5 Laptop Bawah RM1700 Terbaik Bagi Pelajar Universiti Dengan Spesifikasi Baik!
Tips Jimat: Laptop Bawah RM1700 Sesuai Untuk Student
Ada ke laptop bawah RM1700 yang bagus? Nak tak nak, setiap pelajar universiti memerlukan laptop atau komputer riba bagi menyiapkan projek ataupun assignment yang diberikan pensyarah. Bukan apa, kalau takde laptop sendiri kenalah pergi perpustakaan yang bukan 24 jam. Kalau cuti pertengahan semester pula nak buat assignment dekat rumah dah kena pergi pusat komputer. Ini musim COVID19 tak habis lagi pon belajar banyak secara online kan?
Namun tak semua pelajar universiti mampu nak beli laptop yang mahal-mahal. Ramai pelajar yang perlu berfikir tentang pinjaman pembelajarannya, tentang kos kehidupan seharian, dan juga sewa rumah kalau ada. Jadi mungkin modal yang ada tu cuma sikit, tapi dalam masa yang sama, laptop yang dibeli pula perlulah mampu menampung kerja-kerja dan software pembelajaran yang perlu dimuat turun.
Sebelum nak cari laptop, korang kena tahu dulu, adakah spesifikasi laptop yang nak dibeli tu nanti mampu untuk menampung segala software yang perlu dimuat turun bagi proses pembelajaran ataupun tidak. Nanti beli yang murah sangat, pakai kejap je dah rosak, dah satu kerja nak baiki semula dengan keluar duit lagi. Jadi, antara kriteria yang korang kena perhatikan adalah:
- Processor: Kalau laptop tu guna processor Intel, lebih baik untuk cari yang model i3 dan ke atas. Kalau yang gunakan jenis AMD pula, boleh cari model yang jenis Ryzen 3 ke atas. Yang lain bukan tak ok cuma ini cadangan yang terbaik dan berbaloi
- RAM: Selalunya laptop dengan harga bawah RM2000, akan mempunyai RAM 4GB, dan ia cukup je untuk melakukan kerja-kerja asas. Tapi kalau kerja kursus korang perlu untuk gunakan Adobe Photoshop, digalakkan untuk upgrade RAM laptop kepada 8GB supaya tak lagging. Yang ni boleh tambah kemudian masa semester 2 ke bila dah ada duit lebih nanti.
- Storage: Untuk tujuan penyimpanan, cari laptop yang menggunakan SSD berbanding HDD, memandangkan ia lebih laju dan menggunakan tenaga bateri laptop yang kurang.
Laptop Bawah RM1700 Terbaik untuk Pelajar Universiti dengan Spesifikasi Terbaik!
Kalau korang yang tengah baca ni adalah pelajar universiti yang tengah mencari laptop dengan harga mampu milik tapi tetap mampu untuk memuat turun software ringan, jangan risau. Dekat bawah ni, kitorang senaraikan laptop terbaik untuk pelajar universiti dengan harga bawah RM1,700 yang boleh digunakan untuk menyiapkan assignment dan projek kursus nanti:
1. Dell Inspiron 14 (RM1649)
Dell memang dikenali sebagai pengeluar laptop yang berkualiti, dan Dell Inspiron 14 tak kurang hebatnya. Dengan harga tak sampai RM1700, laptop ni telah dilengkapi dengan processor Intel i3, yang ternyata sudah mampu untuk menampung software yang bakal korang download nanti. Selain tu, dengan memori simpanan sebesar 1TB, file-file yang boleh disimpan pun banyak!
Antara spesifikasi lain untuk laptop ni adalah:
- Processor: Intel® Core™ i3-6006U
- Saiz Skrin: 14.0-inch HD
- Graphic: Intel HD Graphic
- Memory: 1TB HDD
- RAM: 4GB DDR4 (2-slots)
- Bateri: 40 WHr, 4-Cell Battery (Boleh Dicabut)
- Operation System : Windows 10 Home (64bit)
Kalau berminat dengan laptop ni, bolehlah belinya di SINI. Tapi kalau dah habis stok, korang kena lah pergi kedai berhampiran atau telefon dan buat tempahan pada mereka. Maklumlah sekarang ni semua nak beli laptop stok pon banyak dah habis.
2. Asus Vivobook M409B-ABV087T (RM1619)
Ini laptop yang menggunakan processor AMD© A9-9425 Processor iaitu dikatakan setaraf Intel i5. Kalau assignment untuk kursus pengajian yang korang ambil tu banyak menggunakan Microsoft Words dan Excel, atau Adobe Photoshop, laptop ni masih mampu untuk menjalankan tugasnya. Cuma kalau untuk Adobe Photoshop, disarankan untuk korang upgrade RAM kepada 8GB untuk penggunaan yang lebih lancar.
