5 Makanan Mudah Bawa Waktu Bercuti. Kenyang & Dapat Jimat Duit!
Makanan Sesuai Bawa Ketika Bercuti Atau Berkelah
Sumber Gambar I Really Like Food
Adakalanya kita perlu untuk bawa makanan mudah sendiri ketika bercuti terutamanya jika kita bercuti untuk berkelah atau berkhemah. Tak kurang juga ada yang bawa makanan sendiri untuk berjimat ketika bercuti. Satu yang pasti ialah makanan yang hendak dibawa ketika bercuti ini mestilah mudah untuk disediakan, dibawa dan juga dimakan supaya tidak menyukarkan korang hendak makan ketika sedang bercuti.
Antara faktor lain pula ialah makanan yang korang nak bawa itu seeloknya juga mudah disimpan dalam bekas kedap udara dan mudah untuk dibersihkan selepas makan bagi menjaga kebersihan sebelum dan selepas makan, dan mengelak makanan tersebut dari tercemar. Lagi satu kadang ni kita tak banyak masa dan nak siapkan semua cepat je. Tak nak lah penat-penat masak lepastu nak pergi bercuti lagi dah tak enjoy nanti kan sebab penat dah.
Makanan Sesuai Bawa Ketika Bercuti Atau Berkelah
Ini senarai 5 jenis makanan mudah dibawa ketika bercuti atau berkelah:
#1 Sandwich. Mudah Disediakan Dan Mengenyangkan!
Sumber Gambar Simak Terus
Sandwich disenaraikan sebagai pilihan pertama untuk makanan mudah dibawa ketika bercuti kerana mudah disediakan, mudah disimpan dan mengenyangkan. Kebiasannya sandwich ini akan disediakan menggunakan inti telur, tuna atau campuran kedua-duanya. Cara menyediakan sandwich ini cukup mudah:
- Ambil beberapa biji telur yang sudah direbus(boleh digantikan atau digaulkan dengan tuna atau sardin), hancurkan dan gaulkan dengan mayonis hingga sebati menjadi inti sandwich.
- Sapukan inti tadi pada roti dan potong seperti di dalam gambar di atas.
Sandwich juga fleksibel untuk dimakan pada bila-bila masa contoh dalam kereta waktu perjalanan nak ke tempat bercuti atau berkelah pun boleh makan. Ini kerana tak perlu pinggan atau sudu pun nak makan, ambil pakai tangan terus makan. Senang kan?
#2 Serunding. Makanan Mudah Yang Tahan Lama!
Sumber Gambar Sayyidah Napisah
Serunding merupakan makanan yang mudah dan sedap digemari ramai. Serunding juga ada pelbagai jenis iaitu serunding ayam, serunding daging, serunding ikan dan serunding ikan bilis. Makanan ini dipilih dalam senarai makanan mudah kerana selain mudah untuk dibawa, serunding juga sejenis makanan yang tahan lama dan tidak mudah rosak.
Korang pun boleh menikmati serunding dengan roti, nasi, mi segera malah di makan begitu sahaja menjadikan serunding ini cukup fleksibel untuk dibawa ketika bercuti. Ini sesuai untuk yang bercuti ke luar negara tu lah, yang susah nak dapat makanan halal dan sebagainya.
#3. Roti Atau Bun. Mudah Dibawa, Mudah Dimakan, Mengenyangkan!
Sumber Gambar India Mart
Roti atau bun sama ada yang berinti atau yang kosong merupakan makanan yang sangat sesuai untuk dibawa ketika bercuti. Dah lah tak perlu sediakan pun macam sandwich, hanya perlu beli dan bawa. Roti atau bun juga mudah dibawa, korang boleh letakkan sahaja dalam beg tanpa perlu memasukkannya dalam mana-mana bekas terlebih dahulu.
Untuk roti atau bun yang kosong, korang boleh nikmati dengan pelbagai hidangan atau makanan lain seperti sup cendawan atau serunding. Roti atau bun juga merupakan karbohidrat, dalam erti kata lain makanan ini akan mudah mengenyangkan perut korang yang lapar.
#4 Sup Cendawan Segera. Tinggal Tambah Air Panas!
Sumber Gambar 100 Comments
Kalau korang pergi bercuti terutamanya pergi berkelah atau camping, sup cendawan segera ini boleh dikatakan makanan yang korang wajib bawa sekali. Dahlah senang dibawa, senang pula dimasak dan korang boleh makan dengan roti atau bun kosong. Nak makan begitu sahaja pun boleh terutamanya kalau tempat percutian korang sejuk seperti tepi sungai atau dalam kawasan alam semulajadi.
Korang cuma perlu bancuh serbuk sup segera ini dengan air panas dan tak sampai 5 minit hidangan sup korang sudah tersedia. Kalau tempat korang tu tak boleh masak air, bawa lah air panas siap-siap dalam termos atau bekas air tahan panas tu.
#5 Makanan Dalam Tin Atau Pek Makanan Segera. Pelbagai Hidangan Yang Mudah Untuk Dibawa!
Sumber Gambar Rasa
Kalau korang ingin menikmati makanan atau hidangan seperti ayam kari, sardin dalam sos tomato, daging masak hitam atau makanan lain terutamanya yang berkuah ketika pergi bercuti atau berkelah, pilihan terbaik untuk korang ialah makanan dalam tin atau pek makanan segera.
Makanan Dalam Tin
Makanan dalam tin ini terdapat pelbagai jenis dari sayur, daging, ayam, sardin, tuna, kerang dan sebagainya. Korang boleh sesuaikan dengan makanan lain yang korang bawa. Contohnya kalau korang bawa roti kosong, sangat sesuai untuk korang makan sekali dengan kari ayam atau kari daging dalam tin. Makanan dalam tin ini selain memudahkan, turut menjimatkan masa. Hanya perlu buka penutup tin dan hidangkan. Boleh dinikmati dengan atau tanpa dipanaskan terlebih dahulu mengikut selera masing-masing.
Pek Makanan Segera
Sumber Gambar Jeonun Ammal
Pek makanan segera seperti makanan dalam tin tadi, juga terdapat pelbagai jenis namun pilihannya lebih meluas sehinggakan terdapat makanan siap seperti nasi briyani atau nasi goreng. Kebiasaannya pek makanan segera ini perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum dinikmati samada menggunakan air panas atau ‘heat pack‘ yang disediakan oleh sesetengah jenama dalam paket makanan tersebut.
Itu 5 makanan mudah dibawa ketika bercuti untuk korang sebagai rujukan nanti. Nak bawa makanan sendiri tak salah, pastikan jangan sampai kita menyusahkan orang lain terutamanya pihak pengurusan tempat percutian dan pastikan kebersihan terjaga terutmanya selepas makan! Kalau nak tahu makanan yang masih boleh makan walaupun dah tamat tarikh luput boleh baca di SINI.