KesihatanInformasi

5 Perkara Ramai Lupa Buat & Boleh Jadi Jangkitan Covid-19 Menular Walaupun Dah Vaksin!

Langkah Penjagaan Elak Jangkitan COVID-19 Menular

Walaupun sudah hampir lengkap populasi dewasa di Malaysia sudah divaksin, ini tak bermaksud kita boleh leka dari mengikuti SOP yang sewajarnya lagi-lagi apabila pelbagai varian virus Covid-19, terutamanya varian Delta sudah ada di dalam negara. Kita sendiri juga harus menjaga diri kita sendiri dan mengelak dari dijangkit dengan sedaya upaya mungkin.

Mungkin korang semua dah rasa cukup betul amalkan SOP. Tapi boleh jadi orang lain yang tidak mengamalkan SOP. Ada pula golongan yang antivaksin atau tak ingin ambil vaksin tapi sibuk pergi ke sana-sini. Jadi penularan wabak covid19 masih boleh berlaku. Ini 5 langkah berjaga-jaga mengelak jangkitan Covid-19 yang korang wajib patuh walaupun sudah divaksin

Langkah Penjagaan Elak Jangkitan COVID-19 Menular

1. Buka Pelitup Muka Bila Makanan Dah Tiba Je, Berborak Pakai Mask!

Pesanan ni disampaikan sendiri oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin melalui ciapan nya di Twitter seperti gambar berikut:

Ini kerana mungkin kelihatan terlalu ramai yang berbual di kedai makan tanpa memakai pelitup muka walaupun makanan belum dihidangkan atau selepas makanan habis dimakan. Apa yang sepatutnya kita semua buat adalah sentiasa memakai pelitup muka dan hanya buka bila ingin makan sahaja. Sebelum makanan tiba di meja teruskan pakai mask. Selepas habis makan pakai semula mask. Nak pergi bayar makanan, cuci tangan ke pakai mask juga ya!

Pemakaian Pelitup Muka Berganda

Sumber Gambar Facebook KKM

Untuk menambah keberkesanan mengelak jangkitan Covid-19 dalam memakai pelitup muka, Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengesyorkan supaya memakai pelitup muka berganda seperti di dalam gambar. Cara pemakaiannya ialah dengan memakai pelitup muka medikal di dalam dan memakai pelitup muka fabrik di luar. Pemakaian pelitup muka berganda mampu menghalang partikel termasuklah virus Covid-19 sehingga lebih 85.4%.

Pelitup Muka KF94 dan KN95

Sumber Gambar The Strategist

Kalau korang tak nak pakai pelitup muka berganda mungkin rasa terlalu rimas bagi sesetengah orang, korang boleh pakai pelitup muka KF94 atau KN95. Pelitup muka muka KF94 mampu menghalang menghalang partikel termasuklah virus Covid-19 sehingga lebih 94%, bagi pelitup muka KN95 pula sehingga 95%. Namun sekiranya korang memilih untuk memakai pelitup muka jenis ini, pastikan pakai yang asli dan sudah diluluskan badan seperti MDA(Medical Device Authority).

 

2. Pakai Pelindung Muka Tapi Tak Pakai Pelitup Muka. Salah tu!

Sumber Gambar Kementerian Kesihatan Malaysia

Selain pelitup muka, korang boleh tingkatkan keselamatan diri dengan memakai pelindung muka terutamanya di tempat awam yang ada orang ramai. Pelindung muka walaupun tak diwajibkan oleh pihak berkuasa untuk dipakai, alat ini dapat membantu meningkat perlindungan diri dengan menghalang titisan air dari aerosol daripada terkena bahagian muka dan mata yang berkemungkinan tinggi turut membawa virus Covid-19.

Memakai pelindung juga membantu dalam mengelakkan menyentuh muka tanpa sedar yang mana mampu meningkat risiko jangkitan. Namun mesti diingatkan, walaupun memakai pelindung muka, pelitup muka masih wajib untuk dipakai bersama. Ini yang ramai lupa buat lagi-lagi yang dalam televisyen tu. Jangan diikut benda yang tak betul. Pakai face shield pakai juga mask ya!

