KenderaanCara Mudah

Kereta Tenggelam Banjir? Buat Ini Untuk Kurangkan Kos Baiki Antaranya Cepat Buat Engine Flush

Tips Kereta Sebelum, Semasa & Selepas Banjir

Kereta tenggelam banjir merupakan antara satu perkara pahit yang terpaksa dihadapi mangsa banjir. Ye lah dah lah rumah pun banjir habis kelengkapan rumah seperti perabot baju rosak, ini kenderaan pun rosak. Bila bercakap pasal kenderaan ni pula dia bukan lah semudah baju yang boleh cuci dan terus pakai, tapi melibatkan banyak komponen mekanikal yang berkemungkinan rosak kalau tak dibuat dengan betul. Jadi lebih baik kita ikut nasihat atau saranan yang dikongsikan untuk kereta dan motor yang tenggelam banjir.

Mungkin korang rasa bila kereta masuk air ni banyak betul duit akan habis untuk baiki semula semua kan. Sebenarnya untuk mereka yang melanggan insurans atau takaful kenderaan dan mempunyai perlindungan banjir juga boleh mendapatkan pampasan daripada pihak berkenaan. Tapi pastikan korang ambil perlindungan untuk banjir lah, memang bayar mahal sikit tapi berbaloi dari beribu habis nanti nak baiki.

Tips Kereta Tenggelam Banjir

Sebelum Banjir

Menurut perkongsian Team Automotif GiatMara Bentong Pahang, apa yang perlu buat apabila kenderaan terpaksa ditinggalkan akibat banjir adalah:

1. Tanggalkan terminal bateri dan keluarkan dari kereta. Ini supaya tidak berlaku litar pintas atau ‘Short circuit’ pada sistem elektronik

2. Kenal pasti lokasi ECU (Electronic Control Unit) untuk Engine Management Control lalu tanggalkan ia dan simpan di tempat yangs selamat.

3. Tutup paip ekzos agar tidak dimasuki lumpur

* Dengan membuat perkara-perkara ini, sekurang-kurangnya kos membaiki dapat dikurangkan jika kereta tenggelam sepenuhnya.

Sekiranya air banjir dah surut, terus cuci komponen elektronik dengan air bersih supaya tidak berlaku karat

Sumber Gambar Facebook

Semasa Banjir

1. Jika kereta sudah tenggelam banjir, jangan hidupkan! Atau kalau tengah jalan dan lalui tempat banjir tiba-tiba enjin mati jangan cuba untuk hidupkan semula enjin.

2. Biarkan kereta di situ dan bawa diri ke tempat selamat.

3. Elakkan daripada membuka pintu kereta yang sudah tenggelam banjir bagi mengurangkan risiko keroasakan yang lebih teruk. (mungkin ada orang suruh alihkan ke tempat lagi tinggi, kalau memang tak boleh tak perlu)

 

 

Selepas Banjir

1. Periksa terlebih dahulu kenderaan selepas banjir surut. Jika keseluruhan kereta ditenggelami banjir termasuk di ruang kabin dan enjin, jangan sekali-kali hidupkan enjin.

Apa yang perlu dibuat adalah cabut bateri kereta dan panggil lori tunda atau towing untuk tarik kereta dan hantar ke bengkel.

2. Setelah kereta ditarik ke bengkel, buka penutup alat elektronik, keluarkan minyak enjin, minyak gear dan spark plug. Perlu diingat juga petrol yang telah bercampur air juga harus dikeluarkan

3. Jika minyak enjin, minyak gear dan spark plug telah bercampur dengan air, korang perlu tukar minyak enjin baru dengan ulangan sehingga 2 atau 3 kali. Beli lah minyak enjin yang murah pun boleh.

Minyak gear yang telah bercampur air juga perlu diisi dengan yang baru dengan ulangan 3 hingga 4 kali supaya tidak bercampur lagi dengan air. Tipsnya minyak gear yang bercampur air selalunya akan kelihatan seperti air bandung!

4. Pastikan juga oil filter telah ditukar kepada baru sekiranya telah dimasuki air. Bagi bahagian komponen yang lain, jangan lupa untuk tukarkan sekali spark plug, minyak brek, power steering, air filter dan fius yang baru.

5. Setelah itu barulah cuci kereta secara semburan air deras ke semua bahagian terutama enjin dan brek. Jangan sesekali sembur ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir tau!

Harus diingat jika enjin kereta berjaya dihidupkan, korang memang bernasib baik. Tak perlu overhaul satu kereta buat wiring, bahagian elektronik dan lain-lain lagi.

Sumber : Vocket

 

Jadi dah tahu tips apa nak buat pada kereta kalau berlaku banjir lepasni boleh amalkan jika terpaksa berdepan dengan situasi banjir ni. Kalau rasa ini bermanfaat boleh share pada yang lain agar dapat bantu jimatkan kos baiki kereta mereka juga. Orang kata lebih baik mencegah daripada merawat kan. Apa yang boleh kita buat kita cuba buat dulu ya. Kalau nak tahu tips redah banjir bagi kereta dan motor boleh baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button