Bayar bil telefon Sampai RM100 sebulan? Mahalnya! Ini Pakej Telco Murah Dan Sesuai Untuk Golongan B40
Tips Jimat Pakej Telco Murah Untuk B40
Tips Jimat Pakej Telco Murah Untuk B40
Memang tak dapat dinafikan, Internet dah jadi sebagai satu keperluan dah untuk semua orang. Rasa macam tak boleh hidup kan kalau tak ada Internet? Lagi-lagi bila musim pandemik ni, Internet memang jadi satu benda yang sangat penting. Kalau kerja di rumah, korang perlukan Internet untuk meeting, dan kalau anak perlu belajar di rumah, diorang pun perlukan Internet juga. Paling penting, sekarang pun kita nak berhubung dengan orang pun kita pakai Internet macam WhatsApp. SMS ni kita tak guna sangat dah.
Jadi bila dah guna Internet ni memang bertambah lah bil telefon kita. Ia juga bergantung pada pakej apa yang kita langgan. Nak tahu juga, dalam banyak-banyak telco yang ada dekat Malaysia ni, pelan mana satu yang murah dan berbaloi untuk dilanggan?
Mana Lagi Bagus, Postpaid ke Prepaid?
Sumber Gambar TheNation
Macam kita tahu, pelan Internet ni selalunya terbahagi kepada dua iaitu pelan pascabayar (postpaid) di mana selalunya korang akan guna Internet dulu baru bayar bilnya pada hujung bulan, dan pelan prabayar (prepaid) pula perlu dilanggan dulu baru boleh guna Internetnya. Untuk orang yang nak kawal perbelanjaan, lebih baik kalau pakai prepaid, sebab bil takkan mahal sangat kalau terlebih pakai.
Postpaid (Pascabayar) | Prepaid (Prabayar) |
|
|
Dah tahu prepaid atau postpaid, kita tengok pula pakej telco yang sesuai. Setiap telco mesti ada pelan diorang masing-masing. Jom kita tengok telco mana yang best untuk kita langgan:
1. U Mobile
Telco U Mobile memang dikenali sebagai telco yang mempunyai pelan yang paling murah dan sangat menjimatkan. Tapi bila dah harga murah ni, mestilah ada kekurangannya sikit. Janganlah bila dah bayar sikit, korang harap prestasi macam bayar mahal pula. Dengar-dengar orang cakap yang U Mobile ni selalu tak ada line walaupun di bandar-bandar besar.
Kalau nak ikut laporan yang dikeluarkan Open Signal, U Mobile mesti selalu berada di tempat tercorot dalam setiap kategori. Tapi ada sesetengah tempat, line U Mobile ni okey je, jadi bila langgan U Mobile ni memang berbaloi. Antara Pakej U Mobile yang berbaloi adalah:
Pelan Postpaid U28 (RM 28)
- 3GB data pantas
- PERCUMA 50 min panggilan ke semua rangkaian
- PERCUMA 100 SMS ke U Mobile
- PERCUMA 200 SMS ke rangkaian lain
- Perlindungan percuma GoInsure 3 selama sebulan (plan insurans yang U Mobile sediakan sehingga RM13,000)
- Tempoh aktif selama sebulan
Pelan Prepaid UMI26 (RM 26)
- 2.5GB data pantas
- 2.5GB data untuk video
- Internet tanpa had untuk media sosiTal
- Internet tanpa had untuk Whatsapp, Wechat
- Tempoh aktif selama sebulan
2. Celcom
Untuk telco Celcom pulak, ia memang dikenali dengan capaian Internet yang luas. Macam dalam kawasan kampung pun, selalunya liputan Internet untuk Celcom mesti masih ada dan waktu line telco lain tak ada, line Celcom masih ada. Itu kebanyakan orang kata lah kan. So bila line bagus ni mungkin harganya sedikit mahal ataupun harga murah tetapi pakej internet nya tak banyak, sesuai untuk mereka yang tak banyak guna internet tu.
