Tak Perlu Beratur Di JPJ, Guna Kiosk JPJ Je 5 Minit Siap. Ini Lokasinya
Cara Mudah Buat Urusan JPJ Menggunakan Kiosk JPJ & Lokasi Kiosk JPJ
Mungkin ramai lagi yang tak tahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga ada menyediakan Kiosk JPJ untuk kemudahan orang ramai. Kiosk adalah sebuah kaunter layan diri yang boleh digunakan tanpa memerlukan seseorang itu beratur dan mengambil nombor untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter. Jadi tak perlulah kita beratur dan menunggu lama untuk mendapatkan giliran bagi servis di kaunter.
Apa yang menariknya lagi kiosk JPJ ni boleh digunakan walaupun kaunter telah ditutup, contohnya di luar waktu operasi kaunter seperti di UTC. Hal ini amat memudahkan kita yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk ke JPJ. Jadi selepas waktu bekerja pun kita boleh selesaikan urusan JPJ dengan menggunakan kiosk JPJ ni. Tak perlu lah lagi nak ambil waktu cuti semata-mata untuk buat urusan dengan JPJ.
Lokasi Kiosk JPJ & Jenis Perkhidmatan Kiosk JPJ
Jadi mesti ramai nak tahu perkhidmatan apa yang disediakan di Kiosk JPJ dan di manakah lokasi Kiosk JPJ yang ada kan? Boleh rujuk panduan lanjut berikut:
Jenis Perkhidmatan Kiosk Layan Diri JPJ
Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa jenis perkhimatan yang disediakan di Kiosk JPJ, namun ianya bergantung kepada jenis mesin yang terdapat di lokasi tersebut. Antaranya adalah:
- Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) (Roadtax / Cukai Jalan)
- Kenderaan Persendirian Sahaja
- Cetakan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan)
- Kenderaan Persendirian Sahaja
- Salinan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan)
- Kenderaan Persendirian Sahaja
- Cetakan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
- Pendaftaran Atas Talian
- Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
- Pendaftaran Atas Talian
- Semakan dan Pembayaran Saman JPJ
- Pertanyaan Maklumat Kenderaan
- Pertanyaan Maklumat Lesen memandu
- Pentanyaan Maklumat Insuran Kenderaan
- Pertanyaan Maklumat Lesen Memandu
Lokasi Kiosk JPJ
Menurut JPJ, terdapat 51 kiosk telah disediakan mulai tahun 2015 dan telah ditempatkan di sekitar 36 lokasi seluruh Malaysia untuk memudahkan urusniaga pelanggan di cawangan JPJ dan UTC. Senarai terkini boleh dirujuk terus ke pihak JPJ. Berikut adalah antara senarai lokasi Kiosk JPJ:
Negeri | Cawangan | Alamat Pejabat |
Johor | JPJ Johor Bahru | Kompleks JPJ, Karung Berkunci, 714, Jalan Kencana Mas 1, Kawasan Perindustrian Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor |
Johor | JPJ Kluang | KM 10, Jalan Air Hitam-Kluang 86000 Kluang |
Johor | JPJ Batu Pahat | KM 11 , Jalan Kluang Sri Gading, 83300 Batu Pahat |
Johor | JPJ Muar | Jalan Sungai Abong,84009 Muar |
Johor | UTC Johor | L3-UTC-18 Galleria @ Kotaraya,Jalan Trus, 80000 Johor Bahru,Johor Darul Ta’zim |
Kuala Lumpur | JPJ WPKL, Wangsa Maju | Lot 14264,53300 Setapak |
Kuala Lumpur | JPJ WPKL, Cheras | 1, Jalan Sri Permaisuri 8, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur |
Kuala Lumpur | UTC Pudu Sentral | T2-5, Pudu Sentral,50250 Kuala Lumpur |
Kuala Lumpur | UTC Sentul | T3-05, Kompleks Perniagaan dan Komuniti, Jalan 2/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur |
Kuala Lumpur | UTC Keramat | Mini UTC Keramat, Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur |
Selangor | JPJ Shah Alam | Jalan Padang Jawa,40620 Shah Alam |
Selangor | JPJ Bangi | Lot 139 Jalan 7/7C, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi |
Selangor | JPJ Banting | No 1 , Jalan Campakasari 2 42700 Banting |
Selangor | JPJ Petaling Jaya | Jalan Sultan 46620 Petaling Jaya |
Pahang | JPJ Kuantan | Kompleks JPJ, Jalan IM 14/10,Bandar Indera Mahkota,25200 Kuantan |
Pahang | JPJ Raub | Km. 4, Jalan Cheroh, 27600 Raub |
Pahang | JPJ Temerloh | Taman Perindustrian Temerloh,28400 Mentakab |
Pahang | JPJ Bentong | Taman Datuk Shah Bandar Hussin, 28700 Bentong |
Pahang | UTC Pahang | 2-19, Bangunan UTC Pahang,Jalan Stadium,25200 Kuantan |
Kelantan | JPJ Kota Bharu | Taman JPJ Panji, 16100 Kota Bahru |
Melaka | JPJ Melaka Tengah | Kompleks JPJ, 75990 Melaka Tengah |
Melaka | UTC Melaka | Tingkat 2, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka |
Kedah | JPJ Alor Setar | Jalan Suka Menanti, 05150 Alor Setar |
Kedah | JPJ Sg. Petani | Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sungai Petani KM 6, Jalan Kuala Ketil 08000 Sungai Petani |
Kedah | JPJ Kulim | Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kulim Lot 301 Jalan Sungai Ular 09000 Kulim |
Kedah | UTC Sg. Petani | Aras 2, UTC Sungai Petani Jalan Petri 08000 Sungai Petani Kedah |
P. Pinang | JPJ Seberang Prai | Bandar Seberang Jaya 13700 Seberang Perai |
P. Pinang | JPJ Batu Uban | Jalan Sultan Azlan Shah 10510 Pulau Pinang |
N. Sembilan | JPJ Seremban | KM. 5.5, Jalan Seremban – Tampin, 70990 Seremban |
Perlis | JPJ Arau | Jalan Jejawi Permatang 02600 Arau, Perlis |
Terengganu | JPJ K. Terengganu | Jalan Kemajuan Bukit Kecil 21100 Kuala Terengganu |
Perak | JPJ Ipoh | Jalan Kompleks Sukan 30620 Ipoh |
Perak | JPJ Taiping | Jalan Kg. Dew 34700 Simpang |
Perak | JPJ Manjung | Jalan Dato Seri Kamarudin 32040 Seri Manjung |
Perak | UTC Ipoh | Off Jalan Dato’ Onn Jaafar 30300 Ipoh |
Putrajaya | Bangunan Galeria | Unit 11, Aras Bawah Bangunan Komersil PJH, Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya |
Putrajaya | Bangunan MOT | Lobi, Kementerian Pengangkutan Malaysia, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4 Putrajaya |
Jadi lepasni dah tahu dekat mana lokasi Kiosk Layan Diri JPJ mudah lah nak selesaikan urusan JPJ seperti renew Roadtax, cetak geran kereta dan sebagainya. Kalau nak buat dahulu online di MySikap pun boleh lagi mudah, lepastu hanya perlu ambil sahaja di JPJ berdekatan yang dipilih. Boleh rujuk panduan lanjut di SINI