PermohonanTeknologi

Pakej 5G Rahmah: Beli Telefon 5G Hanya RM120 Untuk B40, RM240 Untuk Semua & Data 60GB RM60 Sebulan

Pakej 5G Rahmah Internet dan Telefon 5G

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengumumkan pakej perkhidmatan internet 5G dan pembelian telefon 5G yang murah dikenali sebagai Pakej 5G Rahmah. Ianya selaras dengan perkembangan teknologi terkini di dunia iaitu perkhidmatan internet dengan kelajuan 5G yang pantas serta telefon pintar yang menyokong konfigurasi 5G bagi melancarkan proses pelayaran internet yang laju tanpa tersangkut atau perlahan.

Sebenarnya terdapat pelbagai pakej internet yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia. Namun begitu harga yang ditawarkan mungkin agak sedikit tinggi dengan kelajuan yang tidak mencapai tahap kelajuan seperti 5G. Begitu juga dengan telefon pintar yang ada di pasaran, bagi telefon yang menyokong 5G rata-rata berharga sekitar RM1,000 lebih dan tidak mampu milik. Atas sebab itu, Pakej 5G Rahmah telah diperkenalkan

Pakej 5G Rahmah: Beli Telefon 5G Hanya RM120 Untuk B40, RM240 Untuk Semua & Data 60GB Hanya RM60 Sebulan

Kerajaan amat serius dalam usaha untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat serta memastikan mereka mendapat internet yang berkualiti pada harga berpatutan. Berikut adalah penerangan lanjut mengenai Pakej 5G Rahmah dan maklumat lain yang berkaitan

Apa itu Pakej 5G Rahmah?

Pakej 5G Rahmah adalah pakej telefon pintar 5G pelan data atau device bunde dengan harga telefon pintar serendah RM240.00 berjenama:

  • Samsung A14 5G
  • Honor 90 Lite 5G

Pakej ini beserta pelan data dengan perincian seperti berikut:

  • Data : 60 GB
  • Harga : RM60.00 sebulan

Ianya terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia

Golongan B40

Untuk golongan B40 pula, istimewa buat 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.

Pakej adalah termasuk:

  • Kontrak langganan adalah selama 24 bulan
  • Waranti 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini

Penjawat Awam – Insentif Postpaid Rahmah

Khusus untuk kakitangan kerajaan, sebagai penghargaan, Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam turut diperkenalkan dengan:

  • Pemberian Rebat RM10 sebulan yang akan dinikmati oleh semua penjawat awam di Malaysia.
  • Terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada
  • Penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun

Tarikh Pelaksanaan

Bagi Pakej 5G RAHMAH dan juga Insentif Postpaid Rahmah, ianya akan mula berada di pasaran dan berkuatkuasa mulai:

  • 31 Ogos 2023 (Khamis)

 

Cara Permohonan / Pendaftaran Pakej 5G RAHMAH

Untuk cara memohon atau pendaftaran pakej ini, maklumat terkini akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Komunikasi & Digital (KKD) serta syarikat telco lain yang terlibat. Difahamkan setakat ini cara permohonan adalah menerusi syarikat telekomunikasi tersebut sendiri. Justeru pengguna boleh melayari laman web atau hadir ke syarikat telco yang dipilih dan berdekatan.

Senarai Tawaran Pakej 5G RAHMAH 

 

 

 

 

Infografik & Siaran Media

 

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pakej ini, sila hubungi Kementerian Komunikasi dan Digital di perincian berikut:

 

Baca Juga: Pakej Perpaduan Prabayar Internet RM 5 Sebulan

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button