MakananInformasi

Menu Rahmah RM5 Makan Tengah Hari & Malam Bawah Harga RM5 di 15,000 Premis

Pelancaran Menu Rahmah, Set Makanan Tengah Hari & Makan Malam Berharga RM5 Dan Ke Bawah

Pada 31 Januari 2023, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub telah melancarkan Menu Rahmah di Subang Jaya, Selangor. Inisiatif Menu Rahmah ini adalah salah satu usaha daripada kerajaan untuk membantu golongan miskin tegar dalam mendepani cabaran ekonomi yang semakin membebankan terutamanya dengan kenaikan kadar inflasi dan harga barangan termasuklah makanan.

Menyedari hal itu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah melaksanakan insiatif yang dikenali sebagai Menu Rahmah yang bakal menawarkan makanan siap dimasak pada harga RM5 dan ke bawah. Makanan tersebut termasuklah hidangan set lengkap nasi berserta ayam atau ikan dan juga sayur. Beberapa jenis makanan lain turut disediakan dengan harga juga di bawah RM5.

TERKINI: Antara Lokasi Menu Rahmah

Menu Rahmah RM5 Makan Tengah Hari & Malam Bawah Harga RM5 di 15,000 Premis

Berikut adalah info lanjut mengenai Menu Rahmah yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Apa itu Menu Rahmah?

Menu Rahmah merupakan sebuah program yang dilancarkan kerajaan. Melalui program ini, premis makanan yang mengambil bahagian akan menyediakan set makanan tengah hari atau malam yang seimbang iaitu merangkumi nasi, satu jenis pilihan protein sama ada ayam atau ikan beserta sayur. Set makanan ini akan dijual dengan harga hanya RM5 dan ke bawah sahaja.

Menerusi program ini iaitu tawaran harga menu yang amat berpatutan, diharapkan ianya sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan beban golongan sasar yang terlibat khususnya miskin tegar yang amat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Program ini adalah hasil kerjasama antara kerajaan dan juga pemain industri makanan dan minuman yang seterusnya akan diperluaskan ke seluruh negara dalam masa terdekat. Perkara ini telah dipersetujui susulan sesi libat urus industri pada 26 Januari 2023 bersama wakil-wakil persatuan seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

Carian Lokasi / Kedai Menu Rahmah

Orang ramai boleh layari laman web Menu Rahmah di pautan berikut untuk mencari lokasi atau kedai yang menawarkan Menu Rahmah:

Cara Beli Menu Rahmah

Menurut Menteri KPDN, kaedah pelaksanaan Menu Rahmah memerlukan seseorang pelanggan untuk memasuki kedai makan atau restoran dan memberitahu kepada penjaga kedai bahawa mereka mahukan Menu Rahmah ketika membuat pesanan.

“Pelanggan boleh menyebut inginkan Menu Rahmah. KPDN juga dengan kerjasama semua premis yang menyertai inisiatif ini akan meletakkan pelekat yang mempunyai simbol Menu Rahmah.

 

Contoh Menu Rahmah

Berikut adalah beberapa jenis pilihan Menu Rahmah yang ditunjukkan semasa pelancaran

Kredit gambar: Astro Awani

Lokasi Menu Rahmah Seluruh Malaysia

Difahamkan bahawa lebih 15,000 premis yang akan mengambil bahagian dalam program ini. 12,500 resotan mamak di seluruh negara juga sedia menyahut gesaan pihak kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah dengan harga RM5 dan ke bawah.

Difahamkan juga sekitar 4,000 buah restoran di bawah Koperasi pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) akan turut terlibat.

Untuk senarai penuh premis yang mengambil bahagian akan dimaklumkan oleh KDPN dalam masa terdekat.

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh rujuk terus kepada saluran rasmi kementerian seperti di bawah:

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button