 

3. Pegang Pintu, Barang Nak Beli Atau Duit Di Kaunter Lepastu Jangan Lupa Sanitize Atau Cuci Tangan!

Dalam sehari pasti tangan kita banyak menyentuh benda dan harus sentiasa dicuci atau disanitasi. Bayangkan pergi shopping mall tekan lif, lepastu pegang telefon nak scan Mysejahtera masuk kedai, lepastu pegang pula bakul atau troli, lepastu pegang pula duit, dapat baki pulangan duit yang orang lain juga pegang. Banyak betul kan kita sentuh benda yang berkemungkinan virus COVID19 ada. Jadi pastikan bawa sanitizer atau pembasmi kuman kalau kat luar tu.

Kalau balik rumah pula atau ada sinki yang ada sabun, guna sabun dan air untuk mencuci tangan dan pastikan cuci tangan tak kurang dari 20 saat. Kalau kita di luar, dan susah untuk mendapatkan air dan sabun, boleh sanitasi tangan menggunakan hand sanitiser. Elakkan dari memegang muka terutamanya jika tangan belum dicuci atau disanitasi bagi mengelakkan jangkitan melalui perbuatan tersebut.

 

4. Elakkan Tempat Tertutup, Kawasan Ramai Orang Dan Waktu Terlalu Lama!

Sumber Gambar World Health Organisation

Kalau korang keluar rumah atas apa-apa urusan, wajib untuk perhatikan tiga faktor ini iaitu Tempat, Jarak dan Masa:

a) Tempat – Pilih Ruangan Terbuka Berbanding Ruangan Tertutup

Hal ini kerana ruangan tertutup mempunyai risiko dan kadar jangkitan yang lebih tinggi berbanding ruangan terbuka. Banyak kes dilaporkan di tempat yang tertutup terutamanya yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Jika mempunyai pilihan, sentiasa pilih ruangan terbuka berbanding ruangan tertutup. Ni selalunya kalau korang nak makan di kedai, pilih lah kawasan terbuka berbanding tertutup.

b) Jarak – Elakkan Tempat Yang Sesak Dan Jaga Penjarakan Fizikal

Elakkan tempat yang sesak dengan manusia kerana kesesakan akan meningkat risiko dan kadar jangkitan Covid-19. Pastikan untuk mengamalkan penjarakan fizikal sebaik-baiknya 2 meter antara satu sama lain. Kerana semakin besar jarak tersebut, semakin berkurang risiko jangkitan. Contoh tempat yang sesak adalah di pasar malam, air terjun dan sebagainya. Kalau tempat tu memang tak boleh nak jarak lebih baik lah tak payah pergi.

c) Masa – Terhad Atau Pendekkan Tempoh Masa Berada Bersama Orang Ramai

Tempoh masa yang kita berada di tempat awam yang terdapat orang ramai juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Semakin lama tempoh masa tersebut, semakin bertambah risiko jangkitan. Jadi terhad atau pendekkan tempoh masa itu. Contoh kalau pergi barang di dalam mall tu, dah tak boleh nak tengok satu-satu barang sangat, beli apa yang perlu je lepastu balik.

 

5. Bersihkan Diri Bila Balik Rumah, Buang Atau Cuci Pelitup Muka Juga!

Ini yang mungkin ramai dah tak buat sebab mereka anggap dah tak ada apa-apa. Kalau dah keluar seharian atau pun pergi ke kedai, bila balik ke rumah tu terus bersihkan diri paling kurang pun cuci tangan tu dengan bersih. Lagi bagus mandi dan tukar pakaian tu sebab kita tak tahu virus tu mungkin dah melekat pada baju atau seluar dan sebagainya. Kalau kita mandi dan tukar pakaian pastinya dapat kurangkan satu risiko.

Pelitup muka pula kadang ada yang tak buang dan letak bersepah atas meja lah kat dalam poket lah. Lepastu pakai balik semula. Kena ingat yang pelitup muka 4ply atau 3ply tu boleh pakai sehingga 8 jam je sebaiknya. Yang pelitup muka fabrik pula lepas pakai sebaiknya dibasuh, bukan basuh sebulan sekali atau tak basuh langsung.

 

Walaupun kita sudah divaksin tak bermakna kita tidak langsung akan dijangkiti. Malah jika kita tidak patuh SOP, kita boleh menjadi pembawa Jangkitan COVID-19 Menular kepada orang lain yang belum divaksin. Elakkan risiko jangkitan bukan sahaja untuk diri kita, juga untuk keselamatan orang di sekeliling kita.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button