Spesifikasi-pesifikasi untuk laptop ni adalah:
- CPU / Processor: AMD© A9-9425 Processor
- Memory: 4 GB Onboard memory, 1 x SO-DIMM socket for expansion, up to 8 GB SDRAM
- Storage: 256GB PCIe© Gen3 SSD
- GraphicCard: AMD Radeon R5 Graphics
- Display Screen / Design / Resolution: 14.0″ (16:9) LED-backlit HD (1366×768) 60Hz Anti-Glare Panel with 45% NTSC
- Camera: VGAWebcam
- OperationSystem: Windows 10 Home
Suka laptop ni? bolehlah beli online kat SINI. Tapi macam biasa kalau dah habis stok, bolehlah cari di kedai fizikal ya.
3. Acer Aspire 3 A315-23-R6EA (RM1699)
Acer merupakan jenama laptop atau komputer yang dipercayai sejak dahulu lagi. Ia merupakan antar jenama komputer terawal di Malaysia. Jadi korang tak perlu sangsi lagi dengan performance komputer ni. Laptop ini juga menggunakan processor AMD Ryzen 3 yang sememangnya cukup untuk korang guna buat assignment. Main game sikit bolehlah tapi kalau rosak sendiri tanggung ya.
Spesifikasi lain untuk laptop ni adalah:
- CPU / Processor: AMD Ryzen 3
- Memory: 4 GB DDR4 SDRAM
- Storage: 256 GB SSD
- Graphic Card: AMD Radeon Graphics
- Display Screen / Design / Resolution: 39.6 cm (15.6″) / LED Backlight Technology
- Operation System: Windows 10 Home
- Colour : Pure Silver
Nak beli laptop ni? Boleh cuba beli online kat SINI. Kalau dah habis stok kena cari kat kedai atau order dulu ke.
4. Acer Aspire 3 A315-23-R8ZJ (RM1699)
Satu lagi laptop daripada jenama Acer dengan harga bawah RM1,700. Turut menggunakan processor AMD Ryzen 3 yang kini semakin dipercayai orang ramai sama seperti Intel Processors. Kesemuanya adalah sama seperti laptop di atas kecuali warna komputer ini adalah hitam arang atau Charcoal Black.
Spesifikasi penting laptop ni adalah:
- CPU / Processor: AMD Ryzen 3
- Memory: 4 GB DDR4 SDRAM
- Storage: 256 GB SSD
- Graphic Card: AMD Radeon Graphics
- Display Screen / Design / Resolution: 39.6 cm (15.6″) / LED Backlight Technology
- Operation System: Windows 10 Home
Boleh beli laptop ni online kat SINI. Tapi kalau dah habis stok korang kena lah order atau beli kat kedai.
5. Lenovo IdeaPad Slim 3i (RM1664.10) Termasuk Delivery!
Yang ini boleh dikatakan deals yang terbaik sebab harga termasuk penghantaran percuma sekali! Lenovo merupakan brand yang agak baru tetapi telah popular dengan sekelip mata kerana kualiti serta harga barangan mereka yang murah dan berbaloi.
Tak percaya tengok spesifikasi dia kat sini:
- CPU / Processor: Intel Core i3-1005G1 Processor
- Memory: 4 GB DDR4
- Storage: 128 GB SSD
- Display Screen / Design / Resolution: 14.0″ HD(1366×768) TN Anti-glare 220nits Non-Touch Narrow
- Operation System: Windows 10 Home
- Camera: 0.3M Camera with Array Microphone
- Warranty: 1 Tahun
Berbaloi kan? Tempah online je kat SINI. Kalau kat kedai ada pun boleh beli terus di kedai
Jadi, sekarang korang dah ada 5 pilihan laptop daripada 4 jenama yang berlainan. Laptop yang kitorang cadangkan ni sangat bersesuaian dengan beban kerja seorang pelajar universiti, di samping mempunyai harga yang murah. Kalau link yang kitorang bagi tu menunjukkan laptop tersebut dah out of stock, jangan risau. Korang hubungi je kedai tersebut dan tanya diorang bila stok baru akan sampai. Nanti diorang akan bantu.
Korang selalu tak alami masalah sakit belakang atau sakit tengkuk masa buat assignment dekat laptop? Tu maknanya, postur badan semasa menggunakan laptop, tak betul. Korang boleh baca tips gunakan laptop yang betul dekat SINI!