TeknologiCara Mudah

Pakej Perpaduan: Prabayar Internet Telefon RM5 Sebulan kuota 30GB Selama 6 Bulan

Pakej Prabayar Telefon Mudah Alih Untuk B40, Belia, OKU, Warga Emas & Veteran

Kerajaan Perpaduan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah memperkenalkan sebuah pakej langganan internet mudah alih iaitu Pakej Perpaduan. Ianya merupakan penambahbaikan daripada pakej sebelum ini yang dikenali sebagai Pakej Remaja yang ditawarkan kepada golongan belia berumur 12 hingga 24 tahun. Bagi Pakej Perpaduan ini, ianya telah diperluaskan kepada golongan belia berumur sehingga 30 tahun, B4o, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran.

Mereka yang layak bakal menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi untuk langganan prabayar internet mudah alih berbanding pakej semasa yang ada di pasaran. Ianya bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan Internet yang merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat. Penjelasan mengenai pakej ini akan diterangkan di bawah dan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diumumkan kerajaaan.

Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih 2023

Berikut adalah perincian lanjut mengenai Pakej Perpaduan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

TERKINI: Pakej 5G Rahmah

  • Data postpaid 60GB serendah RM60 sebulan
  • Telefon pintar 5G serendah RM240 (100,000 pembeli pertama B40 serendah RM120 sahaja)
  • Penjawat awam boleh dapat rebat RM10 sebulan bagi mana-mana pakej postpaid sedia ada

TERKINI: Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband)

Apa Itu Pakej Perpaduan?

Pakej Perpaduan adalah pakej prabayar internet untuk telefon mudah alih yang diperkenalkan Kementerian Komunikasi dan Digital. Ianya diwujudkan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar bagi memiliki perkhidmatan internet.

Harga Pakej

Harga yang ditawarkan untuk Pakej Perpaduan adalah:

  • RM 5 sebulan / RM30 untuk 6 bulan 

Kuota Pakej

Kuota yang diberikan untuk Pakej Perpaduan adalah:

  • 30 gb (gigabyte) untuk 180 hari / 6 bulan

Kelajuan Internet

Kelajuan internet yang disediakan untuk Pakej Perpaduan adalah:

  • 1 Mbps hingga 3 Mbps

Nota: Sebagai makluman, pakej ini adalah merupakan pakej asas yang disediakan dan ianya terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.

Siapa Layak? 

Mereka yang layak atau disasarkan untuk menikmati pakej ini adalah:

  1. Golongan Belia berumur sehingga 30 tahun
  2. Golongan B40
  3. Golongan OKU
  4. Golongan Warga Emas
  5. Veteran Polis & ATM

Syarikat Yang Menawarkan Pakej

Terdapat lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu:

  • CelcomDigi
  • Maxis
  • U Mobile
  • Telekom Malaysia (TM)
  • YTL Communications

Tarikh Pelaksanaan Pakej

Menurut kenyataan media, Pakej Perpaduan ini akan berada di pasaran mulai:

  • Februari 2023

Tarikh yang tepat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

Sebagai rujukan, berikut adalah kenyataan media daripada Menteri Komunikasi dan Digital

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button