gula getah dari rambut tersebut.
#5 Nak Lembutkan Daging? Tak Perlu Periuk Tekanan Tinggi. Cukup Ada Coca-Cola!
Sumber Gambar Instructables
Kalau korang ingin lembutkan daging untuk masakan, walaupun korang tak ada periuk tekanan tinggi, korang boleh gunakan Coca-Cola. Yang penting korang ada daging, Coca-Cola dan beg plastik zip-lock. Caranya mudah:
- Masukkan daging di dalam beg pastik zip-lock dan isikan dengan Coca-Cola.
- Tutup zip-lock tersebut dan pastikan tiada udara di dalamnya.
- Simpan di dalam peti ais selama 12-24 jam dan daging tersebut akan lebih lembut.
Coca-Cola yang bersifat asidik mampu melembutkan daging seperti mana buah nanas yang boleh melembutkan daging disebabkan asid yang terdapat di dalamnya.
Banyak kegunaan lain Coca-Cola yang korang boleh cuba. Namun kalau untuk dimakan atau diminum, pastikan korang mengambilnya dalam jumlah yang sederhana kerana kandungan gulanya yang tinggi. Selamat mencuba! Kalau nak tahu kegunaan lain beras pula boleh baca di SINI