Pelan Postpaid XP Lite (RM 28)
- 1GB data Internet
- Panggilan tanpa had pada semua rangkaian
- RM0.20/mesej untuk SMS, RM0.30/minit untuk panggilan
- Kalau rasa data Internet yang ada tak cukup, korang boleh tambah lagi data Internet dalam pelan dengan pas tambahan yang Celcom sediakan.
- Tempoh aktif selama sebulan
Pelan Prepaid Unlimited Internet Pass (RM 35)
- Internet TANPA HAD
- PERCUMA 3GB hotspot
- Panggilan tanpa had untuk semua rangkaian
- Tempoh aktif selama sebulan
3, Maxis
Dalam laporan yang dibuat oleh Open Signal, prestasi Maxis boleh dikatakan sama bagus dengan Celcom, dan kelajuan download dengan Internet Maxis adalah yang paling laju antara semua telco yang ada. Bolehlah korang tengok YouTube tanpa tersekat-sekat! Haa ni pun antara telco yang dah lama ada kat Malaysia dan berikut contoh pakej yang murah dan berbaloi:
Pelan Postpaid 30 (RM 30)
- 1GB data pantas
- 1GB data untuk Youtube
- Panggilan dan SMS tanpa had kepada semua rangkaian
- Tempoh aktif selama sebulan
Pelan Prepaid Hotlink Unlimited (RM 35)
- Internet tanpa had (dengan kelajuan 3Mbps)
- Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
- PERCUMA akses premium Viu
- Tempoh aktif selama sebulan
4. Digi
Korang ingat lagi tak iklan Digi dulu tu? Ala, yang orang kuning nyanyi “I will follow you~” tu? Memang lagu tu boleh kata ramai orang masih lagi ingat walaupun iklan tu lama dah. Kalau antara semua telco yang ada, Digi sering berada di tengah-tengah. Liputannya sederhana meluas, kelajuannya pun sederhana, dan termasuk juga dengan harga diorang. Contoh pakej yang digi ada:
Pelan Postpaid 38 (RM 38)
- 9GB data Internet
- PERCUMA 7.5GB bonus Internet 365 (250MB sehari)
- 12GB bonus loyalty
- Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
- Tempoh aktif selama sebulan
Pelan Prepaid Internet Cili Padi RM 15 (RM 15)
- 2GB data Internet
- 1GB Internet promo
- Data Internet tanpa had untuk Facebook, Twitter, dan Instagram
- Tempoh aktif selama sebulan
5. Tune Talk
Telco Tune Talk ni memang dikenali dengan pelan prepaidnya yang murah dan berbaloi. Diorang tak sediakan pelan postpaid macam telco yang lain sebab diorang nak fokus sediakan pelan prabayar yang murah dengan rate panggilan rendah. Tak percaya tengok pakej diorang kat bawah ni:
Sumber: TuneTalk
Pelan Prepaid Bulanan RM 10 (RM 10)
- 1GB data Internet paling laju
- 10GB data Internet
- Panggilan tanpa had dengan rangkaian Tune Talk
- Data Internet tanpa had untuk media sosial chatting (WhatApp, WeChat, IMO, Viber, Line)
- Tempoh aktif selama sebulan
Daripada semua pelan telco yang dah disenaraikan, kita boleh tengok U Mobile dengan Celcom ada sediakan pelan postpaid yang rendah dengan harga RM 28 je, di mana U Mobile sediakan data Internet 3GB dan Celcom cuma sediakan 1GB je. Tapi korang kena ingat juga yang capaian Internet U Mobile tak kuat dekat semua tempat. Untuk pelan Internet prepaid pula, memang tak dapat disangkal lagi, pelan Tune Talk lah yang paling murah dengan harga RM10 je dan korang dapat 10GB data Internet!
Terpulang pada korang untuk langgan pelan Internet yang mana satu, asalkan pelan yang korang bayar tu sesuai dengan penggunaan. Tak naklah nanti korang dah bayar mahal, tapi hujung bulan kuota Internet tak habis guna, dah membazir. Kadang-kadang 1GB pun dah cukup sebenarnya kalau dekat tempat kerja korang dah ada Wi-Fi. Nak tahu cara jimat duit kalau dah hujung bulan tak tahu nak makan apa, boleh baca sini.