Rupanya Boleh Lembutkan Daging Beku 5 Minit Je! Tak Perlu Rendam Air Lama, Ini Caranya
Cara Lembutkan Daging Frozen Sejuk Beku Dengan Cepat
Bila nak memasak ni kadang tu nak siapkan bahan yang lebih lama dari masak contohnya lembutkan daging beku. Ye lah kita mesti beli daging awal dan simpan dalam bahagian peti sejuk beku baru lah tak rosak kan. Tapi bila nak masak kena keluarkan awal pula untuk lembutkan daging kadang tu sampai berjam-jam barulah tak beku lagi. Penat juga nak tunggu macam ini kan. Dah lah nanti nak kena rebus lama lagi sebab nak pastikan daging lembut dan tak liat untuk makan.
Kadang tu boleh jadi terlupa nak keluarkan awal ataupun tiba-tiba tetamu datang mengejut dan tak sempat nak sediakan apa-apa. Jadi jangan risau walaupun korang dalam situasi macam ni, sebenarnya ada tips yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan proses melembutkan daging yang beku ni. Memang ada perkakas boleh cepatkan proses defrost tapi nak kena beli pula dah mahal nanti. Tak mengapa, kalau tak percaya korang boleh cuba tengok perkongsian lanjut di bawah.
Cara Lembutkan Daging Frozen Sejuk Beku Dengan Cepat
Terdapat beberapa perkongsian yang telah di share di media sosial mengenai cara melembutkan daging beku. Antaranya adalah:
Sangat cepat dan mudah terutama untuk ibu-ibu yang bekerjaya tapi tetap nak hidangkan masakan dari air tangan sendiri.
Cubalah. Just ambil dua buah periuk. Pastikan yang steel (besi).Buat macam yang saya tunjukkan. Periuk di atas tu hanya isikan dengan air. Lepas 10 minit saya tengok. Wahh… Memang menjadi. Nampak tak kesan2 darah yang turun daripada daging tu? Terus sentuh daging tu. Memang dah lembutSumber: Ummi Ain
Gunakan Periuk Besi / Logam (Steel)
Menurut beliau, hanya perlu gunakan dua buah periuk, tapi pastikan ia adalah periuk besi atau steel. Caranya adalah:
1. Terbalikkan periuk yang pertama (lihat gambar)
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan di atas permukaan belakang (bahagian bontot periuk)
3. Letakkan lagi satu periuk di atas daging tadi. (Jadi kedudukan daging diapit oleh kedua-dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk kedua yang di atas tu.
5. Tunggu sehingga daging beku menjadi lembut. Masa yang diambila adalah bergantung kepada ketebalan daging (Biasanya 5 hingga 10 minit)
Nota: Kenapa periuk logam boleh melembutkan daging beku? Ini kerana logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Haba yang dihasilkan melalui proses ini cukup kuat untuk melembutkan daging.
Satu lagi perkongsian dibuat oleh saudari Sharifah di Facebook iaitu:
Maaf..hari ni saya tak post masakan. Saya cuma nak bagi tip..harap dapat membantu sahabat2 semua.Masa raya ni kadang ada tetamu yang datang mengejut. Nak masak.. daging masih keras dalam frezer..nak defrost ambil masa jugak kan? Di sini saya bagi tip macam mana nak defrost dengan kadar segera.Letakkan daging tu di atas dulang besi(jangan buang plastiknya) tindih dengan periuk yang berisi air biasa(jgn isi air panas). InshaAllah..dalam masa tak sampai setengah jam daging tu akan lembut balik. Cubalah..Sumber: Sharifah Nor Hj Abdullah