3 Kelebihan Dan Kegunaan Lain Santan Selain Memasak. Boleh Guna Untuk Sunburn, Tak Perlu Beli Krim Mahal!
Kegunaan Santan Kelapa Selain Untuk Memasak
Kegunaan santan di rumah biasanya kita gunakan untuk memasak lauk seperti kari, masak lemak dan sebagainya kerana sifat santan yang lemak berkrim tapi ramai lagi tak tahu kegunaan lain santan. Selain itu kalau nak buat kuih muih atau pencuci mulut pun banyak menggunakan santan seperti kuih bakar, cendol dan lain-lain. Sememangnya santan amat lazim digunakan untuk masakan bagi orang Malaysia.
Sejak dari zaman nenek moyang dulu lagi penggunaan santan ni amat popular bukan saja dari segi masakan. Tapi korang tahu tak, banyak lagi kegunaan lain santan ini selain digunakan dalam masakan. Ini kerana santan mempunyai pelbagai kelebihan yang mungkin korang belum tahu. Ini 3 kelebihan dan kegunaan lain santan yang korang boleh cuba di rumah.
Kegunaan Lain Santan Kelapa Selain Untuk Memasak
1. Santan Kaya Anti-Bakteria. Boleh Kurangkan Jerawat!
Sumber Gambar Pinterest
Santan mempunyai sifat anti-bakteria. Ini sangat membantu dalam mengurangkan jerawat terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Dr Rahul Nagar, pakar dermatologi dari Max Hospitals menyebut, “Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, santan boleh digunakan sebagai pencuci muka kerana sifat anti-bakterianya. Lemak dalam santan tidak akan membuatkan pori kulit tersumbat dan ini mampu untuk mengurangkan jerawat dan menghalang jerawat baru dari tumbuh.
Cara Membuat Pencuci Muka Dari Santan Kelapa
Sumber Gambar Little Green Dot
Untuk membuat pencuci muka dari santan kelapa, korang cuma memerlukan tiga bahan iaitu:
- 2 sudu tanah liat bentonite (Boleh beli online di SINI)
- 2 sudu gula perang
- 2 sudu santan kelapa asli
Gaul ketiga-tiga bahan tersebut dan simpan di dalam bekas kedap udara. Keluarkan cuma bila nak digunakan untuk cuci muka. Campurkan dengan air dan gunakan sebagai pencuci muka pada muka yang basah. Korang boleh tengok perbezaan seawal 14 hari dalam mengurangkan jerawat pada kulit. Tak percaya cuba lah buat dulu!
2. Bersifat Anti-Radang, Boleh Rawat Sunburn Pada Kulit
Sumber Gambar Medical News Today
Menurut Dr Rahul Nagar juga, selain mempunyai sifat anti-bakteria, santan turut bersifat anti-radang yang sangat berguna dalam merawat selaran matahari atau sunburn pada kulit akibat berjemur terlalu lama dengan mempercepat proses penyembuhan. Santan juga turut membantu dalam melegakan kulit terbakar akibat selaran matahari dengan menyejukkan kulit tersebut sekaligus mengurangkan kesakitan, lebam dan kesan kemerahan.
Caranya mudah, sapu santan pada bahagian kulit yang terbakar akibat selaran matahari, dan biarkan selama 5-10 minit. Ulang sehingga rasa sakit pada kulit tersebut berkurang. Untuk mendapatkan hasil terbaik, pastikan santan tersebut sudah disejukkan terlebih dahulu. Tak perlu bazir duit beli krim rawat sunburn ke aloevera dan sebagainya.
3. Merawat Rambut Dan Kulit Kepala Dengan Santan!
Sumber Gambar GoHai Mumbai
“Disebabkan santan mempunyai sifat melembapkan yang sangat tinggi, santan sangat sesuai digunakan pada rambut dan kulit kepala terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah rambut dan kulit kepala yang kering” – Dr Rahul Nagar, Pakar Dermatologi, Max Hospital.
Berdasarkan kajian oleh pakar, sememangnya didapati santan sangat berguna dalam merawat rambut dan kulit kepala. Ini 3 kelebihan santan untuk rambut yang korang boleh amalkan:
a) Merawat Rambut Dan Kulit Kepala Yang Rosak dan Kering
Bagi korang yang mempunyai masalah rambut dan kulit kepala yang kering, sehingga mendatangkan ketidakselesaan, korang boleh cuba menggunakan santan pada rambut dan kulit kepala untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Caranya mudah je, sapukan santan pada rambut dan kulit kepala dan urut selama 5 minit. Balut rambut dengan menggunakan tuala, untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakan tuala panas (direndam sebelumnya dalam air panas) dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas.
Ini sangat berguna untuk memastikan rambut mendapat manfaat dari nutrien yang terdapat dalam santan, juga mampu untuk merawat masalah rambut bercabang. Hasilnya rambut korang akan lebih lembut, kurang kusut dan kulit kepala akan lebih lembap.
b) Menggalakkan Pertumbuhan Rambut
Santan mempunyai semua nutrien yang diperlukan untuk memastikan rambut sihat, ini termasuklah dalam meningkatkan jumlah folikel rambut sekaligus menggalakkan pertumbuhan rambut. Caranya ialah sapu santan pada rambut dan kulit kepala dan urut selama 3-5 minit. Kemudian cuci rambut dengan syampoo seperti biasa selepas 20 minit.
(c) Gunakan Santan Sebagai Perapi Rambut (Conditioner)
Korang pernah kehabisan hari conditioner di dalam bilik mandi? Kalau ada santan, jangan risau, boleh gunakan sebagai pengganti. Perapi rambut sangat penting untuk digunakan selepas korang cuci rambut menggunakan syampu. Jadi cara dia lumurkan santan pada rambut yang telah disyampu dan biarkan beberapa minit sebelum dibilas dengan air.
Ini untuk mengelakkan rambut korang menjadi terlalu kering dengan memastikan rambut korang lembap dan mengelakkan dari menjadi kusut. Nutrien yang terdapat dalam santan mampu melebatkan rambut dan menjadikannya lebih tebal sekiranya digunakan dengan kerap sebagai perapi rambut.
Sumber Gambar BBC Good Food
Banyak kelebihan dan kegunaan lain santan yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian. Tapi pastikan korang menggunakan tips di atas dengan cara yang betul kalau ingin mencubanya. Selamat mencuba!