AgamaKewangan

6 Nafkah Wajib Suami Sediakan. Duit Isteri Yang Bekerja Boleh Guna Untuk Apa Pula?

Antara Nafkah Wajib Disediakan Suami Kepada Isteri

Hal nafkah wajib suami sediakan untuk isteri adalah suatu perkara yang amat penting. Ini kerana seoarang suami wajib menyediakan nafkah yang cukup buat isteri menurut Islam. Kebelakangan ini banyak kes yang berlaku di mana para suami mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memberikan nafkah kepada isteri. Si isteri pula berdiam diri sahaja kerana tidak tahu apa nafkah yang wajib diterima daripada suami.

Malah ramai dalam kalangan isteri pula yang sibuk bekerja juga semata-mata untuk membantu ekonomi keluarga dan mencukupkan segala kos sara diri untuk hidup. Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana suami tidak boleh menyentuh perihal duit atau gaji isteri. Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memberikan nafkah yang secukupnya. Hal ini bukanlah dibuat-buat semata-mata malah terdapat dalam undang-undang syariah Islam di Malaysia

Senarai Nafkah Wajib Disediakan Suami Kepada Isteri

Perkara ini telah diulas lanjut oleh saudari Hasiba Kamaruddin di Facebook beliau. Berdasarkan Puan Siti Shamsiah, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Syarak, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), terdapat beberapa perkara utama yang suami wajib sediakan buat isteri iaitu:

1. Rumah

Rumah ataupun tempat beteduh ini adalah antara keperluan paling utama disediakan suami untuk isteri. Tidak kira lah rumah sewa ataupun beli, ianya mengikut kemampuan suami tersebut.

Puan Siti pernah mendengar ceramah Prof Harlina Siraj yang menceritakan kalau suami mampu beli rumah teres sahaja untuk isteri, ianya jauh lebih baik dari rumah banglo atas bukit yang dibeli isteri.

2. Makan Minum

Ini pula kewajipan yang memang tak dapat disangkal lagi pentingnya. Prof Harlina juga pernah bercerita tentang kisah dia sewaktu mula-mula berkahwin dahulu. Dia akan senaraikan shopping list dan setiap kali hujung bulan, dia akan mengambil senarai beli-belah tersebut dan pergi membeli barang dapur. Saban bulan maknya melihat Prof Har berbuat demikian sehinggalah suatu hari maknya berkata, “Salah ni apa yang Har buat. Makan minum ini tanggung jawab suami. Biar dia buat,”

Sejak hari itu, suami Prof Har mengambil alih tugas itu dengan menggunakan duitnya sendiri. Beliau juga masih ingat bagaimana besarnya hati suaminya menceritakan kejayaannya membeli barang dapur untuk keluarga, “Abang dah beli telur satu tray. Elok-elok semua telur tu abang pilih. Ikan pun segar-segar.” Bula melihatkan bahagianya suaminya bila menceritakan itu semua, Prof Har tidak malu lagi mengambil hak itu dari suaminya. Prof Har sambung, “Kalau suami puan-puan mampu beli kangkung dan ikan kembung, makan lah itu. Berkat Insha Allah”

3. Pakaian

Ya pakaian juga menjadi nafkah seorang suami wajib sediakan untuk isteri. Ini mungkin peluang buat suami untuk sama-sama memelihara aurat isteri.

4. Perubatan

Sekiranya isteri sakit, suami perlu membawa isteri berubat dan membiayai perbelanjaan tersebut. Kalau zaman sekarang, takaful bagi isteri dan anak-anak itu semuanya sebenarnya perlu lah disediakan oleh suami.

5. Perhiasan 

Wanita sememangnya tidak asing lagi dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri. Suami selalu membeli barang-barang untuk saya berhias tetapi tricknya adalah mesti mengikut citarasa isteri. “Isteri ini adalah perhiasan bagi suami. Mestilah isteri beli perhiasan mengikut taste sendiri supaya menyejukkan mata dan hatinya. Baru suami dapat pahala, isteri pun dapat pahala.” Isteri, kalau suami mampu beli Zhulian, pakailah. Jangan minta Tiffany pula.

6. Pembantu Rumah

Sekiranya isteri biasa mempunyai pembantu rumah sebelum berkahwin, suami mesti menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin. Zamn sekarang ini kalau suami tak mampu, cukuplah sediakan wang untuk penjagaan anak, belanja panggil part timemaid dan paling penting sekali pembantu semasa dia berpantang setelah melahirkan anak.

Selain daripada itu, suami perlu juga memberi nafkah duit walaupun sedikit bagi isteri setiap bulan. Kalau mampu RM10 pun, itulah yang perlu diberikan. Beritahu pada isteri, “Ini yang abang mampu, kalau ada rezeki lebih, abang akan tambah.” Isteri, hargailah keikhlasan suamimu itu.

