InformasiPermohonan

TERKINI: Bantuan & Inisiatif Dalam Pakej PEMERKASA

Bantuan & Inisiatif Pakej Pemerkasa

Berdasarkan hantaran posting di media sosial rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin, beliau akan mengumumkan sebuah lagi pakej khusus untuk rakyat dan juga industri yang dikenali dengan Pakej PEMERKASA.

Pengumuman tersebut dijangka akan berlangsung pada pukul 5.30 petang, 17 Mac 2021 hari Rabu dan akan disiarkan di saluran-saluran utama televisyen tempatan. Walau bagaimanapun perincian lanjut masih belum diberikan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

  • Perjalanan Merentas Negeri Masih Tidak Dibenarkan

Bantuan & Inisiatif Pakej PEMERKASA

Menurut Astro Awani, ianya adalah kesinambungan daripada inisiatif yang telah dilaksanakan sebelum ini iaitu PRIHATIN dan Prihatin PKS. Selain itu juga kerajaan telah melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) serta PERMAI pada tahun lepas. Antara inisiatif adalah seperti berikut:

1. Bantuan Kehilangan Pendapatan – Bantuan Tunai RM500

  • Peruntukan melibatkan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta individu
  • Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off diberikan kepada Golongan B40 yang telah hilang pendapatan
  • Bayaran tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima BPR yang bependapatan RM1,000 dan ke bawah
  • Penerima berumur 21 hingga 60 tahun 
  • Tidak melibatkanproses pendaftaran permohonan
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO
  • Dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing

2. Geran Khas Prihatin 3.0

  • GKP adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan serta menaikkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan
  • GKP 3.0 berjumlah  RM1,000 
  • Permohonan akan dibuka mulai 1 April 2021 untuk PKS yang tidak menerima GKP sebelum ini.
  • Dijangka memanfaatkan lebih 1 juta usahawan

Panduan Lanjut : Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 Dibuka 1 April 2020

3. Subsidi Pembelian Telefon Ditambahbaik daripada RM180 kepada RM300

  • Kerajaan telah mengumumkan Program Jaringan Prihatin untuk memudahkan akses kepada internet dalam Belanjawan 2021
  • Dalam pembentangan belanjawan tersebut telah diumumkan subsidi pembelian telefon sebanyak RM180 kepada semua penerima BPR
  • Kini, kerajaan akan menambahbaik subdsidi ini kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah untuk membeli telefon pintar atau peranti baru.
  • Subsidi ini akan dilacarkan pada awal bulan Mei 2021

4. eBelia kredit e-wallet Ditambahbaik daripada RM100 kepada RM150

  • Program eBelia adalah untuk golongan belia khususnya berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa
  • Program ini ditambahbaik dengan meningkatkan nilai kredit daripada RM100 kepada RM150 
  • Dengan peruntukan RM300 juta akan memanfaatkan 2 juta belia
  • Program ini akan dilaksanakan mulai bulan Jun 2021

Rujuk panduan : Cara Mohon e-Belia RM300

5. Pendaftaran Percuma SSM untuk B40 & Pelajar IPT

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberi kemudahan pendaftaran percuma kepada golongan B40 dan Pelajar IPT (sepenuh masa) yang ingin menceburi bidang keusahawanan

Panduan Lanjut: Cara Daftar SSM Online

Tonton Video Penuh Perutusan di:

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button