KewanganInformasi

Ini Pentingnya Letak Penama KWSP. Ada Sijil Kematian & Surat Kahwin Pun Waris Susah Nak Keluar Duit KWSP

Kepentingan Letak Penama Bagi Akaun KWSP

Kebanyakan kita masih tak tahu kenapa penting untuk letak penama KWSP. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah caruman awal pekerja semasa bekerja untuk masa tua kelak. Walau bagaimanapun, ajal maut di tangan tuhan dan kematian boleh berlaku pada kita mahupun orang tersayang kita bila-bila masa sahaja. Jadi macam mana dengan duit KWSP yang telah dicarum oleh si mati apabila dia meninggal dunia?

Itulah pentingnya untuk pencarum meletakkan penama pada akaun KWSP. Jadi kalau pemilik akaun KWSP meninggal dunia, penama boleh uruskan wang simpanan dalam akaun dengan mudah. Boleh letak isteri, suami, ibu, ayah mahupun anak berusia 18 tahun ke atas sebagai penama. Janganlah letak penama atuk nenek di kampung yang dah uzur tu susah pula nanti nak nak naik turun pejabat uruskan dokumen.

Kepentingan Letak Penama Bagi Akaun KWSP

Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh saudari Siti Zainab Abd Raof  di Facebook beliau mengenai kepentingan meletakkan penama KWSP. Perkongsiannya adalah seperti berikut:

 

“Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya. Nahh ini dia sijil kematian suami saya.”

“Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?”

Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.

“Kenapa perlu surat kuasa pulak tuan. Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?”

Soalan dibalas dengan soalan.

“Mengikut dalam sistem kami, arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau.”

 

 

Sijil Mati & Sijil Nikah Tak Boleh Guna

“Apa? Kenapa macamtu pulak. Sijil kematian dan surat nikah ni tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?”

Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.

“Maaf puan. Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan. Jika berlaku kematian tanpa penama, kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA (letter of admin) jika tidak berwasiat.

Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan.”

Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.

Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka.

Tambahan pula, jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.

 

Perlu Surat Kuasa Jika Berlaku Kematian Tanpa Penama

Korang tahu tak surat kuasa tu menatang apa?

Sila ingat ya.

Sijil kematian dan permit pengebumian saja tidak LAKU untuk membuat pentadbiran harta pusaka.

Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut, maka terbekulah segala harta dan aset si mati.

Jadi,semua institusi kewangan (harta alih) dan pejabat tanah(harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.

Senang ke tak nak dapatkan surat kuasa tersebut?

Senang tapi tak mudah juga sebenarnya.

Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.

Tak nak turun? Boleh saja. Tunjukkan borang DDA (dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid. Kalau nak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.

Harta simati melebihi 2 juta yang lagi haru.
Masalah tau!

Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi tau.
Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta jugak.

Kos siapa nak tanggung?
Waris ler.
Payah jugak kan. 

Sumber Gambar AustriaBC

Buat Perancangan Awal Ke Atas Harta Agar Mudah Waris

Nak senang cerita,semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita guys.
Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya pabila kita meninggal kelak, harta dapat ditadbir dengan cepat.

So guys,
Sis nak bagi pesanan khidmat masyarakat ni.

Sila check semula penama EPF kalian. Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB.

Kemaskini jika penama sudah meninggal.
BIG NO! Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun.
Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.

Tapi, harus diingat.
Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja.
Pembahagian wang EPF tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.

Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank, pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama.
Rumah, kereta, tanah dan lain-lain.

Jadi, masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut.

Sumber: Siti Zainab ABd Raof

Pentingnya untuk letakkan penama dalam akaun KWSP kita dan sentiasa kemaskini jika berlaku kematian pada penama tersebut. Kalau tidak susah sedikit urusan waris bila kita dah tiada nanti. Macam mana nak buat pengeluaran KWSP bagi ahli keluarga yang telah meninggal dunia? Boleh rujuk panduan lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button