Puan Siti memberitahu bahawa ini adalah ajaran Islam dan kita patut mengikutnya. Sebab apa? Supaya ada keberkatan dalam rumah tangga. Apabila ada keberkatan, harmoni dan sejahteralah rumah tangga tersebut.

 

Duit Isteri Bekerja Boleh Guna Untuk Apa?

Habis tu bila pula nak guna duit isteri yang bekerja ni kan? Beliau pernah mendapat soalan ini daripada adik-adik yang lebih muda. Lebih-lebih lagi dalam era kedahsyatan ekonomi zaman sekarang.

Beliau juga pernah bekerja dahulu. Bahkan gajinya memang lebih tinggi daripada suami. Dulu lah. Tapi mereka tetap mengamalkan ajaran di atas tersebut. Duit isteri jarang sangat disentuh.

Walaupun begitu, duit-duit isteri bekerja masih boleh diperlukan atau digunakan dalam situasi berikut:

1. Untuk Kecemasan 

Wang gaji isteri bekerja boleh digunakan untuk perbelanjaan kecemasan seperti baiki atap rumah. Menurut beliau duit semasa bekerja dulu baisanya digunakan untuk perbelanjaan sebegi. Kereta kena sagat, bumper dilanggar motor, tangki air rumah pecah lalu merosakkan atap. Jumlahnya memang besar tetapi one-off. Bak katanya, barang 20 tahun sekali.

2. Untuk Percutian

Isteri-isteri boleh berbelanja duit sendiri untuk perbelanjaan pulang ke kampung ataupun bercuti bersama keluarga. InshaAllah perbelanjaan begini menggembirakan. Isteri biasanya tidak kisah untuk mengeluarkan duit bagi berlibur sebegini.

3. Untuk Beli Hadiah 

Duit isteri boleh digunakan untuk beli hadiah pada suaminya. Beliau sendiri jarang membeli hadiah untuk suami kerana tak tahu nak beli apa. Tapi kalau beliau boleh kongsikan hadiah yang tidak pernah lupa beri setiap tahun pada suaminya adalah satu bahagian korban. Setiap tahun bila tiba raya korban, beliau akan ambil dua bahagian dan satunya diniatkan untuk suami. Beliau menggunakan duit beliau sebagai hadiah kepada suami yang sentiasa berusaha menyediakan pelbagai benda untuk beliau sepanjang perkahwinan.

4. Bila Suami Kekurangan Duit

Apabila isteri nampak poket suami kering atau tiada duit terutamanya di hujung bulan, masa ini lah isteri boleh guna duit snediri untuk tampung makan-minum keluarga kerana duit suami mungkin sudah habis. Isteri perlulah bijak membaca hati suami bila dia nampak kedekut untuk keluarkan duit di akhir bulan tu, faham-fahamlah. Guna duit isteri pula. Yang penting, awal-awal tu beri hak pada suami untuk menjalankan tanggungjawab dia memberi nafkah kepada keluarga.

 

Prof Har pernah bercerita bahawa beliau selalu buka dompet suaminya senyap-senyap atau sembunyi-sembunyi. Jika tinggal duit seringgit-seringgit dalam tu, dia akan masukkan duit RM50. Itulah hadiah buat suami. Ringankan beban untuknya di masa yang betul.

Sebagai kesimpulan, bagaimana teruknya ekonomi sekarang, jangan campur adukkan gaji isteri dan suami kemudian rancang perbelanjaan keluarga dari situ. Ini bukan cara yang Islam anjurkan. Biarkan suami urus dulu kewajipan yang dia perlu tunaikan. Kemudian barulah isteri datang membantu. InshaAllah moga berkat rumah tangga. Aamiin.

 

Nafkah Wajib Diberi Suami Kepada Isteri

Menurut Ustazah Asma Harun, Para ulama mazhab Syafie menetapkan bahawa nafkah yang wajib di beri adalah:

1. Makanan
2. Barang-barang dapur
3. Pakaian
4. Tempat tinggal
5. Alat-alat untuk membersihkan diri
6. Pembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaan isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).
[Rujukan: Mughni al-Muhtaj]

Begitulah perkongsian yang dimaklumkan mengenai nafkah suami terhadap isteri. Memang lah di saat ekonomi yang sukar ini kebanyakan para isteri bekerja untuk sama-sama menampung beban keluarga. Tidak salah pun, cumanya penggunaan duit atau gaji tersebut seeloknya mengikut anjuran Islam agar ianya menjadi lebih berkat. Kalau suami isteri dah bekerja pun tak dapat lagi selesaikan masalah kewangan dihadapi, boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button