PermohonanCara Mudah

Cara Mohon i-Sinar Jika Tiada Dokumen Bukti Pengurangan Gaji atau Elaun

Cara Mohon i-Sinar Jika Tiada Dokumen Bagi Kategori 2

Sejak pengumuman kerajaan mengenai kebolehan untuk mengeluarkan simpanan daripada akaun 1 KWSP melalui i-Sinar, rata-rata ramai yang tak sabar untuk mula memohon, memandangkan ramai orang yang terkesan teruk dengan penularan Covid-19. Ada yang dipotong gaji, yang terpaksa cuti tanpa gaji, dan ada juga yang kehilangan kerja terus. Jadi, apabila dapat mengeluarkan simpanan daripada akaun KWSP, bolehlah dapat biayai kehidupan sekeluarga sementara menunggu keadaan ekonomi menjadi lebih stabil.

Tapi baru-baru ni, apabila KWSP mengumumkan kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar, ia tak mendapat sambutan yang baik daripada rakyat. Masing-masing menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai kriteria yang telah ditetapkan. Antara kriteria-kriteria yang diletakkan oleh KWSP untuk pemohon i-Sinar adalah:

TERKINI : Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar, Permohonan berdasarkan kriteria semasa  akan diluluskan secara automatik

 

TERKINI: Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat akan diumum minggu depan – Sumber


Sumber : Astro Awani

 

Kategori 1 

  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ataupun
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020

Kategori 2

  • Mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kriteria kelayakan dan cara untul memohon i-Sinar, bolehlah baca di pautan berikut: 

Cara Mohon i-Sinar Jika Tiada Dokumen Kategori 2

Pada 3 Disember 2020 dalam sebuah temubual di Astro Awani, CEO KWSP, Alizakri Alias telah mengulas mengenai isu kriteria permohonan i-Sinar yang dipersoalkan oleh ramai orang. Menurut beliau:

  • Kriteria yang ditetapkan bukanlah nak ‘tutup pintu’ ramai orang untuk mengeluarkan simpanan masing-masing. 
  • Bahkan, kriteria yang ditetapkan bukanlah seperti syarat yang wajib dipenuhi baru boleh mohon. 
  • Bagi yang layak memohon (untuk Kategori 2) tapi tak ada dokumen sokongan, boleh datang berbincang dengan pegawai KWSP dan mereka akan meneliti situasi tersebut dan membuat pertimbangan. 

Penerangan daripada CEO KWSP Mengenai Isu Kriteria Permohonan i-Sinar

Berikut adalah video penerangan daripada CEO KWSP mengenai isu kriteria permohonan i-Sinar:


Apa yang boleh disimpulkan, kalau korang tak termasuk di dalam mana-mana kategori yang dibenarkan untuk memohon i-Sinar tapi masih terjejas dari segi kewangan, boleh cuba datang ke mana-mana pejabat KWSP untuk berbincang dengan pegawai mereka di sana. Sebelum datang tu elok buat temu janji dulu agar lebih mudah dan cepat. Cara nak buat temu janji dengan KWSP rujuk SINI.

Soalan Popular Permohonan i-Sinar Serta Jawapan KWSP

Berikut adalah soalan yang kerap ditanya mengenai permohonan i-Sinar serta jawapan dari KWSP sendiri.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button