RumahCara Mudah

Dah Penat Belajar Online Di Rumah? Ini 5 Benda Untuk Bantu Belajar Lebih Selesa

5 Cara Untuk Bantu Belajar Online Di Rumah Lebih Selesa Dan Efektif

Sumber Gambar Insertlearning

Macam mana kalau dah penat belajar online di rumah? Sejak pandemik COVID-19 ini bermula, sekolah dan universiti bukan setakat di Malaysia, juga seluruh dunia kebanyakannya ditutup untuk membendung wabak ini. Sesi pembelajaran dan pengajaran digantikan kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah(PdPR), dalam erti kata lain belajar secara online di rumah masing-masing.

Belajar online di rumah sudah pastinya tak sama dengan belajar di sekolah. Suasana dan keadaan yang berbeza pasti sedikit sebanyak memberi kesan kepada fokus para pelajar terutamanya untuk kelas secara maya. Kalau sekejap je tak apa ini dah berbulan belajar dekat rumah kadang tu lesu jugak kan. Ini 5 benda yang boleh mambantu belajar online di rumah dengan lebih selesa dan efektif:

1. Tripod Pemegang Telefon

Sumber Gambar Lazada

Kalau kita tengok di media sosial baru-baru ini, agak ramai juga yang menggunakan telefon untuk sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah(PdPR) secara online. Menggunakan telefon untuk belajar secara online ini tak sama dengan menggunakan komputer riba, telefon harus dipegang atau berada dalam satu posisi yang sama sepanjang sesi pembelajaran dijalankan.

Bagi yang menggunakan telefon untuk sesi belajar secara online, tripod pemegang telefon wajib ada bagi memastikan keselesaan sepanjang sesi pembelajaran diadakan. Tripod pemegang telefon ini juga membantu telefon untuk kekal berada dalam satu posisi supaya interaksi antara pelajar dan pengajar tidak terganggu dan lebih efektif. Korang boleh dapatkan tripod ini dengan harga serendah RM 15 dekat kedai telefon, MR. DIY, Kedai  RM2 ataupun kedai pasaraya berhampiran rumah.

2. Meja Belajar Lipat

Sumber Gambar Shopee

Tak semua kita mempunyai ruang belajar di rumah atau bahkan meja belajar yang biasa. Meja belajar lipat ini sangat membantu kalau korang nak memastikan sesi pembelajaran secara online nanti lebih selesa dan perhatian tidak terganggu. Harga pula jauh lebih murah dari harga meja biasa, bawah RM 20 pun korang boleh dapat. Pun boleh cari dekat pasaraya ataupun kedai perabot berhampiran rumah.

Sesi PDPR boleh diikuti oleh pelajar walaupun sedang berbaring di atas katil dengan selesa, malah siap ada tempat meletakkan telefon/tablet dan gelas air. Walaupun tak ada ruang belajar macam bilik study room di rumah korang, sesi PDPR masih boleh diikuti dengan selesa bila ada meja belajar lipat. Yang dah penat duduk atas meja tu pun mungkin boleh beli ni untuk ubah angin.

3. Fon Telinga (Earphone)

Sumber Gambar Shopee

Fon telinga juga merupakan salah satu benda wajib ada bila nak mengikuti sesi belajar online di rumah. Ini adalah kerana supaya pelajar dapat berinteraksi dengan lebih baik dengan pengajar di mana pelajar dapat mendengar dengan lebih jelas apa yang dikatakan pengajar, begitu juga sebaliknya. Tapi pastikan korang dapatkan fon telinga yang turut mempunyai mikrofon supaya suara korang lebih jelas kedengaran ketika berinteraksi antara satu sama lain semasa belajar online.

Fon telinga ini tak perlu beli yang mahal, yang berharga RM 15 pun sudah cukup bagus dan memadai. Selain berinteraksi dengan lebih baik ketika sesi pembelajaran online, fon telinga juga membantu meningkatkan perhatian kerana tidak terganggu dengan bunyi luaran ketika sesi pembelajaran dan pengajaran diadakan. Takdelah korang tak dengar cikgu cakap apa bila mak korang tengah masak kelentang kelentung kat dapur tu kan.

4. Snek Sihat Dan Bernutrisi

Sumber Gambar Huffpost

Ini mungkin salah satu perkara yang yang kita terlepas pandang. Namun snek yang dimakan ketika sesi pembelajaran dan pengajaran secara online sangat membantu dalam meningkatkan perhatian dan fokus para pelajar. Pakar pemakanan bernama Vicki Shanta Retelny mengatakan: “Badan kita terbiasa dengan apa yang kita berikan kepadanya, jadi kalau kita berikan makanan berkhasiat, maka kita akan melihat fizikal, mental dan emosi akan bertambah baik.”

Pelajar yang mempunyai snek untuk dimakan ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung juga akan lebih mudah fokus dan mengurangkan kecenderungan untuk burnout, dan jika snek tersebut snek yang sihat dan bernutrisi, fokusnya akan bertambah baik. Snek sihat yang dimaksudkan di sini ialah bukan makanan yang diproses seperti sosej atau mi segera, tetapi makanan seperti buah-buahan, kekacang dan sebagainya. Kira macam waktu rehat di sekolah la kan. Pukul 10 macam tu boleh berehenti rehat makan dan minum sikit.

5. Jadual Belajar Dan Pengurusan Masa

Sumber Gambar Youtube

Benda ni mungkin kita dah dengar berali-kali, tetapi menyediakan jadual belajar dan pengurusan masa akan membuatkan sesi belajar online lebih efektif dan teratur. Jadual belajar harian akan membantu pelajar juga ibubapa untuk mengikuti dan menjejak perkembangan pelajaran pelajar. Salah satu manfaat menyediakan jadual belajar online ini juga untuk mengelakkan burnout yang sering dialami pelajar ketika belajar secara online.

Burnout ialah keadaan di mana emosi, fizikal dan mental berasa letih kerana stress yang berlebihan dan berpanjangan. Perkara ini cenderung untuk terjadi ketika sesi pembelajaran online namun boleh diatasi dengan menyediakan jadual belajar supaya masa rehat, masa lapang, belajar, melakukan tugasan atau kerja rumah boleh dirancang sebaiknya. Tapi yang paling penting ialah untuk patuh pada jadual yang sudah kita rancan sendiri ini, kalau tak, rancanglah macam mana pun, tak akan menjadi. Lepastu takdelah setiap masa belajar, ambil lah masa berehat bersukan atau beriadah.

 

Paling penting ketika belajar online di rumah ini ialah disiplin diri sendiri. Kalau tiada disiplin, segala gajet, jadual dan makanan pun tak akan dapat membantu untuk fokus belajar dan memahami apa yang dipelajari. Kalau nak tengok tips menggunakan gajet dengan lebih mudah bagi belajar online di rumah boleh baca di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button