InformasiPekerjaan

Betul ke dekat bandar ni senang dapat kerja dan gaji tinggi? Ini realiti hidup di bandar

5 Mitos dan Realiti Hidup di Bandar

5 Mitos dan Realiti Hidup di Bandar

Bagi sesetengah orang, mungkin impian diorang sejak dari kecil adalah untuk tinggal dan hidup di bandar. Ini kerana bagi diorang, kehidupan di bandar nampak gah dan mewah. Kehidupan pun nampak selesa dengan segala kemudahan yang ada. 

Dan mungkin juga masih ramai anak-anak muda yang hidup di kawasan kampung atau pekan, memang dah memasang niat untuk berhijrah ke kota-kota besar untuk memulakan hidup baru dengan pekerjaan baru, supaya dapat menolong ibu dan ayah di kampung. Tapi, betul ke kehidupan di bandar ni semuanya indah? Jom kita tengok 5 mitos yang sering dikaitkan dengan kehidupan di bandar, dan realiti hidup di bandar yang sebenarnya:

1. Senang Dapat Kerja

Sumber gambar Berita Harian

Memang betul, peluang pekerjaan di bandar lebih banyak daripada di kampung-kampung. Dekat bandar ada banyak shopping mall, dalam shopping mall pula ada banyak kedai dan restoran yang korang boleh mohon kerja. Jadi, mesti senang je nak dapat kerja, kan?

Realiti hidup di bandar: Peluang pekerjaan di bandar ternyata lebih banyak, tapi begitu juga dengan orang-orang yang memohonnya. Sebenarnya, kadar pengangguran di bandar ni tinggi juga. Jadi cuba korang bayangkan, untuk satu pekerjaan tu, ada lebih daripada seorang dua yang cuba untuk memohonnya. Persaingan untuk mencari kerja di bandar memang akan jadi lebih sengit.

2. Gaji Lebih Tinggi

Mungkin korang fikir, bila bekerja di bandar, gaji yang ditawarkan mesti tinggi-tinggi belaka. Jadi bila dah dapat kerja tu, hidup korang akan jadi lebih senanglah sebab gajinya lebih tinggi daripada kalau kerja dekat kampung je.

Realiti hidup di bandar: Kalau nak dibandingkan antara gaji di bandar dan di kampung, mungkin betul, gaji di bandar lebih tinggi. Tapi kos sara hidup di bandar pun lebih tinggi. Satu pinggan nasi dan lauk-pauk di bandar, tak sama dengan di kampung. Tu tak termasuk kos nak bayar sewa rumah dan minyak kenderaan lagi. Entah-entah gaji yang korang dapat tu cukup-cukup je untuk belanja sampai hujung bulan. Duit lebihan nak simpan pun tak ada kadang-kadang.

3. Keselamatan Terjamin

Berbanding di kampung, rumah-rumah di bandar kebanyakannya berpagar. Dan ada sesetengah kawasan perumahan tu pula ada pengawal keselamatan yang bertugas. Mestilah semuanya lagi selamat, kan?

Realiti hidup di bandar: Walaupun rumah korang berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan, kes jenayah masih boleh berlaku juga. Itu tak termasuk kalau korang berada di luar rumah. Kadang-kadang, masa korang tengah isi minyak pun, kes jenayah boleh berlaku. Bahkan, kalau nak mengikut statistik, bilangan kes jenayah yang berlaku di bandar lebih banyak daripada di kampung.

4. Kehidupan yang Selesa

Boleh jadi korang berjaya mendapat pekerjaan dengan gaji yang berpatutan. Rumah yang disewa atau dibeli pun cukup besar untuk muatkan korang sekeluarga. Kawasan perumahan pula sangat ketat ciri-ciri keselamatannya, dan korang pun terfikir, kehidupan yang akan dilalui pasti lebih selesa.

Sumber Gambar World of Buzz

Realiti hidup di bandar: Walaupun korang dapat merasai semua ini, boleh jadi kehidupan di bandar masih belum selesa. Dengan nak pergi kerja kena menghadap jem, beban kerja yang berlambak, pencemaran bunyi dan udara yang korang kena hadap setiap hari, semua ni boleh jadi faktor kepada kehidupan yang tak selesa di bandar.

Namun, kehidupan di bandar tak adalah semuanya teruk belaka. Ada juga kelebihan bila duduk di bandar ni. Sistem kesihatan di bandar jauh lebih lengkap. Kewujudan klinik kesihatan dan hospital awam yang banyak, akan memudahkan korang untuk mendapatkan rawatan sekiranya terjadi apa-apa. 

Sistem pendidikan di bandar pun lebih baik. Terdapat banyak pusat tuisyen yang ada di bandar, yang membolehkan anak korang untuk mendapatkan kelas tambahan yang diorang mungkin takkan dapat bila duduk di kampung. Akhirnya, terserah pada kita juga untuk kekal hidup di kampung, atau menghadapi cabaran yang bakal tiba apabila hidup di bandar.

Di mana pun korang mencari rezeki, pastikan mencari rezeki yang halal agar bukan sahaja memudahkan kita di dunia malah di akhirat kelak. Boleh amalkan doa murah rezeki seperti di bawah ini.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button