PermohonanCara Mudah

Cara Buat Laporan Polis Tanpa Perlu Ke Balai. Report Polis Online Dari Rumah Je!

Panduan Buat Laporan Polis Secara Atas Talian Melalui e-Reporting Untuk Kes Tertentu

Masih ada yang tak tahu sekarang ini dah ada cara untuk buat laporan polis secara online sahaja. Betul report polis boleh buat secara atas talian sahaja sekarang tanpa perlu ke balai polis. Namun begitu ianya hanyalah untuk kes-kes tertentu sahaja. Tapi secara tak langsung ia juga memudahkan kita semua juga kerana tak perlu bersusah payah untuk pergi buat laporan polis. Tambahan pula ada juga kes di mana kita perlu buat laporan dalam masa 24 jam sahaja jadi dengan cara ini pastinya kita dapat menjimatkan masa.

Seiringan dengan teknologi yang semakin maju sekarang ini, hampir semua benda kini boleh dibuat secara online sahaja. Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak ketinggalan untuk menyediakan perkhidmatan secara online untuk memudahkan orang awam. Antaranya adalah e-Reporting iaitu sistem membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkaitan dengan jenayah.

Video Panduan

Cara Buat Laporan Polis Secara Atas Talian Melalui e-Reporting

Berikut adalah cara untuk membuat laporan polis secara online menggunakan e-reporting dan maklumat lain berkaitan sistem ini.

Jenis Laporan Polis

Seperti dimaklumkan, hanya beberapa jenis laporan polis sahaja yang boleh dibuat menggunakan sistem ini. Antaranya adalah:

  • Hilang atau tercicir kad pengenalan
  • Hilang atau tercicir lesen memandu
  • Hilang atau tercicir kad kredit @ ATM
  • Hilang telefon bimbit
  • Hilang komputer riba (laptop)
  • Hilang cukai jalan
  • Pembantu rumah lari – tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja
  • Kehilangan atau kerosakan peralatan seperti dokumen akibat bencana alam

Pendaftaran Pengguna

Untuk membuat laporan polis secara online, pengguna hendaklah seperti berikut:

  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai capaian internet

Sebelum membuat laporan, pengguna hendaklah mendaftar terlebih dahulu di sistem e-reporting. Caranya adalah seperti berikut:

1. Layari Laman Web e-Reporting PDRM

2. Klik Daftar Pengguna dan isikan maklumat yang diperlukan lalu klik butang ‘Daftar’.

3. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan diikuti dnegan butang ‘Login’

4. Semak semula butiran pengguna

5. Isikan butiran kejadian yang ingin dilaporkan

6. Isikan juga keterangan kejadian dengan lebih terperinci

7. Hantarkan butiran laporan tersebut dengan klik Hantar

8. Pengguna akan menerima salinan laporan tersebut menerusi emel yang didaftarkan.

9. Cetak atau simpan sebagai rekod, setelah itu boleh bawa dan guna laporan polis tersebut ke agensi yang berkaitan

 

Mudah sahaja kan nak buat laporan polis secara online. Lepasni kalau IC , lesen memandu, Kad ATM ataupun dompet hilang, boleh terus buat laporan secara online je terus! Lebih mudah dan jimat masa, tenaga dan juga kos. Boleh lah kongsi info ini pada ramai lagi yang tak tahu tu. Kalau nak tahu cara semak bayar saman polis secara online, boleh rujuk panduan di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button