Permohonan MyKad 12 Tahun Kini Boleh Dibuat Secara Online. Tak Perlu Beratur Lama di Kaunter. Ini Caranya
Cara Mohon MyKad 12 Tahun Secara Dalam Talian
Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai anak baru masuk umur 12 tahun, kini permohonan MyKad 12 tahun boleh dibuat secara dalam talian atau online. Kalau dahulunya mesti bawa anak-anak ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara, kini tidak perlu lagi susah-susah bawa mereka dan beratur lama.
Cara Mohon MyKad 12 Tahun Untuk Kanak-Kanak
Sebelum memohon, pastinya pengguna perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:
1. Klik pada link: https://www.malaysia.gov.my/portal/register
2. Isikan semua maklumat yang diperlukan
3. Masukkan kod verifikasi yang ditunjukkan
4. Klik pada butang Hantar
5. Paparan notifikasi akan dipamerkan seperti gambar di bawah, satu emel telah dihantar kepada emel yang telah didaftarkan
6. Semak peti emel yang telah didaftarkan, klik pada butang Click here to activate your account
7. Isikan password yang ingin didaftarkan
8. Isikan semula password yang sama bagi pengesahan
9. Masukkan kod verifikasi yang tertera
10. Klik pada butang SUBMIT
11. Pendaftaran akaun MyGovernment telah berjaya!
Permohonan MyKad 12 Tahun Online
Setelah mendaftar akaun, Langkah untuk membuat permohonan MyKad 12 tahun pula adalah seperti berikut:
Layari portal JPN: https://web12tahun.jpn.gov.my/indexi.php
1. Login dengan klik butang LOG MASUK/LOGIN
2. Klik butang Password
3. Isi pada ruangan disediakan Nombor Kad Pengenalan / No. Passport / Email
4. Klik pada butang NEXT
5. Isi kata kekunci yang telah didaftarkan pada ruangan disediakan
6. Klik pada butang LOGIN
7. Tandakan pada kotak ‘Saya Setuju’
8. Klik pada butang Setuju
9. Isikan maklumat diperlukan (pastikan ruangan bertanda * diisi) dan klik pada butang HANTAR
10. Sila klik pada butang OK
11. Pastikan klik butang Cetak untuk mendapatkan slip permohonan
12. Sila bawa salinan tersebut ke Kaunter JPN untuk membuat permohonan lanjut
Mudah je kan nak mohon MyKad untuk anak yang baru masuk umur 12 tahun. Tahu tak selain ini, untuk mereka yang ingin buat penggantian MyKad juga boleh buat secara Online je. Baca lanjut di SINI